
Cekalnya seorang isteri, perempuan, wanita dan ibu itu kerana satu hal. Bukan kerana seorang suami tapi sesuatu yang dikongsikan lelaki bernama Abu Hurairah Asifa.
Seorang ibu.
Seorang isteri.
Seorang perempuan.
Seorang wanita.
Dia kuat kerana sebuah hati. Sekalipun hati itu telah pecah dan menjadi serpihan, asalkan yang baki sebesar zarah itulah yang akan membina semula sebuah hati yang kuat lagi.
Sebab itu, jagalah hati.
Dekatkan ia dengan Tuhan. Buat sebanyaknya kebaikan. Isi hati dengan Al Quran.
InsyaAllah. Allah akan menjaga wanita yang di uji.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
5 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Beli Baju Kahwin

Bagi pengantin wanita baju pengantin sememangnya adalah busana yang sangat penting bagi mereka. Ini kerana busana pengantin wanita lebih sukar untuk di buat pilihan berbanding pengantin lelaki. Tidak hanya itu, busana pengantin wanita juga boleh di lihat dalam pelbagai warna, dan corak.
Ia pasti membuatkan si pengantin pening untuk memilihnya! Namun anda ada banyak perkara perlu dipertimbangkan. Imej pengantin impian yang diidamkan sejak zaman remaja, kesopanan, harga, saiz, dan pelbagai kriteria lagi. Jadi, di sini kami berikan 5 tips untuk membuat pilihan baju pengantin yang sesuai dengan majlis perkahwinan anda.
1. Tona Warna Yang Sesuai
Anda perlu mengutamakan warna baju yang sesuai dengan tona warna kulit anda dahulu. Pastikan warna baju tidak membuatkan anda kelihatan pucat atau suram. Pemilihan warna yang sesuai menjadikan anda tampil ceria dan berseri pada hari bahagia anda.
2. Ikut Bajet
Pengurusan kewangan sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Kerana kita perlukannya lagi-lagi jika kita bakal melangsungkan perkahwinan. Tetapkan had harga baju pengantin yang sesuai dengan bajet keseluruhan majlis perkahwinan anda. Sebaiknya jangan menghabiskan terlalu banyak duit semata-mata untuk baju yang hanya dipakai pada hari majlis perkahwinan itu sahaja.
3. Jadi Diri Sendiri

Seeloknya pilihlah baju dengan reka bentuk yang menyerlahkan keperibadian anda. Biarlah ia reka bentuk baju yang sesuai pada mata permandangan semua yang melihat. Namun, jika rekaan tersebut mungkin membuatkan anda merasa janggal, kekok atau sedikit malu. Pilihlah mengikut naluri peribadi anda.
4. Mengikut Tema Majlis
Tema sesuatu majlis bukan sahaja menentukan warna, malahan juga jenis rekaan baju pengantin tersebut. Contohnya, majlis bertemakan tradisional Melayu, baju pengantin songket adalah lebih sesuai digayakan.
5. Biar bersesuaian
Pastikan ukuran dan rekaan bentuk baju pengantin yang dipilih sesuai dengan badan anda. Seringkali kita nampak sesuatu rekaan baju itu cantik dan anggun digayakan oleh model atau patung pameran, tetapi belum pasti ianya sesuai dengan badan anda. Rekaan dan ukuran yang sepadan dengan badan anda boleh menampakkan anda lebih kemas dan anggun. Biar lah pemilihan baju itu selesa untuk dipakai sepanjang majlis perkahwinan anda nanti.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Buat Isteri, Elak Cakap Ayat-Ayat Ini Pada Suami Anda Kalau Tak Nak Mereka ‘Sentap’!

Isi Kandungan
ToggleSebagai seorang isteri, tentunya kita perlu menjaga adab tatkala bercakap dengan mereka dan ia penting untuk membina hubungan yang bahagia. Ramai pasangan muda yang gagal menjaga tutur kata ketika berbicara dengan suami.
Sedangkan kita perlu bercakap dengan lemah-lembut dengan suami dan berdosa jika kita berkasar dengan mereka. Lumrah seorang wanita yang mudah emosi dan mengeluarkan kata-kata yang tidak sepatutnya ketika sedang marah. Namun, segeralah meminta maaf kepada mereka. Berdosa jika suami terasa dengan sikap kurang sopan kita itu.
