Serabut Fikir Duit Lepas Kahwin! Pengantin Baru Sila Ikut Tip Bijak Berbelanja Ni, Pasti Hidup Terjamin

Share

Setiap pasangan pengantin yang baru sahaja melangsungkan majlis perkahwinan pastinya memikirkan hal kewangan selepas majlis berlangsung. Pelbagai aspek perlu diambil kira bagi memastikan kehidupan selepas berkahwin lebih terjamin.

Mana-mana yang nak kahwin tu, cuba hadam tip berguna ini. Boleh la nanti anda dan pasangan praktikkan selepas kahwin agar kewangan anda berdua teratur dan sempurna. 

1. BINCANG MENGENAI KEWANGAN

Pertama sekali, bincang dan kongsi maklumat mengenai kewangan pasangan dan jumlah sebenar yang mahu anda laburkan untuk majlis perkahwinan. Sebaiknya bahagikan sama rata agar tiada perselisihan faham berlaku. Jika dicampurkan dengan jumlah simpanan bersama, anda perlu senaraikan benda yang paling penting untuk dilaburkan seterusnya benda yang kurang penting boleh anda ketepikan.

2. KETAHUI MATLAMAT SIMPANAN

Setiap pasangan yang berkahwin pasti ingin menimang cahaya mata. Jadi, sebaik isteri disahkan hamil, anda berdua perlu bersiap sedia mengenai simpanan untuk masa depan anak. Anda boleh kurangkan perbelanjaan dari segi menyambut kelahiran kerana apa yang lebih penting adalah masa hadapan anak yang bakal lahir. Buka akaun untuk si kecil dan lakukan perbincangan berapa banyak untuk anda berdua sumbangkan ke dalam akaun tersebut.

3. ELAK BERHUTANG

Tidak menjadi kesalahan sekiranya anda ingin berhutang untuk membeli barang yang mahal. Namun anda harus berdisiplin dalam melangsaikan hutang tersebut. Tetapi, lebih baik jika anda membeli secara tunai. Caranya, simpan wang tunai setiap bulan sehingga cukup untuk membeli barang yang disukai. Hutang akan menghantui hidup anda apatah lagi jika tempoh pembayarannya panjang.

4. BUKA AKAUN BERSAMA

Akaun ini merupakan akaun khas untuk pasangan suami isteri. Akaun bersama ini akan mengajar anda berdua erti saling mempercayai antara satu sama lain. Setiap hujung tahun, anda berdua boleh gunakan simpanan ini sebagai perbelanjaan percutian bulan madu bersama. Akaun bersama ini juga boleh digunakan untuk waktu-waktu kecemasan.

5. JANGAN TERLALU BOROS

Nasihatkan pasangan anda sekiranya dia mempunyai sikap yang suka berbelanja dan boros. Harus saling ingat-mengingati dan kawal perbelanjaan bersama. Pasangan anda adalah individu yang akan menyokong kewangan anda. Jika mahu membeli sesuatu, lebih elok jika berbincang dengan pasangan.

Published by
Fadhli Ismail