Hubungan

“Sepanjang 20 Tahun “Relationship” Dengan Arwah Isteri Saya Belajar Banyak Perkara Tentang Perempuan”

Share

Sulitnya seorang perempuan itu selalu diungkapkan oleh seorang lelaki yang bernama suami. Sebab kadang-kadang kita tak faham apa yang sebenarnya perempuan itu nak. Masakan tidak, mula-mula nak begini tapi akhirnya dia boleh berubah menjadi benda lain.

Lelaki bernama Khairul Abdullah ini kongsi, selepas kematian isterinya, banyak perkara yang dia belajar tentang perempuan.

Sepanjang 20 tahun “relationship” saya dengan arwah isteri dari berkenalan, bercinta dan berumahtangga, saya belajar banyak perkara tentang perempuan.

Nah ini senarai agung untuk lelaki yang nak rumahtangganya bahagia.

1. Perempuan suka dengar laki dia ucap cinta atau sayang. Diorang memang dah tahu pun yang kau sayang gila kat dia, tetapi mendengar dari mulut tu buat diorang happy. Setiap hari kau cakap sekali pun jadilah. Bila dia happy semuanya akan happy tau.

2. Perempuan suka jika dibantu. Sekecil-kecil benda dari tolong angkat beg plastik yang sedang dijinjing, atau tolong pegangkan beg ketika dia sedang mencuba kasut pun sudah berbunga-bunga hati dia. Silap-silap dia belanja kau kasut sepasang.

3. Perempuan sangat appreciate kalau lelaki suka bantu kemas katil. Cuba ketika bangun pagi isteri sedang mandi, suami lekas-lekas kemas katil. Bila dia keluar jer tengok katil dah berkemas. Silap-silap boleh berselerak balik katil lepas tu.

4. Perempuan suka menerima hadiah, walau sekecil-kecil hadiah tanda lelaki ingat pada dia. Sekeping kad, sekuntum bunga atau sekeping coklat sudah memadai. Dia akan peluk kau tak nak lepas.

5. Perempuan suka lelaki yang boleh mendengar. Depa ni suka membawang. Tipulah kalau perempuan tak pernah bergossip langsung. Jadi kalau dia balik rumah cerita itu ini, kau layankan jer. Dia suka sebab dia dapat luahkan.

6. Perempuan ni suka “surprise” atau kejutan. Kalau dikejutkan dengan sejambak bunga pun dia dah gembira bukan kepalang. Apatah lagi dikejutkan dengan tiket penerbangan ke Bandung pun cukuplah, jenuh kau dengar plan dia nak shopping apa.

7. Perempuan ni suka kalau laki dia kemas, kacak bergaya. Bila keluar, pakailah kemas sikit, jangan asyik berselipar jer. Ke jamban pun pakai selipar ke shopping mall pun pakai selipar. Bini punyalah bersiap, pakai tudung pun special sebab seronok nak keluar dengan laki, tapi laki dia selebet pulak. Dia malas jer nak tegur takut kau cakap dia derhaka.

8. Perempuan ni suka dengar jawapan ya berbanding tak. Jadi kau yer kan jer apa dia nak. Yang, esok kita keluar yer? Kau jawab yer. Yang lepas ni kita singgah rumah mak kejap yer, kau jawab yer jugak. Bukan queen control tau, kita jangan serabut kepala dengan “unnecessary quarrel”.

9. Perempuan suka lelaki yang bertanggungjawab. Definasi tanggungjawab ni besar kalau nak rungkai. Mudahnya, kau kena bahagiakan dia. Jangan lepas tangan. Tolong dia buat kerja rumah, tolong jaga anak, tolong cuci berak dan tukar lampin, tolong picit-picit kaki dan belakang dia dan macam-macam tolong lagilah.

10. Perempuan tak suka lelaki ego. Kalau kau salah, cepat-cepat mintak maaf. Kalau dia yang salah pun kau maafkan dia cepat, kalau dia kata kau yang salah pun kau mengaku jer lah.

Cukuplah 10. Lain-lain tu kau tambah sendiri, dah lama kahwin takkan tak tahu lagi kan?

Jadi, sebagai lelaki kita jangan ego besar sangat yer. Sikit-sikit sudahlah.

Ingat ni, “Happy wife, happy life”
.
KHAIRUL ABDULLAH
#tipsdarisuperdaddy

Published by
Bella