Untuk para isteri di luar sana, elakkan menyebut ayat-ayat ini pada suami jika anda mahu rumah tangga yang lebih tenang dan bahagia. Kadangkala kita tak sedar bahawa suami sebenarnya terasa dengan kita tetapi mereka memilih untuk berdiam diri. Hati-hati ya!
1. “Tinggallah! Nanti saya buat sendiri semua.”
Suami mungkin tak kemas rumah, basuh pinggan atau lipat baju macam yang kita mahukan. Tapi itu tak bermaksud mereka tak mahu bantu mereka. Kalau anda terus halau mereka seperti itu, mereka akan anggap anda tidak perlukan sebarang bantuan. Di kemudian hari, mereka pun dah tak nak bantu anda. Biar je kalau mereka nak tolong. Bukankah anda lebih senang?
2. “Saya gemuk.”
Rasanya semua isteri akan sebut perkara ini pada suami masing-masing. Sama ada kita memang rasa badan kita dah naik atau kita sebenarnya sengaja mahu mereka memuji kita. Jangan sampai suami naik bosan nak menjawab soalan anda tu!
3. “Tak tahu. Ikut awaklah.”
Soalan makan kat mana, nak makan apa atau nak tengok cerita apa sememangnya satu soalan yang menguji minda dan memenatkan. Tak tahu nak jawab apa sebenarnya. Pilihan memang banyak tapi kita lebih suka jika suami yang buat pilihan.
Padahal mereka juga kadangkala perlukan idea daripada kita. Janganlah asyik harap suami je yang buat keputusan. Bawa-bawalah berbincang dan cari jawapan yang kalian berdua setuju.
4. “Baju apa abang pakai ni? Buruklah!”
Kecil hati suami bila anda mengutuk penampilan mereka. Cuba kalau suami kutuk kita, kita pun mesti terasa kan? Kalau tak suka, cubalah bagi pilihan untuk dia tukar baju. Atau anda pilih jela baju apa yang dirasakan sesuai. Lebih mudah kan? Tak perlu nak gaduh-gaduh.
5. “Jaga anak, tapi jangan buat ini ini ini…”
Memberi terlalu banyak arahan pada suami tentang anak-anak akan buat mereka rasa yang mereka ‘tak pandai’ langsung jaga anak. Ibarat anda tidak percayakan mereka. Rilekslah. Beri peluang kepada mereka untuk jaga anak. Yang penting, anda perlu percayakan suami anda.
6. “Saya tak patut kahwin dengan awak dulu!”
Alamak! Bila bergaduh, memang banyak benda yang akan terlepas dari mulit kita. Tetapi, janganlah sebut ayat ini. Ia boleh buat anda bergaduh lebih besar. Hati suami pun boleh terluka dan anggap anda menyesal berkahwin dengannya.
7. “Bila nak dapat kerja?”
Soalan ini antara soalan sensitif dan tidak disukai lelaki. Zaman sekarang bukan mudah untuk dapat kerja. Jika anda boleh bersabar, bersabarlah. Jangan terlalu memaksa kerana takut nanti suami rasa sedih dan rasa dirinya tidak berguna.
8. “Tak ada apa-apa.”
Selalunya kita akan mendiamkan diri ketika sedang merajuk. Sebenarnya salah cara anda itu. Tak elok bermasam muka dengan suami. Jika masih boleh dibawa bincang, duduklah berbincang dan mencapai kata sepakat. Toleransi itu penting dalam perhubungan. Cuba fahami pasangan dan banyakkan bersabar.
9. “Awak tak pernah…”
Jangan sesekali mengatakan suami anda tidak pernah membantu anda. Ia adalah sesuatu yang sensitif dan menunjukkan seolah-oleh suami anda langsung tidak berguna serta memperlekehkan mereka. Anda tak tahu sebenarnya mereka telah banyak berkorban untuk isteri dan anak-anak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Waktu Berpantang, Selamatkah Suami Hanya Sediakan Jamu Untuk Isterinya

Wujud ke jamu selepas bersalin yang bagus? Kita selalu dengar perihal penggunaan jamu selepas bersalin. Namun, adakah ia mampu memberikan kesan fisiologikal yang baik bagi mereka yang sedang dalam tempoh berpantang? Baca artikel ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Selamat ke guna jamu?
