Hubungan

Semua Perkahwinan Ada Expired Date, Sampai Masa Kena Belajar Berdikari

Share

Pengajaran dalam hubungan, semua perkahwinan ada expired date. Sampai masa kita akan berpisah dengan si dia ikut jodoh dan rezeki kita dengan dia.

Maknanya ada yang bercerai hidup dan ada yang mati. Begitulah, jadi kita kena selalu bersedia, tidak terlalu bergantung.

Semua Perkahwinan Ada Expired Date

Ini antara pasangan suami akan lalui dalam tempoh tertentu, jom baca perkongsian daripada Puan Amalina Nudin sekejap…

1. Mana-mana perkahwinan bukan kesilapan.

Walau berpisah, pernah berkahwin itu bukan kesilapan, itu takdir Allah, dah jodoh…umur lain-lain, dibesarkan di tempat lain-lain, diantara jutaan manusia, mereka jatuh hati sesama sendiri: itulah jodoh.

Walau sebulan.
Walau setahun.
Walau sepuluh tahun atau 40 Tahun.

Pernah bahagia, pernah saling menyayangi.  Itu rezeki. Ada bahagia, ada sengsara. Bahagian masing-masing. Ujian penceraian itu sangat menyakitkan, namun ia akan mematangkan. Semua perkahwinan ada expired date.

Ada orang bercerai hidup, ada pasangan bercerai mati. Sudah sampai tarikh luput. Gaduh-gaduh tu sekadar asbab-asbab.

2. Anak itu rezeki.

Walau berpisah, masih ada anak.
Kahwin itu tak pernah salah.
Boleh jadi seorang anak tu, jadi insan hebat kelak, melahirkan keturunan yang baik-baik.

 

3. Ujian kahwin jarak umur.

Sesiapa yang diuji dengan jodoh yang umur agak jauh beza, perlu bersedia. Pemikiran mungkin tak sama. Walau mula-mula rasa tiada beza, lama kelamaan akan jumpa titik tidak sekufu, kerana dibesarkan zaman yang berbeza. Tak semua, tapi ada. Ramai je kita tengok kan?

4. Wanita diuji dengan ekonomi suami.

Ada wanita sederhana, maintainance mudah sahaja, ada yang gaya hidupnya luar biasa. Perlu kenali sebelum kahwin.

Perlu tanya bakal suami, nak bagi nafkah berapa, kalau dia kata mampu Rm250 sahaja bagi sebulan, sanggupkah? Kalau sanggup, teruskan.

Kesian lelaki yang berusaha sehabis daya,
Namun mampu bagi semampunya sahaja,
Ada tanggungjawab ibu bapa dan adik beradik lagi. Sehingga lupa untuk reward dirinya sendiri.

5. Lelaki diuji kalau kahwini wanita bekerjaya yang high goal dan archiever.

Dia akan rasa dia ketua.
Dah biasa mengarah di tempat kerja.
Kadang-kadang terbawa balik ke rumah perangai sebegitu.

Ramai juga wanita yang belum kahwin punyai perangai sebegini, dia tak pandai jadi ‘perempuan’, biasa jadi bos dan nak capai target tinggi : rasa tak perlu ada lelaki dalam hidup.

Ramai yang berusia, kahwin sebab mak ayah suruh, sebab takut dipanggil anak dara tua dan sebegainya, padahal jiwanya rasa – tak kahwin pun tak apa, boleh sahaja hidup.

6. Perempuan suka meluah.

Susah jadi perempuan ni, mulut mudah jadi jahat, suka meluah untuk jadi lega, suka bercakap : tanpa sedar buka aib – tanpa sedar jadi berdosa. Ribu-ribu baik suami hilang terus, satu dua salah suami akan dibesar-besarkan ketika beremosi : ujian emosi.

Padahal tak nak cakap pun, tak maksudkan pun, sekali bercakap, terus berantai-rantai terkait sekali masalah lain. Sebenarnya, hanya ingin meluah. Naudzubillah daripada diuji untuk tanpa sengaja buka aib suami.

7. Syukurlah dapat isteri yang sederhana.

Para suami, syukur jika dapat isteri yang terima seadanya. Walau tak banyak, dia kenal mana yang nafkah yang wajib iaitu keperluan, mana kehendak, tidak membandingkan suami dengan yang lain, syukuri seadanya apa yang suami mampu, tidak bermewahan.

Begitulah pengajaran hari ini.
Dua-dua pasti ada silap.
Dua-dua pasti ada betul.

Sekian.

Prof Muhaya beri satu kunci untuk usaha aman damai rumah tangga :

‘Ya saya salah, awak betul, saya yang salah’. Tapi realitinya susah yang amat nak buat.

Published by
Nadia