Kalau kita nak menilai orang, kita jangan pula terlepas pandang tentang diri sendiri. Macam mana kita nak orang layan kita, macam itu jugalah kita perlu berikan layanan kepada orang lain.
Kadang-kadang, ada lelaki yang terlalu mencari kesempurnaan pada seorang wanita. Biasa dengar lelaki nak cari wanita yang cantik, penyayang, menghormati, kaya dan kesempurnaan lain. Sedangkan dia juga perlu meletakkan dirinya sama seperti apa yang diminta.
Tidaklah wanita semuanya betul. Ada juga yang meletakkan ‘demand‘ tinggi dalam misi mencari bakal suami. Tapi bila dah jumpa yang menenangkan hatinya, dia boleh je terima dengan hati terbuka. Cuba anda perhatikan ciri-ciri ni kalau nak tahu jika wanita itu mula sayangkan anda.
Dia terima awak seadanya – Walaupun pada asalnya dia dah tetapkan ciri-ciri lelaki idaman, tetapi bila jumpa yang serasi, dia boleh menerima anda seadanya.
2. Maafkan Walaupun Kesilapan Awak Berulang Kali – Wanita yang boleh memaafkan lelaki yang seringkali buat kesilapan adalah wanita yang sangat penyabar. Setuju tak? Tapi bila kita sebut pasal woman empowerment, wanita janganlah terlalu tunduk pada lelaki. Seandainya kesalahan itu besar, janganlah sampai ia berlaku banyak kali pada anda.
Ads
3. Dia akan pertahankan hubungan – Sebolehnya, andai ada kawan-kawan yang bersuara konon anda dan pasangan tak serasi, dialah yang akan pertahankan hubungan tu. Dia juga akan sangat setia.
4. Dia akan buat yang terbaik untuk awak – Yang ini jangan dipersoalkan. Kalau anda dah berniat untuk berkahwin, dia akan tolong sedaya upaya untuk ringankan beban anda. Dia pun sanggup kerja lebih masa!
5. Dia percaya dengan setiap apa yang awak katakan – Jangan ambil kesempatan!
Ads
6. Dia selalu nak bahagiakan awak – Sama seperti anda, masing-masing nak bahagiakan di antara satu sama lain. Cuba lihat macam mana dia cuba mencari jalan untuk membahagiakan anda.
7. Dia akan bantu sedaya upaya tidak menyusahkan awak – Bila si dia dalam kesusahan, dia akan cari teman baiknya. Seboleh-bolehnya dia tak mahu anda turut susah.
8. Ketika susah dia tak mengeluh ketika senang dia tak meminta-minta – Dalam perhubungan, cuba perhatikan sekiranya dia sering merungut ketika susah. Andainya tidak, anda jagalah si dia elok-elok.
Ads
9. Dia akan memberikan perhatian dan akan cuba curi perhatian awak kepadanya – Hargailah si dia bila dia memberikan perhatian. Dan anda jangan pula kedekut perhatian padanya.
10.Setia pada awak dan pada dia tiada lagi lelaki lain yang di cintai
11. Bila perempuan dah sayang, dia akan kerap minta maaf sebab tak mahu kecewa.
12. Walaupun kadang-kadang menyakitkan. Itulah wanita bila dah sayang.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Kek perkahwinan yang diselaputi indah hiasan fondant sudah menjadi trend kek perkahwinan masa kini di Malaysia. Namun ada juga pasangan mempelai yang mahukan kelainan dengan mencuba sesuatu yang baru seperti naked cake, marble cake, geode cake dan sebagainya.
Antara kek yang semakin diminati ramai sejak akhir-akhir ini adalah drip cake. Kek ini kebiasaannya lebih popular dijadikan hantaran perkahwinan berbanding untuk acara memotong kek. Pada dasarnya ia adalah sebuah kek di mana bahagian atasnya disiram dengan icing cair, coklat cair dan sebagainya, kemudiannya membentuk lelehan disetiap sisi kek.
Kebiasaannya kek ini terdiri dari beberapa lapisan kek span dan kemudiannya dihiasi topping yang lazat seperti buah-buahan, edible flowers dan manisan seperti macaron dan chocolate bar. Nampak seperti mudah bukan untuk membuatnya sendiri, namun percayalah ianya memerlukan proses yang panjang dan rumit.
Tak kisahlah jenis kek apa yang anda mahukan untuk majlis bersejarah anda nanti, namun apa yang penting sesuaikanlah dengan tema dan lokasi perkahwinan anda bakal berlangsung.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
PMS (premenstrual syndrome – senggugut) merupakan himpunan simptom. Lebih dari 200 simptom berbeza telah dikenal pasti, tetapi tiga simptom paling menonjol adalah mudah terganggu (irritability), ketegangan, dan dysphoria (murung). Simptom sebenar dan tahapnya berbeza antara seseorang wanita dengan wanita yang lain.
Kebanyakan wanita dengan sindrom prehaid mengalami hanya sedikit dari masaalah tersebut. Simptom berikut juga boleh disandarkan kepada PMS seperti Perut kembung, Kejang perut, Payu dara bengkak atau sensitif, ketegangan atau bimbang (anxiety), Masalah tidur (insomnia), sakit sendi atau otot, pening kepala, Lesu, Jerawat dan perasaan tidak menentu (Mood swings).
