Serlah gaya anggun dalam penampilan ratu sehari anda dengan sentuhan kuasa riben yang bakal memberikan aura jelita tiada tara. Selain digunakan untuk dekorasi buat pelaminan cinta dan gubahan hantaran, elemen riben juga cukup sesuai digunakan untuk penataan gaya ratu sehari.
Relevan untuk digayakan di abad ini, suntikan riben bakal melahirkan sisi romantis buat si dara. Pastinya gaya ratu sehari tampak manis dan jelita saat melangkah ke mahligai cinta.
Jenama mewah ini memberi ‘statement’ elegan buat si pemakai. Suntikan riben pada beg tangan ini melahirkan gaya femin yang tiada tara. Juga sesuai diletakkan di atas dulang hantaran sebagai hadiah dengan gubahan bunga segar berona pastel.
Cincin bertatahkan berlian dari Van Cleef & Arpels mempertaruhkan rekaan ikonik dengan cetusan riben yang cukup anggun. Tampak ringkas, namun sisi eksklusif yang dibawa oleh jenema perhiasan terkemuka ini memberika gaya moden buat si dara.
Semburkan pewangi segar dari jenama Kate Spade di majlis raikan cinta anda. Haruman segar dari pewangi ini akan membuatkan si dia bertambah sayang. Reka bentuk botol yang rimgkas diserikan lagi dengan lilitan riben di bahagian penutup botol. Pastinya gubahan hantaran tampak lebih manis dengan hadiah berupa pewangi ini.
Ringkas dan minimalis! Busana rekaan Reem Acra tampak menonjol dengan padanan riben berona hitam di bahagian leher. Percikan rona serba putih pada busana ini memberikan biasan elegan yang tiada tara. Sesuai buat ratu sehari yang inginkan gaya ringkas dan moden.
Rona hitam pada jam tangan jenama popular ini tampak menyerla dengan padanan ilham riben berona perak yang diserikan lagi dengan sulaman batu permata. Relevan untuk digayakan di majlis raikan cinta atau dijadikan sebagai hadiah untuk dulang hantara./
Gaya ratu sehari anda pastinya bagaikan Cinderella saat menyarungkan sepatu anggun ini. Rona perak yang memberi biasan elegan tampil menyerlah dengan taburan batu permata. Suntikan riben memberi nada eksklusif buat rekaan sepatu ini.
Tidak lengkap gaya ratu sehari tanpa padanan subang yang bersesuaian. Rekaan subang dari Pandora melahirkan ilham riben dalam rekaannya sekaligus amat sesuai untuk digayakan untuk majlis raikan cinta. Suntikan mutiara memberi aksen romantis buat si pemakai.