Ada beberapa kes penceraian yg berpunca dari hal yg sangat kecil, yg adakala kita ketawa mendengarnya, macam tak percaya sbb terlalu kecil. Sebenarnya bukan hal remeh itu puncanya, tapi kerana HATI DAH PENAT. Maka hati akan mudah marah pada perkara yg sekecil² lapik meja, silap warna, masak kurang masin dan sebagainya. Lagi sedih bila perceraian tak mendatangkan perasaan sedih tapi seolah rasa terlepas dari sesuatu yg berat utk ditanggung.
Egonya seorang suami bila berkata mahu menceraikan isterinya kerana tak mahu menanggung dosa si isteri yg tak mendengar kata, dah berubah dan makin degil. Sedangkan anak berderet memeluk ibu, bukan memeluk bapa. Tiada setitis air mata yg keluar dari mata si isteri menandakan hatinya dah keras dan kini pasrah.
Wahai suami… ?
Bila isteri dah tak macam dulu, dah tak pandai senyum, dah tak boleh cakap baik², dah tak pedulikan penampilan dirinya, dah selalu jadi singa dan dah tak secantik wanita lain diluar sana, jangan terus cari silap dia, tapi carilah kekurangan dlm keluarga hasil pimpinanmu…
? Berapa kali kau peluk isterimu dlm seminggu?
?Berapa kali kau tanya khabarnya minggu ni?
?Berapa kali kau mengimamkan solat fardhunya?
?Berapa banyak nafkah yg kau beri peribadi utknya, bukan utk keluargamu? Samada dia bekerja atau tidak?
? Berapa kali kau bantunya buat kerja rumah?
?Berapa kali kau berterima kasih kepadanya disepanjang perkahwinanmu kerna menjadi penemanmu?
?Siapa yg jagakan anak² mu?
?Kemanakah pandanganmu dikala dia berbicara denganmu?
?Berapa kali kau bangun malam, bertahajjud sambil menangis, mendoakan kesejahteraan dlm keluargamu?
?Apa beza dirinya sebelum dan selepas berkahwin dan punyai anak bersamamu?
?Sudahkah kau lakukan segala yg Allah suruh?
Bila isteri buat perangai, bukan kerana dia nak melawanmu tapi dia nakkan perhatianmu. Bukan dia tak tahu, Rasulullah saw bersabda, “Andai seorang manusia boleh sujud kpd manusia lain, nescaya akan aku perintahkan seorang isteri sujud kpd suaminya.”
Seorang isteri, dosanya ditanggung oleh suami selagi suami tak menegur kesilapannya. Tapi setelah ditegur masih si isteri itu tak mengikut kata, tugasmu tak tamat begitu saja, tegurlah ia berlandaskan islam.
Pertama : tegurlah dgn lisan.
Kedua : pukullah dgn selembut² kain di bhgn yg tak sensitif
Ketiga : asingkan tempat tidur
Andai kesemuanya tak berjaya, janganlah kata tugasmu dah selesai selagi kau belum mendoakan kebaikan untuknya tanpa henti. Selagi dia tidak nusyuz dlm hukum Islam.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk yg bengkok. Perbetulkanlah ia dgn cara yg baik, jgn sampai patah sbb jika patah, ia takkan sama seperti yg asal.
Wanita itu dicipta dari tulang rusuk di sisimu, kerana itu yg rapat dgn hatimu utk kau cintai dan sayangi. Bukan di kepala utk kau junjung dan bukan juga di kakimu utk dipijak.
Suami yg baik ialah yg sentiasa berusaha membawa keluarganya membina istana di Syurga.
Tiada isteri sengaja nak menderhaka,
Tiada isteri suka² nak masuk neraka,
Islam itu dah cukup sempurna,
Rasulullah panduan berguna,
Ayuh kita tempah syurga bersama². ?
Nukilan Farizal Radzali
SUMBER :