6. Amalan di atas hendaklah dilakukan selepas solat Isyak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Bukti Yang Suami Sangat Sayangkan Isteri, No 2 Tak Semua Lelaki Boleh Buat!
Sikap lelaki ada ketikanya sukar untuk diduga dan difahami. Bagi pasangan suami isteri, nilai kasih sayang amat perlu dalam membentuk rumah tangga yang bahagia dan harmoni.
Namun, sikap suami yang dianggap sukar untuk menunjukkan rasa cinta pastinya membuatkan isteri mudah berkecil hati dan cepat merajuk. Ini kerana kebanyakan suami lebih gemar meluahkan rasa sayang dan cinta melalui bahasa tubuh malah secara indirectly.
Ingin tahu antara bahasa tubuh dan juga cara indirectly yang misteri sangat tu? Jom kita lihat.
1. MINTA NASIHAT ISTERI
Apabila suami meminta pendapat atau nasihat daripada isteri, itu bukan sahaja menunjukkan perasaannya kepada anda tetapi dia juga mahu anda tahu yang dia percayakan anda dan memerlukan bimbingan anda. Untuk pengetahuan isteri, amat sukar untuk seorang lelaki meminta pertolongan daripada seseorang lebih-lebih lagi isterinya sendiri.
Jadi, jika suami anda memerlukan nasihat daripada anda, itu bermakna dia betul-betul menghormati, menyayangi malah benar-benar percayakan anda. Itu bermakna dia telah mencipta satu ruang di hatinya untuk anda tanpa rasa takut dan bimbang disalah sangka oleh isteri.
2. BELI BARANG KEPERLUAN RUMAH UNTUK ISTERI
Jika suami bersedia untuk shopping till he drop, ketahuilah itu antara tanda yang dia benar-benar menyayangi anda. Mungkin ada antara anda yang tertanya-tanya, apa kena-mengena shopping dengan sayang?
Contohnya begini. Anda sering menyuruh suami membeli groceries semasa dia dalam perjalanan pulang ke rumah dan dia tidak pernah berkata ‘tidak’ kepada anda. Malah permintaan anda itu diterimanya dengan senang hati dan barang-barang yang dipesan dibeli dengan secukupnya. Sehinggalah satu hari anda mendapat tahu yang rupanya suami jenis lelaki yang tidak begitu gemar ke pasar raya, namun dia lakukan juga kerana dia menyayangi anda.
3. LEMPARKAN SENYUMAN MANIS
Masih ingat tak lagi senyuman yang diberikan suami saat pertama kali anda berdua bertemu? Bagaimana senyuman itu boleh memberi impak besar dalam hidup anda. Impak senyuman sama juga seperti memegang tangan. Senyuman yang ikhlas mempunyai kuasa untuk melembutkan hati seseorang. Kenang kembali saat-saat manis anda berdua bersama. Setiap kali dia senyum kepada anda, sebenarnya dia sedang menyatakan ‘saya sayangkan kamu’ tanpa anda sedar.
4. JADI PENDENGAR SETIA
Majoriti wanita di dunia ini mempunyai banyak perkara yang mereka tidak puas hati. Ada sahaja perkara yang tidak kena di mata mereka. Lelaki bersedia untuk duduk dan mendengar keluhan tidak puas hati anda itu tentang perkara yang sama berulang-ulang kali, tanpa rasa bosan. Percayalah, dia benar-benar menyayangi diri anda!
5. PEGANG TANGAN
Inilah tanda suami sayangkan isteri, kemesraan yang tidak perlu disorokkan. Tidak kira di tempat awam atau anda berdua berada di rumah, apabila suami memegang tangan anda, dia sebenarnya sedang mengucapkan ‘saya sayang kamu‘. Percaya atau tidak, pegangan tangan adalah ungkapan paling mudah untuk sebuah cinta sejati. Ia adalah sentuhan fizikal tanpa ada rangsangan ke arah intim malah cara paling mudah untuk suami menunjukkan perasaan hatinya.
6. RINGAN TULANG
Walaupun penat pulang dari kerja, suami akan cuba membantu anda mengemas rumah, menjaga anak, selain membantu anda memasak. Dia akan lakukan semua kerja yang biasa anda lakukan tanpa disuruh. Walaupun suami jarang mengucapkan ucapan cintanya kepada anda tetapi dengan pertolongan ikhlasnya itu sebenarnya itu adalah salah satu cara untuknya menunjukkan yang dia ambil berat tentang anda.
7. IKHLAS BERIKAN SESUATU
Sesuatu itu mungkin dari bentuk hadiah, pujian ataupun pandangan yang penuh dengan kasih sayang. Apabila suami mengambil masa untuk memberi sesuatu untuk anda, itu adalah isyarat yang menunjukkan hanya anda di fikirannya. Hadiah tersebut mungkin kesukaan anda dan mungkin juga tidak. Kata-kata sayang tidak perlu dilafazkan melalui kata-kata. Pandang tepat ke arah mata suami dan cuba selami hatinya. Anda akan mendapat jawapannya di situ.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pakailah Bengkung Seketat Manapun, Kalau Diet Tak Dijaga, Perut Buncit Tetap Buncit
Pakailah bengkung seketat mana pun, kalau diet tak dijaga, perut buncit tetap buncit
Ramai beranggapan penggunaan alat bantuan untuk kelihatan ramping boleh mengempiskan perut yang boroi terutama bagi lelaki yang sudah berkahwin.
Masalah perut buncit dalam kalangan lelaki selepas berkahwin bukan cerita baharu.
Malah, rata-ratanya mengidamkan bentuk tubuh yang ‘menggiurkan’ sebelum sah menjadi suami orang, iaitu perut rata berotot dan bangga untuk ditayang.
Bagaimanapun ada antara yang sudah berkahwin berasakan perut buncit selepas berkahwin adalah satu ‘kurniaan terindah’ kerana menunjukkan mereka gembira dan makan minum terjaga.
Sebenarnya banyak faktor mendorong seseorang lelaki mengalami masalah buncit selepas berkahwin antaranya gaya hidup kerana masa untuk keluarga lebih diutamakan berbanding ketika zaman bujang.
Ketika bujang mereka boleh beraktiviti di gimnasium tanpa mengira masa.
Mentaliti lelaki yang baru berkahwin juga berubah untuk tidak menjaga bentuk tubuh kerana berasakan zaman untuk ‘memasarkan’ diri sudah berakhir.
Selepas berkahwin lelaki berasakan mereka tidak perlu mengerah tenaga di gimnasium bagi mendapatkan bentuk tubuh menarik kerana masa bersama keluarga lebih penting.
Bahkan mereka juga tidak perlu memikirkan mengenai matlamat mencari pasangan hidup.
Isteri pula mahu memastikan makan dan minum suami sentiasa terjaga.
Maka, pelbagai jenis masakan tanpa mengira tahap kolesterol dihidangkan dan rasanya semua isteri mahu menyediakan hidangan enak sepanjang masa,” katanya.
Sebenarnya masalah perut buncit boleh dialami sesiapa saja baik lelaki atau wanita.
Ia berlaku apabila lemak di bahagian perut tidak dapat dibakar atau akibat faktor kehilangan otot disebabkan peningkatan usia.
Otot mampu menjadi ejen untuk membakar kalori dalam badan. Oleh itu, jika seseorang mempunyai otot yang kurang boleh mengakibatkan masalah perut buncit.
Otot biasanya akan mula berkembang pada usia 20 hingga 30 tahun dan mula menurun pada usia 60 hingga 70 tahun dengan kadar sekitar 20 hingga 30 peratus.
Dalam tempoh perkembangan otot, orang ramai perlu membina otot dengan maksimum kerana kita khuatir apabila sampai usia kemuncak pengembangannya iaitu selepas 30 tahun, otot tidak dapat berkembang seperti dalam tempoh berkenaan.
Akibatnya bahagian tubuh seperti perut menjadi lokasi pengumpulan lemak. Kekurangan hormon testosteron dalam badan lelaki juga mengakibatkan seseorang menjadi buncit dan gemuk serta mengundang pelbagai masalah kesihatan lain.