Sukar untuk kita katakan adakah penggunaan jamu dapat memberikan kesan positif kepada wanita berpantang. Ini berikutan ia mengambil masa yang agak lama berbanding dengan ubat terkawal untuk menunjukkan sebarang kesan (sekiranya ada). Penggunaan barang-barang terlarang di dalam jamu merupakan tindakan yang dianggap terdesak bagi segelintir penjual untuk meyakinkan pembeli akan keberkesanan jamu.
Penjual bukan sahaja bakal terdedah kepada sebarang tindakan undang-undang malah pembeli juga berisiko untuk mendapat kesan sampingan yang kadang kalanya boleh menyebabkan kerosakan organ seperti buah pinggang dan hati. Hal ini semakin lama semakin berleluasa berikutan sikap pembeli yang menginginkan ubat idaman yang mampu memberikan kesan dalam tempoh masa yang singkat.
Sebagai pengguna, sudah semestinya anda ingin menggunakan produk jamu selepas bersalin yang bagus. Pihak penjual menjadi semakin rakus dalam menyaingi penjual yang lain bagi memastikan produk mereka laris di pasaran. Ini menimbulkan pelbagai jenis permasalahan seperti:
Pemalsuan sijil pendaftaran produk
Penjualan produk yang tidak berdaftar
Menggunakan pernyataan keterlaluan dalam mempromosikan produk jualan
Pemberian maklumat palsu kepada pembeli berkaitan dengan pembekal produk tersebut
Menyiarkan testimoni palsu daripada pelanggan yang tidak wujud
Kini, terdapat pelbagai jenis tindakan yang boleh diambil oleh pengguna yang mengesan kewujudan produk-produk seperti ini. Nombor pendaftaran produk yang diberikan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) boleh disemak di laman sesawang Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan. Namun, usaha bagi membanteras penjualan produk yang tidak disahkan oleh KKM atau penggunaan bahan terlarang adalah bergantung kepada pengguna.
Kesan sampingan penggunaan jamu
Walaupun ada sebahagian produk jamu itu telah diluluskan oleh KKM, ia tidak bermakna keberkesanan produk tersebut telah terbukti. Memang penjual produk akan memberitahu anda bahawa mereka menjual produk jamu selepas bersalin yang bagus disertakan dengan nombor pendaftaran KKM. Namun, berbanding dengan kategori ubat lain seperti ubat terkawal, ubat tanpa preskripsi dan suplemen kesihatan, keberkesanan ubat tradisional seperti jamu dan majun tidak terjamin.
Pendaftarannya bertujuan bagi memastikan tiada bahan terlarang yang digunakan untuk menghasilkan ubat tersebut seperti:
Ubat tahan sakit
Ubat steroid
Ubat kencing manis
Penggunaan ubat tersebut boleh menyebabkan kesan sampingan seperti berikut:
Masalah gastrik
Pendarahan di dalam perut kesan daripada penggunaan ubat seperti ubat anti-inflammatori bukan steroid dalam jangka masa yang lama
Kerosakan organ buah pinggang
Sindrom Steven-Johnson
Kabur penglihatan
Sindrom Cushing
Lebam pada badan
Hipertensi
Kebengkakan
Peningkatan selera makan dan berat badan
Mengapakah perkara ini boleh berlaku sedangkan ubat yang digunakan di dalam jamu itu berasal daripada senarai ubat yang telah diluluskan oleh KKM? Ini berikutan dos yang digunakan oleh sesetengah pengeluar berbeza. Ada juga bahan lain yang boleh memberikan interaksi kimia jika dicampurkan dengan bahan aktif yang digunakan untuk membuat ubat terkawal atau ubat tanpa preskripsi, sekali gus menyebabkan kesan negatif kepada pengguna.
Anda mungkin melayari pelbagai jenis laman web bagi mencari produk jamu selepas bersalin yang bagus. Namun, jika keselamatannya tidak dijamin oleh KKM melalui pendaftaran produk tersebut, anda mungkin berisiko untuk mengalami kesan sampingan serius melibatkan organ dalaman.
Undang-undang di Malaysia berkaitan dengan penjualan produk jamu
Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 dan Akta Jualan Dadah 1952 merupakan undang-undang berkaitan produk farmaseutikal yang telah dikuatkuasakan oleh kerajaan Malaysia. Ia bagi memastikan penjualan produk yang tidak dikeluarkan oleh KKM didaftarkan dan diperiksa terlebih dahulu dalam aspek keselamatan dan kualiti bahan. Menurut laman sesawang KKM, jika dilaporkan oleh pengguna, penjual boleh disabitkan kesalahan seperti berikut:
Bagi produk tidak berdaftar atau mempunyai bahan larangan, penjual boleh didenda RM25,000 atau penjara 3 tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan pertama. Bagi kesalahan kedua dan seterusnya, jumlah denda adalah sebanyak RM50,000 atau penjara 5 tahun atau kedua-duanya sekali
Pemilik syarikat pengeluar produk boleh didenda RM50,000 pada kesalahan pertama dan RM100,000 pada kesalahan berikut
Bukan pengguna sahaja perlu memeriksa kualiti bahan ubat serta memastikan ia tidak mempunyai unsur-unsur ubat terlarang, agen penjual juga perlu memahami dan mengetahui maklumat tersebut. Ia bagi mengelakkan dakwaan terhadap diri anda sebagai agen yang menjual produk tersebut.
Perlu ke pakai produk tradisional selepas bersalin?
Kebanyakan rakyat di negara membangun lebih cenderung untuk memilih perubatan tradisional berbanding dengan perubatan moden dalam mengubati sesuatu keadaan kesihatan. Pada sidang konferens “Strategi Perubatan Tradisional”, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) telah menganggarkan hampir 60% daripada populasi penduduk di seluruh dunia bergantung kepada perubatan tradisional.
Jumlah tersebut didominasi oleh penduduk di negara Afrika yang kebanyakannya bergantung kepada perubatan alternatif dalam kehidupan seharian. Produk tradisional seperti majun dan jamu kebiasaannya digunakan untuk kelihatan lebih muda dan meningkatkan keaktifan tubuh badan. Perkara tersebut sebenarnya boleh dicapai dengan mudah jika anda mengamalkan gaya hidup sihat seperti pemakanan seimbang, aktif bersukan/ bersenam dan tidur pada kadar 7 hingga 8 jam sehari.
Berikut merupakan langkah yang boleh diambil bagi memastikan kesihatan anda berada pada tahap optimum selepas melahirkan anak:
Tidur sewaktu bayi anda tidur. Untuk memastikan badan anda mendapatkan rehat yang cukup, anda perlu tidur pada kadar 7 hingga 8 jam sehari. Namun, bayi kebiasaannya tidur selama 10.5 ke 18 jam dengan waktu berjaga di antara 2 ke 3 jam. Ada juga bayi yang terbangun setiap 3 jam sekali apabila kelaparan. Maka adalah penting untuk anda menyesuaikan diri dan tidur bersama bayi yang sedang tidur.
Ambil makanan berkhasiat. Usah terpedaya dengan ubat tradisional yang ‘boleh’ memberi kebaikan dan khasiat pemakanan selepas bersalin. Ada ke jamu selepas bersalin yang bagus untuk dipakai? Mungkin ada, namun dengan pengamalan gaya pemakanan seimbang, anda tidak perlu menghabiskan duit membeli produk jamu untuk kekal sihat. Ambil makanan mengikut saranan Kementerian Kesihatan Malaysia melalui konsep pinggan suku-suku separuh. Elakkan daripada mengambil makanan ringan dan jika lapar, makan buah atau kekacang sebagai snek dalam kuantiti yang sederhana.
Melakukan senaman. Jika tidak pasti, rujuk doktor anda. Senaman ringan seperti berjalan, berbasikal dan berjoging kebiasaannya tidak akan mendatangkan kemudaratan kepada wanita selepas bersalin. Selain daripada menurunkan risiko untuk mendapat kemurungan postpartum, anda boleh menikmati pemandangan di luar, menghirup udara segar dan menurunkan tahap tekanan emosi akibat terlalu lama berkurung di dalam rumah.
Konklusi
Masih tercari-cari akan jamu selepas bersalin yang bagus? Jika anda ingin mencuba produk jamu yang ada terjual di pasaran, pastikan anda memeriksa status pendaftarannya dengan KKM terlebih dahulu sebelum membeli. Jika anda masih keliru, rujuk kepada doktor. Secara amnya, anda tidak memerlukan produk tersebut untuk kekal sihat. Amalkan gaya pemakanan seimbang, bersenam dengan kerap dan dapatkan tidur yang cukup. Anda akan kembali bertenaga selepas bersalin.
sumber : https://hellodoktor.com/ms/gaya-hidup-sihat/kesihatan-wanita/jamu-selepas-bersalin/
Oleh : Mohammad Nazri Zulkafli
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI