Cekalnya seorang isteri, perempuan, wanita dan ibu itu kerana satu hal. Bukan kerana seorang suami tapi sesuatu yang dikongsikan lelaki bernama Abu Hurairah Asifa.
Seorang ibu.
Seorang isteri.
Seorang perempuan.
Seorang wanita.
Dia kuat kerana sebuah hati. Sekalipun hati itu telah pecah dan menjadi serpihan, asalkan yang baki sebesar zarah itulah yang akan membina semula sebuah hati yang kuat lagi.
Sebab itu, jagalah hati.
Dekatkan ia dengan Tuhan. Buat sebanyaknya kebaikan. Isi hati dengan Al Quran.
InsyaAllah. Allah akan menjaga wanita yang di uji.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bertunang Bukan ‘Lesen’ Untuk Anda Buat Sesuka Hati, Ini Adab Pertunangan Yang Perlu Anda Tahu
Setiap pasangan pasti akan melalui fasa pertunangan tidak kira sama ada ia dilakukan dalam satu majlis besar-besaran atau majlis tertutup yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga sahaja. Itu merupakan pilihan masing-masing.
Fasa pertunangan dikatakan fasa untuk mengenali pasangan serta keluarganya dengan lebih dekat lagi. Jangan terkejut kerana tidak ramai yang mampu bertahan untuk meneruskan hubungan kerana tidak mampu menghadapi ujian dan cabaran yang begitu hebat.
Bertunang tidak bermakna anda akan berkahwin dengan dia. Syaitan memang akan mengganggu perhubungan kerana tidak mahu kita menjadi pasangan yang halal. Jadi, jagalah batas anda ketika bertunang. Ingat, pertunangan bukan ‘lesen’ untuk anda dan pasangan buat apa sahaja mengikut kata hati.
Ketahui adab-adab yang perlu dipatuhi ketika bertunang. Semoga bermanfaat untuk anda dan semoga urusan anda dipermudahkan hingga ke jinjang pelamin.
1. Pertunangan Bukan Lesen Untuk Keluar Berdua
Ramai pasangan yang mengambil kesempatan untuk keluar berdua sehingga tidak menjaga batas pergaulan. Pertunangan bukan seperti ikatan perkahwinan yang sudah sah. Anda masih perlu menjaga batas pergaulan jika bersama pasangan.
2. Jangan Melengahkan Pernikahan
Apabila sudah mengikat tali pertunangan, ini bermakna anda dan pasangan perlu segera membuat perancangan untuk bernikah. Jangan sengaja melengahkan masa dan melambatkan pernikahan. Perlu anda tahu bahawa semakin lama pertunangan, semakin banyak cabaran yang perlu anda tempuhi.
3. Bertunang Tak Perlu Mewah
Jangan terlalu mengikut trend sehingga membazir hanya untuk majlis pertunangan. Lebih baik simpan duit untuk kahwin nanti. Lebih baik jika majlis anda hanya dihadiri oleh saudara-mara kerana jika putus, tidaklah anda malu di kemudian hari.
4. Solat Istikharah Jangan Dilupakan
Walaupun anda rasa si dia adalah yang terbaik untuk anda, mintalah juga petunjuk daripada Allah. Ia lebih menjamin kebahagiaan anda sekaligus membuatkan anda memilih pasangan hidup yang tepat.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Rupanya Baju Jadi Lebih Wangi Guna Cuka Dan Softner, Pengantin Baru Boleh Cuba Nanti
Ini ada tip membilas pakaian. Mungkin kita boleh cuba sendiri nanti di rumah dan yang penting ianya selamat, mudah dan menjimatkan.
Cubalah!
Dulu saya selalu guna pelembut pakain/softener berjenama agak mahal disebabkan bau harumnya pada pakaian tahan agak lama. Selepas seminggu bau harum masih ada.
Tetapi baru-baru ini saya teringat akan satu petua jiran lama saya. Setiap kali lalu depan rumah dia dahulu , pasti tercium bau wangi sangat bila dia sidai baju. Rumah saya tingkat 2 rumah dia ground floor tetapi bau wangi pakaian dia boleh sampai ke rumah saya.
Jadi saya tergerak hati ingin mencuba petua tersebut sejak kebelakangan ini. Petuanyaa sangat mudah & murah.
Sediakan air yang dicampur softener tidak kisah apa jenama , sekarang saya gunakan softener jenama murah je pun iaitu Daia, campuran softener tadi pula ditambah dengan secawan kecil cuka makan. Atau untuk 4-5kg berat pakaian, 30mls cuka makan.Gunalah la untuk bilasan akhir pakaian anda.
Hasilnya tersangat WOW!!!. Wangi dia tahan lama sangat, ditambah pula pakaian jadi bertambah lembut dari biasa & mudah digosok. Walaupun pakaian disimpan dalam almari wanginya tahan dekat 3 minggu.
Sampaikan pagi ni,
“Amoi!.” Jiran sebelah tegur
Terkejut saya bila tiba-tiba ditegur.
“Ada apa aunty?” Tanya saya
“Amoi you pakai sabun apa? “
“Banyak wangi lor.”
Saya pun cerita la petua jiran lama saya tu, dia cakap mahu try la Amoi. Sudah lama mahu tanya tapi selalu Aunty lalu you sudah masuk rumah.
Siapa sangka bau wangi pakaian pun boleh merapatkan hubungan sesama jiran tertangga, jiran saya majority cina di tempat baru ni.
Kalau anda rasa petua ni bermanfaat sila share mana tahu boleh merapatkan ukhwah sesama jiran anda semua.
Manfaat Cuka Pada Pakaian
1. Mencerahkan dan memutihkan.
Kandungan asam pada cuka putih memiliki tingkatan yang sedang sehingga tidak merusak kain dan cukup kuat untuk menghilangkan noda sabun dan deterjen. Setengah tutup cuka saja sudah mampu untuk membuat warna pakaian menjadi lebih terang dan jelas. Selain itu kandungan ini juga mampu membuat baju-baju yang kusam menjadi kembali putih warnanya.
2. Menghilangkan bau lembap.
Pakaian atau handuk yang belum kering secara sempurna cenderung memiliki bau yang lembap dan dapat menimbulkan jamur. Untuk membuat baunya menjadi segar kembali campuran air hangat dengan dua tutup cuka dapat menghilangkan bau lembap secara cepat dan mudah.
3. Melembutkan pakaian.
Walaupun sudah terdapat berbagai macam pelembut dalam berbagai merek yang beredar di pasaran tetapi cuka tetap dapat digunakan sebagai pelembut yang alami. Setengah tutup dari cuka ketika mencuci dapat membuat kain pakaian menjadi lembut dan tidak meninggalkan noda pada pakaian.
4. Mencegah debu dan bulu binatang menempel.
Penggunaan cuka ketika mencuci pakaian juga dapat mencegah menempelnya debu-debu halus dan bulu-bulu hewan menempel pada kain. Cukup setengah tutup yang dicampur ketika mencuci baju dapat mencegah munculnya noda-noda yang tidak Anda inginkan.
Sumber : Rosma Abdul Rahman
Perkongsian : https://beritadinding.blog
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
7 Jenis ‘Hint’ Pasangan Anda Seorang Yang Kuat Cemburu
Cemburu merupakan salah satu sifat manusia yang normal. Cemburu adalah perasaan atau emosi yang lahir daripada diri seseorang dan biasanya merujuk pada fikiran negatif seperti perasaan terancam, takut, dan risau bagi kehilangan sesuatu yang dihargai oleh seseorang, terutama merujuk pada hubungan manusia.
Cemburu sering kali merupakan gabungan emosi yang ditunjukkan seperti marah, benci, kekurangan, tidak berdaya dan meluat. Ia boleh jadi sesuatu yang baik dan boleh jadi sesuatu yang buruk jika perasaan cemburu itu tidak dapat dikawal dan melampaui batas.
Setiap lelaki dan wanita mempunyai perasaan cemburu ini. Bezanya cemburu anda itu normal atau tidak sahaja. Kami akan kongsikan dengan anda mengenai 7 tanda yang anda boleh lihat pada pasangan anda, jika si dia seorang yang jenis kuat cemburu.
1. Tidak benarkan anda berkawan dengan lelaki/perempuan lain.
Ciri yang biasa anda akan lihat ialah pasangan anda akan mengawal dan tentukan dengan siapa yang anda patut berkawan. Mereka akan lebih cemburu apabila anda berkawan dengan kawan berlainan jantina. Ini adalah bukti yang sangat jelas pasangan anda adalah seorang kaki cemburu.
2. Tahu semua ‘password’ akaun anda.
Jika pasangan anda itu meminta password akaun peribadi media sosial anda seperti akaun ‘facebook’, ‘instagram’ dan lain-lain lagi media sosial yang anda ada, anda kena lebih berhati-hati. Si dia mungkin tidak mempercayai anda dan menganggap anda mungkin mahu mempermainkan perasaannya dengan bermesej pada orang lain.
3. Cuba hack akaun media sosial.
Yang paling menakutkan adalah apabila mereka cuba ‘hack’ sendiri akaun anda. Disebabkan mereka tidak mahu anda tahu, mereka cuba godam password akaun media sosial anda sampai akaun media sosial dan email anda kena ‘blocked’.
4. Anda terpaksa jauhkan daripada kawan lain.
Oleh kerana pasangan anda adalah seorang yang jenis kuat cemburu, anda ambil keputusan untuk menjauhkan diri anda daripada kawan anda yang berlainan jantina. Bagi anda itu adalah kawan. Tetapi bagi mereka, itulah pesaing mereka.
5. Ingin tahu setiap gerak geri.
Pasangan yang cemburu ini akan meminta laporan daripada anda setiap masa. Anda berada di mana, dengan siapa dan sebagainya adalah antara persoalan-persoalan yang bakal dilontarkan kepada anda. Paling seksa adalah apabila si dia minta anda untuk ‘share location’, ambil gambar, mesej atau ‘call’ sepanjang masa bagi memastikan anda tidak bersama dengan lelaki/ perempuan lain.
6. Mereka cemburu dengan apa sahaja perkara.
Lebih malang jika sifat cemburu mereka menjadi-jadi apabila anda keluar dengan kawan sama jantina atau keluarga anda sendiri pun, anda tetap akan disalahkan kerana tidak memperdulikan si dia. Cemburu pun ada batasnya. Jika dengan keluarga sendiri pun hendak cemburu, memang sesuatu yang tidak patut dilakukan.
7. Pernah bergaduh besar akibat cemburu.
Tanda terakhir yang dapat kami senaraikan jika si dia seorang yang kuat cemburu ialah anda dengan si dia pernah bergaduh besar akibat isu cemburu. Mungkin asalnya suatu benda yang remeh temeh sahaja, tetapi akibat perasaan cemburu yang tidak terkawal, maka ia menjadi besar.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI