Bab kemas rumah pun sudah mampu menjadi isu besar dalam institusi berumahtangga. Ada isteri yang penat bekerja dan apabila sampai ke rumah, suami langsung tak mahu bantu. Ikuti permasalahan yang kita anggap kecil, tapi sebenarnya sangat menguji kesabaran.

Seorang Suami Hanya Ingin Suasana Rumah Yang Miminal Tapi Bukanlah Terlalu Sempurna

Saya merupakan seorg isteri yg bekerjaya, mempunyai seorg anak dan suami sy berkerja drpd rumah. Baru2 ini kami mempunyai konflik bagaimana utk menguruskan kerja2 rumah seperti membasuh baju, menyapu rumah dan sbgnya. Anak kami dihantar ke taska setiap hari dan suami saya akan mengambilnya pulang. Tetapi sepanjang dia berada di rumah pada waktu siang, dia langsung tidak menolong untuk mengemas atau membasuh pinggan mangkuk.

Jadi apabila saya pulang dari kerja, saya yg akan melakukan semua kerja2 rumah tersebut walaupun agak kepenatan. Ada kala nya saya akan merungut kerana apabila saya pulang, dia akan membiarkan anak dgn saya dan dia akan bermain permainan video, tgk movie dan sbgnya. Tetapi dia akan marah dengan saya apabila saya merungut, Suami menyuruh saya membuat semuanya pada hujung minggu sahaja. Bagaimana saya mahu membiarkan pinggan mangkuk, botol susu, baju2 kotor untuk diperam dan hanya di basuh pada hujung minggu?

Kami tinggal di pangsapuri dan ruang untuk menyidai pakaian sgt terhad. Jadi saya perlu membasuh kain dlm 2-3 kali seminggu. Suami memang tidak membantu malahan menyuruh saya tidak membuat kerja2 rumah itu. Anak kami pula suka mengutip apa2 saja barang yg dirasakan boleh dimakan drpd lantai. Saya pernah tinggalkan rumah itu kepada suami apabila saya berpantang selepas bersalin dan rumah tersebut menjadi sgt kotor sehingga lantai tidak boleh dipijak tanpa memakai kasut.

Harap bantuan ustaz bagaimana saya dapat berbincang dengan dia secara damai kerana dia tidak dapat menerima cara saya menguruskan rumah. Dia beritahu dia hanya mahukan rumah berada dlm keadaan yg minimal, bukannya sempurna. Tetapi saya hanya mahukan rumah berada dlm keadaan kemas.

IKLAN

 

==============================================

Wa’alaikum salam

IKLAN

Hidup berumahtangga memang banyak dugaannya, apatah lagi untuk mengwujudkan rasa bertanggungjawab diantara pasangan. Sememangnya tugas menguruskan rumahtangga agak mencabar apabila pasangan tidak sama-sama membantu. Lebih memeritkan lagi apabila pasangan ambil tak kisah dengan keadaan yang berlaku dan membiarkan seolah-olahnya perkara itu tidak penting.

Saya memahami situasi puan. Suami puan masih lagi terbawa-bawa sifat bujangnya dan tidak prihatin dengan suasana serta keadaan rumah yang bersepah. Apatah lagi kalau dalam keluarga pihak suami juga tidak pernah mementingkan dan menekankan persoalan ini atau dah memang menjadi tabiatnya. Keadaan ini bagi puan memang memenatkan. Namun puan terpaksa juga melakukannya demi kesejahteraan semua ahli keluarga. Buat permulaan ini puan perlu banyak bersabar dengan terus melakukan kerja-kerja rutin tersebut.

Seorang Suami Hanya Ingin Suasana Rumah Yang Miminal Tapi Bukanlah Terlalu Sempurna

IKLAN

Untuk berbincang dengan suami memang memakan masa kalau sudah menjadi tabiatnya yang tidak pembersih. Apa yang boleh puan lakukan untuk memdidiknya secara tidak langsung ialah senantiasa memastikan kebersihan terjaga walaupun tidak berapa sempurna. Sekali sekala ajak dia bergotong-royong dengan memberi tugas yang mudah kepadanya seperti membuang sampah contohnya. Disamping itu, untuk menjadikannya agak prihatin, ajaklah ahli keluarga puan atau suami sekali-sekala mengunjungi ke rumah puan serta membuat jamuan untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan… sekurang-kurangnya suami akan rasa segan untuk membiarkan rumahnya bersepah dengan kunjungan tetamu. Disamping itu didik anak sedari kecil untuk menjaga kebersihan. Selalu beri nasihat tentang pentingnya kebersihan untuk kesihatan walaupun anak itu masih kurang faham, sekurang-kurangnya kaedah “memarahi anak sindir menantu” digunakan dan dapat dimanfaatkan kepada suami.

Seorang Suami Hanya Ingin Suasana Rumah Yang Miminal Tapi Bukanlah Terlalu Sempurna

Selanjutnya didiklah diri puan dan suami agar dapat tetap menjaga solat dengan sempurna dan selalulah berjemaah bersama. Dengan cara itu ia dapat mengeratkan hubungan suami isteri disamping dapat memupuk sifat kasih-sayang. Daripada situ akan lahirlah sifat prihatin. Moga dengan cara ini puan akan dapat memdidik suami dan anak-anak dengan akhlak yang sopan disamping dapat mengwujudkan suasana rumahtangga yang bersih lagi mendamaikan, kerana solat adalah pengubat bagi segala penyakit batin termasuklah sifat pengotor. Ingatlah kata-kata Nabi; “Kebersihan adalah sebahagian daripada Iman”.

Saya doakan semoga Allah SWT memberi kekuatan dan kesabaran kepada puan untuk mengharungi perit getir dan ranjau kehidupan dalam sebuah rumahtangga. Sekian, wassalam.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI