Seterika Berkarat, Ini Cara Mudah Nak Hilangkan Kesan Hangus. Nampak Macam Baru!

Share

Selalunya kes sterika melekat atas baju dan merosakkan baju memang sering terjadi. Nak pulak masa tu dah lambat nak pergi jumpa kerja atau hal penting. Senang je nak bersihkan seterika ni sebenarnya.

Sebelum anda membeli seterika baru, cuba bersihkan dulu saki-baki lapisan kehitaman yang melekat padanya. Mana tahu, ia masih elok dan boleh berfungsi dengan baik. Bahkan, licin berkilat seperti baru.

1. GARAM
Bahan yang paling senang untuk bersihkan seterika yang hangus adalah dengan menggunakan garam. Caranya sangat mudah.

Mula-mula, taburkan garam di atas sehelai surat khabar atau aluminium foil dan kemudian panaskan seterika menggunakan suhu yang paling maksimum.

Selepas itu, gosokkan permukaan seterika di atasnya hingga tertanggal semua kesan hangus. Berkesan!

2. LILIN

Gunakan sebatang lilin dan gosok pada seterika yang dah dipanaskan hingga lilin menjadi cair. Selepas itu, tonyohkan permukaan seterika pada kain buruk / kain yang tak digunakan lagi.

Cubalah, permukaan seterika akan kembali licin.

3. DAUN PISANG

Kalau di rumah ada banyak daun pisang, bolehlah gunakan teknik ini. Ia juga petua yang biasa digunakan oleh mak-mak kita.

Caranya, gosokkan saja di atas daun pisang. Kalau kesannya susah nak tanggal, kikiskan dengan pisau dan gosok semula dengan daun pisang untuk licinkan permukaan seterika tadi.

4. UBAT GIGI

Cara yang seterusnya ini tak perlu panaskan seterika.

Gunakan ubat gigi dan sapukan pada bahagian yang ada kesan hangus. Biarkan seketika dan kemudian sental dengan kain. Kesan kotoran akan tanggal dengan mudah. Ulangkan beberapa kali atau sehingga ianya betul-betul bersih.

5. SODA BIKARBONAT / BAKING SODA

Cara seterusnya, boleh gunakan baking soda atau soda bikarbonat yang biasa kita gunakan untuk buat kek. Soda bikarbonat memang terkenal sebagai agen pencuci yang berkesan.

Campurkan sedikit air pada serbuk baking soda sehingga menjadi pes. Kemudian sapu pada permukaan seterika yang hangus atau hitam. Biarkan sekejap untuk ia bertindakbalas. Kemudian, ambil kain buruk dan gosok perlahan-lahan. Semua kesan kehitaman yang terlekat akan tanggal.

6. KERTAS PASIR

Satu lagi cara yang mudah, boleh gunakan kertas pasir. Macam guna garam tadi, kita panaskan seterika dan gosok hingga kotoran tanggal.

Seeloknya guna yang kasar dulu, kemudian guna yang nipis. Gosokkan hingga permukaan seterika menjadi bersih.

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber : sirap limau

Published by
NanyRahman