Hubungan

Seorang Isteri Tidak Akan Menangis Dengan Mudah! Hanya Depan Orang Dia Sayang Kongsi Wanita Ini

Share

Air mata dengan perempuan ibarat teman yang tidak dapat dipisahkan. Namun bukan mudah perempuan ingin menangis jika tidak hatinya tidak terguris. Kongsi wanita bernama Nur Fathin Sabihah ini, isteri hanya akan menangis depan orang yang disayangi.Hargailah dia sebelum terlewat.

Jika seorang isteri menangis dihadapan mu,
Itu bererti dia tak dapat menahannya lagi.

“Hargai lah dia sebelum terlewat…”

Andai dipegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersama mu sepanjang hidupmu.

Jika dibiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali didepan orang yang amat dia sayangi, Dia akan menjadi lemah.

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangi,maka hilanglah segala rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang isteri pernah menangis kerana mu,
Pegang tangannya dengan pengertian.
Dia adalah orang yang akan tetap bersama mu sepanjang hidup.

Lelaki, jika seorang isteri menangis kerana mu.
Jangan sesekali menyia-nyiakannya.
Mungkin keputusanmu,bakal memusnahkan kebahagiannya.

Saat dia menangis didepan mu, Saat dia menangis kerana mu,
Pandang matanya….
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasainya?

Fikirkan….
Isteri mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepan mu dan kerana mu……

Dia menangis bukan dia lemah.
Dia menangis bukan dia menginginkan simpati atau rasa kasihan.

Dia menangis,
Kerana sakit pedih yang diberi.

Lelaki,
Fikirkanlah tentang hal itu.

Jika seorang isteri menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya kerana dirimu.

Inilah waktunya untuk sedar apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kerana kau penyebab segalanya….

Isteri mu bakal dilupakan.
Bukan itu sahaja.
Kau juga akan mula lupa “Betapa berharganya dia…”

Pertimbangkanlah

Suatu hari nanti
Mungkin telah terlambat untuk menyesal,
Mungkin juga terlambat untuk kata MAAF !!

Published by
Bella