Ada orang takut nak kahwin sebab banyak sangat fikirkan kisah-kisah rumahtangga yang ‘tak menjadi’. Hidup mana yang tak dilanda ujian dik. Kalau gambaran kahwin tu semuanya indah, macam mana kita nak tahu keserasian dengan pasangan kan? Apakata hadam tip ni, terutamanya untuk pasangan muda. 

 

Kahwin awal atau kahwin lambat, sama sahaja. Baik suami atau isteri kena tahu macam mana nak ‘tackle’ hati pasangan. Tidak ada rumahtangga yang bahagia kalau usaha untuk membahagiakan pasangan itu datang dari satu pihak sahaja. Sama-sama kena ada toleransi. Seperti tip yang dikongsikan Noor Fathin Azlan ni.  

 

 

  1. Jangan pendam, terus tanya

Rasa nak tanya, tanya. Rasa nak luah, luah. Kalau tetiba ada syak wasangka, jangan tuduh, tapi tanya baik-baik. Kalau tak suka, tegur tapi jangan kecikkan hati suami. Kalau suka dengan apa suami buat, ucap terima kasih, peluk dia, kiss dia. 

 

  1. Jadi kawan baik untuk suami

Kena bijak curi hati suami sehingga antara kita dengan kawan, suami pilih kita lagi haha. Dari dulu hingga sekarang, kalau member dia ajak lepak, dia tak pernah tinggalkan bini dia. Dia akan bagitau, “Kalau nak lepak, aku kena ajak bini aku sekali” Ha gitu. Bukan takut bini ye. 

 

Bonus, kita kena terima member-member suami. Jangan kutuk, jangan complain pasal member-member suami. Kalau mereka bergaduh, jangan jadi batu api. Then wujudkan rasa selesa antara kita dengan kawan-kawan suami, kalau kata kita tak ikut suami lepak, member beliau akan bertanya, “Mana bini hang?” 

 

Tips nak jadi kawan baik suami, kita kena jadi seperti seorang lelaki. Tak judge suami, tak menjatuhkan hukum bila suami buat kesilapan kecil, tak mengungkit, sentiasa support untuk suami berubah, jadi pendengar yang setia setiap kali suami ada masalah, cuba membahagiakan di kala suami susah hati. 

 

Ads

 

  1. Sentiasa bergurau senda

Sakat-menyakat, bahan-membahan ni makanan rutin harian kami. Lagi-lagi aku suka buat lawak bodoh. Maka di antara kami yang cepat sentap adalah Muzamer, abang tasik. Punca kami bergaduh pun disebabkan lawak bodoh yang tak munasabah. Contohnya, dia pernah tipu aku Mus May anak Berahim pendek. 

Dua-dua kena kepala masuk air. Terlalu serius pun tak best. 

 

 

  1. Jangan malu untuk bermanja

Buang ego, buang rasa malu. Buang rasa “Ah dia yang kena mulakan dulu, kenapa aku?” Kalau suami duduk atas sofa, pergi baring atas paha dia. Kalau suami baring main phone, pergi baring sebelah dia, ambil tangan dia peluk pinggang kita. 

Buang ego untuk minta maaf, untuk akui kesalahan sendiri setiap kali pergaduhan tercetus. Suami isteri kena buat. 

 

 

Ads
  1. Jangan cemburu dengan suami

Cemburu dengan suami? Bunyi macam kelakar kan? Tapi wujud sebenarnya. Cemburu kenapa kita kena mengandung, kena beranak. Cemburu suami tak rasa sakit azab melahirkan. Cemburu suami tak perlu menyusukan anak. Hakikatnya suami dah jalankan tugas sebagai seorang suami dan ayah dengan sempurna, but kita still cemburu dengan suami. Then lama-lama kita jadi tak redha, kita jadi tak bahagia. 

 

 

  1. Sentiasa berhias cantik depan suami.

Sorry to say, ini my tips. Tak minta untuk follow sebab situasi orang berbeza tapi tetap nak share. Cuba sedaya upaya untuk sentiasa nampak cantik dan kemas di hadapan suami. Barulah syok kita nak bermanja, bergurau dan pillow talk dengan suami. Nak minta tolong buat apa-apa pun, suami cepat je bangun menghulurkan bantuan tanpa kata “tak boleh!” Nak tahu kenapa? Sebab tak sampai hati nak tolak permintaan ‘awek comel’ (digelak). 

 

 

  1. Minta tolong, jangan paksa tapi rayu.

Kalau nak minta tolong dari suami, jangan gertak, jangan hina dia “Awak ni malaslah!” Tapi kena cakap “Awaaaak, tolong saya tukarkan pampers anak, please” Serius doe memang menjadi. Alah kita perempuan, kita kaum pandai menggoda. Lelaki pula lemah dengan godaan wanita. Itu senjata kita. Bila suami bingkas bangun, kena cakap “Terima kasih awak. Sayang awak!” Tapi dengan syarat, buang ego, buang rasa malu nak appreciate suami, nak minta tolong dengan cara rayuan. 

 

Ads

Oh satu lagi, kenapa kami suami isteri masih lagi kekal dengan panggilan ‘awak saya’ bukan abang sayang, papa mama, baby honey? Sebab kami nak merasa seperti dalam alam percintaan. Tak ke rasa sweet gila duk ber-awak saya dengan pasangan? Haha. 

 

Actually banyak tips sebenarnya, tapi cukuplah tujuh tips yang iolls nak share malam ni untuk anda yang nak menginjak dalam perkahwinan supaya rumah tangga sentiasa terasa dalam alam percintaan. 

 

Segan nak share tips perkahwinan sebab baru 6 tahun perkahwinan, tapi tips yang paling penting yang perlu follow adalah buang rasa malu, rasa ego untuk bermanja dengan pasangan. Sebab kalau dari tahun pertama tak buang perasaan ni, sampai tahun ke-30 pun anda takkan merasa bahagia dengan pasangan. 

 

Kalau nak cerita pasal tanggungjawab yang semakin berat. Aku juga menggalas tanggungjawab yang berat dan padat setiap hari. Super busy woman dengan bisnes, kena jaga dua orang anak kecil lagi. Kita as a isteri dan ibu kena pandai kawal emosi. Tapi itulah, tak semua orang ada ilmu mengawal emosi dengan baik. 

 

Cara nak kawal emosi dengan baik, bermula dengan tips pertama. Jangan pendam, terus tanya, terus luah. Kalau rasa penat, burn-out dengan tanggungjawab yang berat, jangan lepaskan kemarahan pada suami, tapi pillow talk dengan suami, peluk suami dan menangis depan suami sampai puas. Minta kata-kata semangat dari suami. Insyaallah berkesan. 

 

Kredit: Noor Fathin Azlan 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI