Sabar adalah sifat orang mulia dan dalam al-Quran banyak kali disebut antara sifat orang yang akan masuk syurga adalah yang bersabar. Justeru, andai kita sentiasa bersabar, akan layak masuk syurga.
Ustaz Muhammad Abdullah al-Amin memetik firman Allah SWT yang bermaksud: “Dan bersabarlah terhadap apa yang diucapkan oleh mereka (yang menentangmu), dan jauhilah mereka dengan cara yang baik.” (Surah al-Muzzammil, ayat 10)
Bertolak daripada sifat-Nya Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang, Allah SWT memerintahkan sekalian hamba-Nya supaya kasih mengasihi antara satu sama lain. Seseorang hamba hanya akan memperoleh kasih sayang Allah SWT apabila dia mengasihi makhluk-Nya.
Kasih sayang sesama insan akan membuahkan sikap bertolak ansur, hormat menghormati dan sedia berkorban demi kebahagiaan orang tersayang. Kedamaian dan kasih sayang adalah teras utama dalam hubungan suami isteri.
Perkahwinan yang tidak didasarkan kepada perasaan kasih terhadap satu sama lain, tidak disulami dengan kemesraan adalah satu perkahwinan yang tidak bahagia dan tidak bermakna.
Lantaran, Allah SWT menjadikan perasaan kasih mesra antara suami isteri sebagai satu sunah yang ada padanya tanda kekuasaan dan keagungan.
Ads
Ini seperti firman-Nya yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmat-Nya, bahawa Dia menciptakan untuk kamu isteri daripada diri kamu sendiri supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikan antara kamu perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan yang menimbulkan kesedaran bagi orang yang berfikir.” (Surah ar-Rum, ayat 21)
Layan isteri dengan baik
Justeru, Rasulullah SAW sering menasihati suami sebagai ketua keluarga supaya melayani isteri dengan sebaik-baiknya. Suatu ketika, ramai isteri datang menemui isteri Rasulullah SAW mengadu mengenai layanan buruk diterima daripada suami mereka.
Tidak dapat dinafikan, manusia masing-masing ada kelemahan dan kekurangan sama ada isteri mahupun suami. Cara terbaik untuk mengatasinya ialah dengan bersabar dan tidak memperbesarkan kelemahan itu.
Ads
Firman Allah SWT bermaksud: “Dan bergaullah kamu dengan mereka (isteri kamu) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu (berasa) benci kepada mereka (kerana tingkah lakunya, janganlah kamu terburu-buru menceraikannya) kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu, sedangkan Allah hendak menjadikan pada apa yang kamu benci itu kebaikan yang banyak untuk kamu.” (Surah an-Nisa, ayat 19)
Bersabar dengan perangai buruk pasangan
Diriwayatkan, Rasulullah SAW bersabda: “Mana-mana lelaki yang bersabar di atas keburukan perangai isterinya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Ayyub kerana bersabar di atas bala yang menimpanya. Mana-mana isteri yang bersabar di atas keburukan perangai suaminya, Allah akan berikannya pahala seperti yang diberikan kepada Asiah binti Muzahim, isteri Firaun.”
Ads
Bersama kita renungi kisah seorang lelaki yang mengunjungi Umar bin Khattab untuk mengadu mengenai perangai isterinya. Dia berdiri di luar pintu menunggu Umar keluar. Tiba-tiba dia terdengar isteri Umar sedang meleterinya, sedangkan Umar diam tidak menjawab walau sepatah pun.
Lelaki itu beredar sambil berkata kepada dirinya, “Jika beginilah keadaan Umar, seorang Amirulmukminin yang selalu keras dan tegas, maka bagaimana dengan aku? Selepas itu Umar keluar dari rumahnya dan melihat lelaki tadi beredar. Umar memanggilnya dan bertanya tujuan kedatangannya.
Lelaki itu berkata, “Wahai Amirulmukminin, aku datang untuk mengadu mengenai perangai isteriku yang buruk dan suka berleter kepadaku. Tadi aku mendengar isteri anda pun begitu juga. Lalu aku berkata kepada diriku: Jika begini keadaan Amirulmukminin dengan isterinya, maka bagaimana dengan aku?
Kredit: Tangkap Pictures
Umar berkata kepadanya, “Wahai saudaraku, sesungguhnya aku bersabar mendengar leterannya kerana dia mempunyai hak ke atas aku. Sesungguhnya dia memasak makanan aku, mengadun roti untuk aku, membasuh pakaian aku dan menyusui anakku, padahal semua itu tidak diwajibkan ke atasnya. Dia juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan yang haram (zina). Sebab itulah aku bersabar dengan kerenahnya.
Lelaki itu menjawab, “Wahai Amirulmukminin, demikian jugalah isteriku. Umar pun berkata kepadanya: Maka bersabarlah wahai saudaraku. Sesungguhnya kerenahnya itu tidak lama, hanya seketika.”
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cukup romantis majlis perkahwinan pelakon, Intan Najuwa Abdul Wahid, 26, dan ahli perniagaan, Datuk Ahmad Azraf Azman, 39, di sebuah resort di Desaru Coast.
Pasangan mempelai dinikahkan Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ), Datuk Dr Nooh Gadut pada jam 6.45 petang tadi, dengan sekali lafaz.
Intan Najuwa Kahwin Tarikh Hari Lahirnya, Tak Tolak Jika Dapat Anak Awal
Terima Mas Kahwin RM20k
Pada majlis pernikahan bertemakan empat unsur alam itu, Intan menerima mas kahwin bernilai RM20,000 dan hantaran sebanyak RM222,000.
Pengantin lelaki turut menyerahkan lima dulang hantaran dan dibalas tujuh dulang oleh pengantin perempuan.
Dalam satu kenyataan media yang disiarkan, pasangan itu dinikahkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia, Dato Dr Hj Nooh Gadot dengan berwalikan bapa kepada pengantin perempuan iaitu Abdul Wahid.
Bertambah bermakna lagi, Intan memilih tarikh pernikahan sama dengan tarikh ulang tahun kelahirannya, pada hari ini iaitu 18 Ogos.
Intan Bersedia Terima Kehadiran Anak
Menurut satu kenyataan Intan Najuwa dalam temu bual dengan Media Hiburan, jodohnya itu dikenali dalam masa setahun atas ‘kawan kepada kawan’. Bila disoal tentang cahaya mata, Intan dan suaminya tidak menolak untuk terima anak awal.
Turut hadir meraikan pasangan pengantin ialah rakan selebriti termasuk Nora Danish, Datin Elvina Mohamad, Fatin Afeefa dan ramai lagi.
Memakai Busana Rekaan Fizi Woo
Majlis pernikahan mempelai itu dihadiri kira-kira 150 tetamu merangkumi ahli keluarga, saudara-mara, selebriti dan media.
Diijabkabulkan pada hari kelahirannya, Intan menyerlah dalam persalinan busana rekaan pereka fesyen terkenal, Fizi Woo rona putih yang sedondon dengan suami.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bulan ramadhan semakin menghampiri pastinya umat islam tidak sabar untuk menunggu bulan yang penuh mulia ini dengan melakukan pelbagai aktiviti kebaikkan.
Apabila tiba bulan ramadhan menu makanan adalah perkara yang paling sukar untuk ditentukan. Sebab itu jangan makan mengikut nafsu. Sekali ‘order’ bermacam-macam.
Bagi anda yang masih mencari lokasi untuk berbuka puasa tidak kira bersama rakan, syarikat, atau pasangan anda bolehlah mencuba di Geno Hotel yang akan menyediakan pelbagai jenis juadah berbuka puasa pada tahun ini.
Ketua Pegawai Eksekutif dari Hotel Geno iaitu Dato’ Lim Kian Yu bersama-sama kakitangan hotel turut serta dalam menjayakan malam preview ini.
Pada preview ini, tetamu menikmati hidangan Ramadan di Grand Ballroom, tingkat 3 sambil menikmati muzik tradisional gamelan, persembahan oleh Amir Percussion dan emcee yang luar biasa oleh Guru Hamidon.
Selain dari makanan Malaysia, stesen makanan juga menawarkan pelbagai menu tradisional Malaysia dengan hidangan pencuci mulut untuk tetamu. Selain Kambing Bakar, terdapat juga Sup Ekor.
Bertemakan ‘Warisan Tradisi Ramadhan’, pelbagai jenis juadah daripada asia hingga ke barat yang anda boleh nikmati. Geno Hotel juga menawarkan harga bermula dari RM55.00 bagi kanak-kanak dan RM110.00 bagi dewasa daripada 10 Mei 2019 hingga 2 Jun 2019.
Antara tawaran menarik lain yang Geno Hotel menawarkan adalah dewan yang sangat cantik dan eksklusif. Sesuai untuk bakal pengantin yang masih belum mempunyai idea dan tempat untuk melangsungkan majlis perkahwinan mereka.
Anda boleh mengadakan hari bahagia anda di sini oleh kerana tempatnya yang strategik dan mudah untuk dicari.
Kelengkapan seperti meja, dan mikrofon juga turut disediakan oleh Geno Hotel. Oleh itu, jangan lepaskan peluang anda untuk mencubanya di sini!
Geno Hotel, Jalan Subang Mas, Taman Subang Mas, 47620 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Malaysia. (603- 5033 6666)
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kemelut rumah tangga ibu bapa kepada penyanyi, Shila Amzah iaitu ND Lala dan Datin Fauziah akhirnya berakhir apabila mereka telah sah bercerai.
2 Kali Lafaz Cerai, Kemelut Rumah Tangga ND Lala Dan Datin Fauziah Berakhir
Menerusi satu hantaran di Instagram, ibu kepada Shila Azmah meluahkan rasa syukur apabila kemelut rumah tangganya berakhir. ND Lala didakwa telah melafazkan cerai sebanyak dua kali, pertamanya pada 2 Ogos dan kedua pada semalam iaitu 8 Ogos.
Assalamualaikum semua. Alhamdulillah dengan izin-Nya dan kekuatan kasih sayang Allah kepada saya, saya ingin memaklumkan kepada semua yang saya telah menerima lafaz cerai melalui aplikasi WhatsApp yang dikirimkan pada pagi 8 Ogos 2023.
Untuk perkahwinan yang terbina selama 34 tahun, lafaz cerai ini dibuat oleh bekas suami saya pada tarikh 2 Ogos lalu di Masjid Ar Rahman, Bangsar dan saya dimaklumkan semalam (8 Ogos 2023) melalui WhatsApp.
Alhamdullilah, Allah telah memberikan saya kekuatan yang sangat luar biasa untuk menerima ketentuan ini. Saya menerima segala ini dengan berlapang dada kerana saya yakin doa saya, doa insan-insan yang sentiasa ada di belakang saya selama bertahun-tahun ini adalah asbab untuk saya mendapat kehidupan yang lebih baik, tenang dan sempurna, insya-Allah.
Jelaskan Sebab Tak Mahu Timbul Fitnah
Tambah Fauziah, dia menjelaskan status mereka agar tidak timbul sebarang fitnah di kemudian hari.
Fauziah juga memberitahu bahawa dia mengumumkan perkara agar tidak menimbulkan fitnah di kemudian hari kelak.
Saya menulis ini untuk menjelaskan status saya agar tidak timbul sebarang fitnah dan cuba mendidik jiwa saya untuk tidak menafikan kenyataan yang telah tertulis dalam perkahwinan kami selama 34 tahun ini.
Bukan itu sahaja, ibu kepada Shila Amzah juga mohon doa orang ramai agar dirinya kuat untuk meneruskan kehidupan.
Mohon Doakan Yang Baik-baik
Doakan untuk saya terus kuat sebagaimana saya kuat selama bertahun-tahun hidup dalam penipuan.
Apa yang telah menjadi sejarah akan saya titipkan sebagai nadi kekuatan saya dalam membina hidup yang lebih diredhai Allah tanpa menyakitkan jiwa sesiapa kerana saya sangat sedar, dosa sesama manusia ini sangatlah berat.
Terima kasih untuk doa semua dan buat mereka yang ada dalam kisah saya yang sangat panjang dan payah untuk diungkapkan dalam baris kata. Hanya Allah SWT sahaja yang mampu membalas budi baik dan kasih sayang kalian semua.
Sudah tertulis jodoh mereka berdua sampai di situ, moga masing-masing akan bahagia dengan cara hidup yang dipilih.
Kredit: Instagram Ibu Shila Amzah
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!