Ads
Home Dekorasi Sesaat Selepas Melahirkan Anak Ini Yang Suami Isteri Kena Tahu Apa Nak...

Sesaat Selepas Melahirkan Anak Ini Yang Suami Isteri Kena Tahu Apa Nak Buat

Ads

Cahaya mata merupakan kurniaan terindah yang diberi oleh Allah S.W.T kepada pasangan suami isteri. Siapa sahaja mesti mahukan zuriat dalam sesebuah hubungan perkahwinan kerana zuriat ini yang akan menjaga dan mendoakan kita kelak.

Bagi yang sedang hamil dan menunggu masa untuk mekahirkan anak, tahniah diucapkan. Namun, bagi mereka yang masih belum mempunyai rezeki mendapatkan anak jangan berputus asa dan teruskan berdoa supaya dipermudahkan olehnya.

Oleh itu, ini adalah sedikit panduan tentang apa yang suami isteri perlu lakukan sesaatnya zuriat anda dilahirkan. Semoga mendapat manfaat!

Sesaat Selepas Melahirkan Anak Ini Yang Suami Isteri Kena Tahu Apa Nak Buat

Suami perlu lakukan : 

1. Dakap anak Azan & Iqamat – Bertujuan untuk mengelakkan syaitan yang dah standby tunggu nak sesatkan anak (Ummu Sibyan).

2. Kucup dahi isteri dan ucapkan terima kasih sebab dah lahirkan zuriat buat anda. Baru dia rasa pengorbanan dia dihargai. 

3. Suapkan kurma & air zam zam buat isteri kerana mereka telah banyak habis tenaga melahirkan ini. Pasti gembira isteri anda kalau suami suapkan makanan sunnah ni.

4. Pastikan segala kelengkapan sudah tersedia. Kalau isteri anda melahirkan anak di Hospital swasta anda maybe boleh tinggal dan bermalam bersama.

5. Suami juga boleh rakam gambar kenangan sebagai memori yang indah ini buat anda berdua. Nanti boleh tunjuk pada anak, mesti dia suka tengok mak ayahnya gembira dengan kehadirannya.

Ads

6. Katakan di Hospital kerajaan anda mungkin dapat melawatnya pada masa tertentu saja. Apapun, pastikan kelengkapan seperti air masak, biskut, makanan ringan, susu & ubatnya diletakkan di tempat yang isteri anda tahu.

7. Surprise . Ini ramai yang tak pernah buat. Isteri tahu bila lahirkan anak keadaan normal adalah proses memulihkan kesihatan ibu dan anak. Namun, ramai yang lupa masa inilah suami kena romantik dengan isteri. Cuba hadiahkan bunga atau apa saja buat wife anda tanda anda hargai dia.

8. Bila dah masuk wad ketika isteri sudah berada dalam keadaan rehat suami perlu urut isteri di bahagian bahu, tapak kaki, kepala dan ikatkan rambut isteri setinggi yang boleh bertujuan menenangkan perasaan isteri selepas bersalin.

Sesaat Selepas Melahirkan Anak Ini Yang Suami Isteri Kena Tahu Apa Nak Buat

Ads

Isteri perlu lakukan : 

1. Dakap anak kedada anda, peluk dia dengan erat. Berikannya susu sesudah itu. Ia penting untuk melawan penyakit pada bayi.

2. Percaya ada susu. Pegang niat untuk terus menyusu anak sehingga 2 tahun.

3. Kawal rasa sakit. Mungkin Maybe anda akan menerima pethidine, entonox atau epidural. ketahui kesan ubat ubat ni. Jadi anda akan lebih bersedia.

4. Letakkan surah disebelah anda dan bayi. Ini adalah amalan baik untuk semua. Mainkan bacaan yaasin dari telefon. Pastikan zikir & alunan Al Quran ini sentiasa menjadi pendinding buat anda dan anak.

Ads

5. Ambil tahu :
– Pastikan anda ambil tahu perkembangan bayi selepas lahir.
– Selepas menyusu pastikan ibu-ibu sendawakan bayi.
– Jangan biasakan mendukung takut dia terbiasa dengan cara tu.
– Jangan beri apa apa makanan & minuman selain susu ibu sehingga usianya 6 bulan.
– Bagi sebanyak mungkin susu ibu untuk elakkan jaundice.
– Bayi menghabiskan 60% masanya dengan tidur.
– Dalam bulan pertama kelahiran normal, bayi akan menyusu sekerap 5-10 kali bagi tempoh 2 hingga 3 jam.

6. Ingat! selepas ni anda kena berpantang. Berpantang elok kalau nak nampak muda dari usia. Semoga berjaya!

 

 

 

 

 

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI