Aura memukau saat bergelar raja sehari pasti menjadi idaman si ratu sehari. Oleskan nada cinta pada raut wajah dan dandanan memukau agar tampil bagaikan puteri kayangan di majlis meraikan cinta. Serlahkan kejelitaan sejati buat tatapan si dia dan hadirin yang hadir.
TIP: Letakkan penggaris mata rona hitam agar solekan mata tampak lebih galak dan menyerlah. Solekan jenis ini sesuai buat majlis pernikahan.
TIP: Padankan dengan tiara ringkas jika ingin tampil lebih anggun dan memukau. Elakkan daripada memakai layah yang sarat dengan perincian manik.
TIP: Elakkan daripada memakai pembayang pipi berona terang. Oleskan sedikit glossy agar bibir tampak lebih mungil.
TIP: Anting-anting yang ringkas lebih padan digayakan dengan jenis dandanan ini. Tiara juga boleh dipadankan, namun elakkan daripada memakai rantai yang terlalu besar atau sarat.
SOLEKAN & DANDANAN : EMMA MUSTAFA MODEL : MYSARA BUSANA : ARMA COUTURE