Sudah menjadi fitrah bagi setiap manusia untuk memiliki perasaan ingin dicintai dan mencintai antara satu sama lain. Namun, ada kala hubungan yang dibina sudah bertahun lamanya tetapi masih juga berakhir dengan kekecewaan. Inilah yang dikatakan ‘jodoh’. Mungkin ianya sudah tertulis bahawa mereka bukan ditakdirkan untuk bersama.
Niat perhubungan pada awalnya sudah betul iaitu untuk membina hidup bersama. Malangnya siapa kita untuk menolak takdir itu? Walaupun kita tidak mampu untuk mengelak akan ketentuan jodoh tetapi kita masih ada pilihan atau cara untuk mengekalkan sesuatu hubungan. Ini adalah tips untuk mengetahui cara kekal lama dalam hubungan.
1. TERIMA DIA SEADANYA
Anda haruslah berhenti mengharapkan si dia menjadi seperti apa yang anda mahu. Terima si dia sama ada yang baik atau buruk. Ianya bukan bermaksud anda langsung tidak boleh menasihati mereka ke arah kebaikan.
2. SENTIASA BERIKAN PUJIAN
Tidak salah untuk anda sering menyampaikan kata-kata pujian kepada pasangan anda. Setiap kali bertemu tidak kira sama ada berdepan atau tidak selitlah ayat atau kata-kata pujian. Meskipun ianya nampak remeh tetapi memberi kesan yang positif kepada pasangan anda dengan setiap pujian yang disampaikan. Malah bukan itu sahaja, si dia juga akan terus bersemangat dan membuatkan rasa cinta kepada anda lebih mendalam. Tidak susah kan untuk berikan pujian kepada pasangan anda?
3. SELALU MENGALAH
Selalu mengalah bukan bermaksud seolah-olah anda kena mengikut kehendaknya 100%. Berdasarkan pemerhatian yang dilakukan, kaum lelakilah yang sering dilihat lebih mudah mengalah berbanding wanita. Ada kalanya mereka memberikan alasan ‘malas nak panjangkan sesuatu isu’ dan memilih untuk mengalah sahaja. Tindakan seperti ini juga sedikit sebanyak dapat mengelakkan hubungan mereka berhadapan dengan pertengkaran.
4. MENJADI PENDENGAR YANG BAIK
Kebanyakan wanita sangat gemar bercerita. Mereka lebih suka berbicara berbanding mendengar. Setiap masalah yang dihadapi mereka, mereka pasti ingin berkongsi dengan insan yang mereka cintai.
5. KENALKAN PADA KELUARGA DAN KAWAN-KAWAN
Tidak dinafikan bahawa ada segelintir pasangan di luar sana yang tidak serius dalam perhubungan. Mereka memilih untuk berpasangan hanya kerana untuk menghilangkan rasa bosan dan berasa tercabar dengan kawan-kawan yang sudah mempunyai pasangan.
6. SENTIASA MENYOKONG DAN MEMBERI SEMANGAT
Sentiasa memberi dorongan dan semangat kepada pasangan anda dalam apa jua yang mereka ingin atau sedang lakukan. Dengan cara ini, anda sudah menjadi inspirasi buat mereka untuk lebih berusaha dalam mengejar impian mereka. Setiap sokongan dan semangat yang diberikan haruslah sewajar dengan niat pasangan anda. Niat yang mereka miliki haruslah sesuatu yang relevan. Misalnya tentang pelajarannya, pekerjaannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI