Pemilihan produk kecantikan penting agar kulit wajah kekal cantik, bersih dan berseri. Tersilap memilih produk akan memberi kesan yang buruk pada wajah anda.
Antara produk yang selalu digunakan adalah masker wajah. Terdapat lambakan masker wajah di pasaran yang kita sendiri tidak tahu sama ada ia selamat atau tidak digunakan.
Namun, perkongsian Herry Rozular di laman Facebook begitu menarik perhatian di mana dia telah berkongsi piihan masker daripada jenama Freeman yang sesuai mengikut jenis kulit anda. Semoga bermanfaat!
Scrub + mask. Maksudnya sebelum pakai yang ni tak payah susah-susah scrub dulu pakai apa-apa scrub lain ye. Dia dah sekali dalam ni. Kiranya jimat masa lah. Cara nak pakai, basahkan dulu muka. Pastu apply, gosok-gosok ke muka dan biar 3 hingga 5 minit then baru bilas. This one all skin types boleh pakai ya. Yang ni dia cakap boleh purifies dan matte kan skin.
This one if skin sunburn, ada dark spot, then ambik yang ni. Dia bentuk gel ye. Cuci muka bersih-bersih or lepas mandi, then keringkan muka. Pastu apply je ke muka then bilas lepas biarkan 5 – 10 minit kat muka. Yang ni ada vitamin C dan boleh firmkn kulit jugak ye.
This one for normal and combination skin boleh pakai. Yang ni boleh refines kita punya pores dan tolong improve kita punya dark spot. Yang ni juga boleh cerahkan skin ye.
Yang ni pulak clay mask dan all skin boleh pakai. Bila cakap all skin types so tak kira la awak dry ke oily ke, memang boleh pakai. Yang ni untuk detox kan skin dan pores kita untuk renew kan skin.
Yang ni pun sama dalam bentuk clay mask dan boleh pakai untuk semua jenis kulit. Yang ni katanya boleh balancekan kelembapan kulit kita dan Lavender & Bergamot boleh lembutkn kulit. Yang kulit kasar tu ha this one.
Yang ni khas untuk cuci jauh ke dalam pores! Yang rasa pores tersumbat dan tak sihat tu, ambik yang ni yea. Avocado, Oatmeal dan Vitamin E dalam ni boleh buat skin lembap dan lembut.
Yang ni untuk detox kan pores dan exfoliate. So sama ye if dah pakai, takyah scrub dah. Dah include sekali. Yang ni all skin types boleh pakai. Yang betul-betul rasa pores dia kotor, ambik yang ni sebab charcoal ni memang terkenal untuk cuci pores ke dalam.
Yang ni untuk normal dan combination skin. Kalau skin kusam dan kasar go with this one. Cucumber and Aloe dalam ni akan pastikan skin soft and smooth!
Skin oily teruk ambik yang ni! Breakout dan open pores pun boleh yang ni. Skin type: Oily and breakout! Digalakkan!
Yang ni untuk protect skin dari radikal bebas dan gently cuci pores untuk skin bersih. This one also all skin types boleh pakai. Tiada masalah apa jenis type pun ya.
If skin kusam, parut, ambik yang ni ya. Ni dah ada scrub dan mask jugak. Cara pakai, cuci muka then keringkan pastu pakai je dan biar 5 hingga 10 minit. Pastu bilas.
Sumber: Herry Rozular