9 Petua Merawat Senggugut
SAMSUNG DIGITAL CAMERA
1. Ambil sembilan biji pinang tua, dibakar tanpa minyak hingga menjadi arang, dan kemudian ditumbuk hingga halus. Campurkan serbuk pinag bakar itu dengan secawan air suam dan minum selama sembilan hari berturut-turut dari hari pertama datang haid.
2. Ambil segenggam halia, tumbuk hingga lumat dan masukkan ke dalam segelas air suam. Apabila halia mendap minum air tadi didahulukan dengan selawat.
3. Minum air rebusan rumput jarum emas atau rumput rempah padang atau rumput cengkih padang semasa kedatangan haid atau sebelumnya.
4. Campurkan serbuk halia atau halia yang ditumbuk lumat dengan serbuk lada hitam . Kuantiti sama banyak antara kedua-dua bahan. Isikan dalam kapsul kosong. Makan 2 biji selepas makan tengahari dan malam 2 minggu atau seminggu sebelum haid.
5. Semasa sakit ketika haid, minumlah air teh pahit tanpa gula.
6. Mandi air panas. Ini akan membantu anda merehatkan otot-otot perut anda dan yang lebih penting, menenangkan fikiran anda. Untuk usaha tambahan, membawa lilin aromaterapi dan minyak wangi mandi sebagai penyegar udara.
7. Campurkan sedikit air limau nipis bersama air kunyit yang telah ditumbuk. Jadikan ia sebanyak segelas penuh. Amalkan meminumnya setiap malam tiga hari sebelum datang haid.
8. Buah petola yang biasa ditanam di kampung-kampung dikhabarkan juga baik untuk mengurangkan kesakitan sengugut. Ia dapat diamalkan dengan mudah sekali kerana kita cuma perlu memakan sebarang masakan yang berasaskan petola tersebut. Amalkan memakan petola seminggu sebelum kedatangan haid.
9. Bagi wanita yang sering mengalami senggugut, boleh amalkan petua ini. Rebus air asam jawa bersama gula merah sehingga mendidih. Apabila air telah suam, minum air tersebut. Jika diamalkan selalu, insyaAllah senggugut akan hilang.
Semoga dengan perkongsian 9 petua merawat senggugut di atas dapat memberikan kita alternatif bagi merawat penyakit senggugut yang sering menyerang wanita sebulan sekali.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Setiap wanita memiliki karakter yang berbeza. Karakter seseorang juga pun boleh dilihat daripada zodiaknya. Tahukah anda daripada 12 zodiak, ada lima zodiak yang memiliki kriteria isteri terbaik. Wanita ini memiliki pesona dan daya tarikan yang menawan sehingga membuatkan para jejaka ingin menghabiskan masa hidup bersamanya.
Berikut ini adalah pemilik zodiak yang memiliki kriteria sebagai isteri TERBAIK. Ayuh semak penjelasannya di bawah ini.
Cancer
Pemilik zodiak Cancer adalah pencinta yang baik. Si dia akan rela melakukan apa sahaja demi orang yang dia cintai. Jika ia sudah berkahwin maka segala dedikasinya hanyalah untuk keluarga. Maka tidak hairanlah jika pemilik zodiak Cancer adalah jenis isteri idaman dan terbaik.
Aries
Zodiak Aries adalah wanita yang sentiasa bersemangat dan cergas. Dia akan rela melakukan apa sahaja untuk orang yang dicintainya. Meskipun agak keras kepala tetapi wanita yang berzodiak Aries adalah jenis wanita yang mampu membuatkan pasangannya jatuh cinta setiap waktu.
Virgo
Pemilik zodiak Virgo adalah jenis wanita yang tidak mudah berputus asa. Ia akan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada pasangannya. Ia seorang yang sentiasa menyokong pasangannya dalam apa jua keadaan dan apa jua yang dilakukan pasangannya. Saat pasangannya berada dalam keadaan tertekan dan rendah diri maka dia akan sedia membantu memberi semangat kepada pasangannya.
Leo
Ramai yang menganggap pemilik zodiak Leo seorang yang sangat ego. Nyatanya, pemilik zodiak Leo cepat beradaptasi dengan persekitaran yang baharu. Ia mengetahui apa yang harus dilakukan selain selalu tahu bagaimana caranya menyenangkan pasangan. Hal ini membuatkan pasangan yang menjalin cinta dengan wanita yang berzodiak Leo selalu ingin berada dekat dengannya.
Capricorn
Pemilik zodiak Capricorn tergolong di kalangan wanita misteri. Walau bagaimanpun wanita yang berzodiak Capricorn juga pencinta yang sangat baik. Sekali ia bertemu orang yang tepat untuk dicintai, ia akan mencintai selama-lamanya. Wanita yang berzodiak Capricorn juga seorang pasangan yang setia.
Demikian 5 zodiak yang terbaik sebagai isteri terbaik. Walau bagaimanapun bukan bererti pemilik zodiak yang lain tidak baik. Setiap zodiak memiliki kelebihan dan kekurangan masing-masing. Ssttt…..apakah anda adalah di antaranya?
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!