Perut buncit menjadi petanda awal kepada seseorang itu untuk mendapat penyakit lain seperti darah tinggi, diabetes, serangan jantung dan masalah kegemukan.
Kawalan makanan dan gaya hidup yang baik adalah kunci utama mengawal masalah perut buncit tanpa mengira peringkat umur terutama pada usia muda, berkahwin atau tidak. Aktiviti kecergasan amat membantu membakar lemak di bahagian perut disebabkan mengambil makanan berkalori tinggi.
Tiada jalan pintas seperti menggunakan alat bantuan antaranya bengkung untuk mengempiskan perut yang buncit.
Kalori daripada makanan akan berkumpul di dalam badan. Jika anda pakai alat yang boleh membuatkan perut berpeluh, ia tidak akan membantu ‘menanggalkan’ lemak berkenaan. Jadi, kawalan makanan dan aktiviti kecergasan adalah jalan penyelesaiannya.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nasihat Lelaki Ini, Bila Isteri Marah & ‘Naik Hantu’ Pastikan Suami Jangan Lari!
Dalam menjalani kehidupan berumah tangga, pertelingkahan merupakan perkara normal yang dilalui oleh suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit, inikan pula suami isteri.
Bahkan saat pertelingkahan berlaku wanita biasanya akan hilang pertimbangan kerana dikuasai emosi, selain mudah tersentuh dan merajuk. Ketika inilah suami harus memainkan peranan untuk bijak memujuk isteri agar rajuknya tidak berpanjangan.
Pesanan Abu Hurairah Asifa agar suami jangan lari saat isteri naik hantu, selain suami boleh mempraktikkan cara-cara memujuk isteri ketika marah. Semoga bermanfaat!
Ketika isteri marah, jangan lari bro!
Duduk dekat dengan dia. Tapi kalau tiba-tiba keletuk! kepala tu kena pinggan alcopal, takpe. Bro jauh sikit. Mungkin dia tak selesa tapi tolong! Jangan lari. Jangan start enjin nak ke mamak atau futsal. Jangan keluar dari rumah. Stay the same!
Sebab masa ni isteri kita bukan lagi Habibah, hamidah atau qasidah. Dia marah dah!
Bro kena tengok je apa dia buat. Kalau dia suruh cakap, bro cakap je. Walapun pahit! Kalau tiba-tiba isteri suruh diam, bro diam. Jangan banyak tanya. Dah diam, tiba-tiba dia cakap ‘ kenapa abg diam? cakaplah! ‘ , masa tu bro cakaplah balik. Dan benda ni akan berulang-ulang sampailah ke sudah. Sabar je, takde lain dah.
Masa isteri marah, dia akan hilang 2 perkara utama. Akal dan tindakan. Dia akan melulu dan tindakannya macam hantu. Cuma kalau agak teruk, bawak anak-anak masuk bilik dan kuncikan mereka.
Berapa lama?
InsyaAllah tak lama bro. Paling-paling separuh masa kedua masa Manchester Leading, dia dah mula ok. Masa tu, bro pulak layan!
Panggil nama dia, sebutkan benda-benda yang baik, doa banyak-banyak, sebab hati dia milik Allah. Bukan milik bro!
Datang dekat, pegang tangan dia, dan sapu airmata yang sudah kering menangis dari tadi tu. Dan tolong ya bro, pegang tangan je. Silap pegang, bro akan terkeluar dari senarai lelaki yang dia sayang.
Cakap dengan hati, atau kalau takde ayat, cuba tengok-tengok kat dinding atau tv, kot bait-bait lagu Aiman tino ada. Cuma jangan merapu, tu je. Silap-silap kena penampau ubi sekali lagi.
InsyaAllah, hatinya akan lembut. Dia akan sandarkan kepalanya dibahu bro. Dia akan menangis lagi, kali ni kuat skit. Mungkin meraung, masa ni bro nak nangis sekali pun takpe.
Selesai tu, ajak isteri jumpa anak-anak. Minta maaf dengan mereka. Mereka tak salah. Cium mereka dan peluklah mereka.
Last sekali, ajak isteri bro mandi!
Faham?
Hati tu jangan keras sangat bro. Buatlah taman sikit. Haish!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI