Bila ada satu perkara yang berlaku dalam hidup kita dan perkara itu bukan yang kita mahu, fahamlah yang itu semua adalah satu pandangan daripada Allah. Dia nak tengok apa respon kita terhadap setiap perkara yang jadi tu. Ini antara yang kita kena sedar
1. Allah tak pernah jadikan sesuatu itu sia-sia. Maksudnya semua benda ada hikmah. Nak mudah faham, semua yang berlaku ada kebaikan buat kita.
2. Setiap yang berlaku itu adalah yang terbaik buat kita. Semuanya terbaik.
3. Kita kena rasakan diri kita hamba. Tak ada kuasa nak kawal semua yang berlaku pada diri sendiri.
4. Allah tak pernah zalim pada kita. Jadi apa yang kita usahakan, percayalah ada hasilnya nanti. Dan itu pastilah yang selayaknya buat kita.
Dia begini kawan-kawan,
Saya berdepan dengannya kes rumahtangga. Yang cuba untuk mencari jalan penyelesaian. Mana yang selesai alhamdulillah. Tapi banyak juga tak berjaya. Bila tak berjaya, mereka akan ke arah perceraian dan pembubaran perkahwinan. Waktu dah ke fasa ini apa yang berlaku banyaknya salah menyalahkan. Suami salahkan isteri, isteri salahkan suami. Tuduh menuduh dan akhirnya membawa kepada hina menghina pun ada.
Ini yang Allah nak tengok pada kita. Jadi di mana kedudukan kita waktu ujian ini berlaku? Kalau kita tak dapat nak selamatkan rumahtangga kita, selamatkanlah iman dan hubungan hati kita dengan Allah. Harapnya tidak rumahtangga runtuh, iman kita juga ranap sama kerana tidak redhanya kita dengan takdir Allah.
Begitulah.
Firdaus Mokhtar