Apa yang terlintas di fikiran korang bila disebut perkataan kemut? Stop! Jangan beritahu sesiapa. Cukup untuk diri sendiri sahaja ok. Tapi kemut yang kami nak kongsikan kali ini adalah berkaitan dengan satu jenis senaman yang disaran untuk di amal oleh golongan wanita, senaman tersebut adalah senaman kemut ataupun senaman kegel.
Senaman kemut ataupun senaman kegel ini memberi manfaat kepada wanita seperti monyokong organ dalaman uterus dan pundi kencing ini membantu mengatasi masalah kencing tak lawas. Malah, menurut seorang jururawat yang membuat perkongsian mengenai senaman kemut ini, Lara Marina senaman kemut turut membantu wanita yang sudah berkahwin ketika bersama suami. Namun ujarnya, hanya segelintir sahaja wanita yang mengamalkan senaman kemut ini walaupun istilah tersebut biasa didengari. Beliau juga turut berkongsi langkah-langkah betul bagi wanita-wanita yang ingin mengamalkan senaman kemut tersebut.
Jom kita ikuti perkongsiannya di bawah.
SENAMAN KEMUT UNTUK ATASI MASALAH KENCING TAK LAWAS
Dah usia meningkat senja, mulalah ada masalah gagal dalam mengawal pengeluaran air kecil atau erti kata lain “Inkontinen Urin”. Bukan saja golongan tua, malah muda-mudi pun pun tak terlepas daripada masalah ini dan menjadi punca kencing tak lawas.
Sebab apa? Sebab salah satunya tak pernah dan jarang atau tidak selalu buat senaman kemut. Ramai yang hanya tahu sebut tentang senaman kemut tetapi tak tahu macamana cara yang betul mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Bukan susah pun nak buat senaman kemut. Boleh buat dalam keadaan duduk, berdiri, berbaring dan semasa melakukan aktiviti harian pun boleh! Senaman kemut dikenali juga sebagai senaman lantai pelvik dan senaman kegel’s.
KREDIT : Lara Marina Registered Nurse KKM