Serlahan Romantis Singgahsana Modern English

Share

Majlis persandingan merupakan acara kemuncak dalam sesebuah majlis perkahwinan. Maka tidak hairanlah dekorasi sesebuah pelamin itu amat penting bagi memastikan majlis persandingan penuh dengan kemeriahan serta eksklusif.

Sungguh mendamaikan tatkala memandang dekorasi pelamin dengan rona-rona putih menepati tema Modern English yang mewah dengan elemen romantis.

Nuansa rona putih melatari segenap ruang pelamin berkonsepkan Modern English. Rona putih melambangkan kesucian dan keindahan. Selain rona putih, rona krim mahupun kuning cair juga sesuai untuk pelamin berkonsepkan Modern English.

Rona-rona lembut begini apabila diterapkan di pentas pelamin akan melontarkan imej moden yang serba ringkas tetapi tampak mewah.

Garapan ronap-rona bayu serta dan peletakan elemen-elemen hiasan di pentas pelaminan menyerlahkan keanggunan resepsi perkahwinan.  

1.Injeksi lilin putih di penjuru singgahsana mencetuskan mood romantis pada dekorasi singgahsana.

2.Bantal empat segi rona putih dengan perincian renda menjadikan kerusi mempelai tampak berseri.

3. Penggunaan lampu kerangka lantera menyerlahkan nuansa mewah dan moden.

4.Hiasan tiang dengan suntikan mewah serta juraian bunga mawar putih menerjahkan magis yang tersendiri.

5.Serakan kelopak-kelopak bunga mawar di atas singgahsana adalah satu idea ringkas yang punya impak tersendiri.

6.Gabungan bunga mawar dan tulip rona putih yang diletakkan di dalam baling kaca pastinya menjentik deria pandang para tetamu.

7.Selain fabrik putih sebagai backdrop pelamin, fabrik rona kuning cair juga sesuai untuk tema Modern English.

8. Simbahan cahaya lampu chandelier kristal menghidupkan suasana redup dan tenang.

Sumber gambar: Intan Bridal House

Published by
Hasliza