Setiap Kali Dibelenggu, Amalkan Solat Istikharah. Ini Cara & Doa Dalam Solat

Share

Adakalanya kita merasakan pilihan kita adakah ia benar ? Dan pernah tak kita juga merasa rungsing dan celaru dengan keputusan kita. Mesti pernah kan ? Kerana kita semua adalah manusia biasa, tidak maksum dan sebagai hamba Allah di dunia ini. Dalam kehidupan ini sewajarnya kita perlu membuat pilihan antara salah satu manakah yang terbaik.

Sebagai contoh, kita dapat tawaran pekerjaan company yang bagus dan kedua-duanya terbaik, dan juga dalam pemilihan jodoh. Lepas habis belajar, ada dua orang jejaka meminang dan menyatakan ingin menyunting untuk dijadikan teman hidup.

Lalu, kita tidak tahu nak memilih yang mana satu kerana bab-bab dalam hal perkahwinan bukan perkara yang kecil. Kalau boleh, mestilah kita mahukan seorang pasangan yang betul-betul boleh membawa kita kearah kebaikan, dan membimbing hingga ke syurgaNya.

Justeru itu, sebagai seorang muslim, kita disarankan untuk melakukan solat istikharah, iaitu meminta petunjuk kepada Allah agar dalam pemilihan yang dibuat ianya yang terbaik Allah berikan dan meminta redhaNya.

Apa Itu Solat Istikharah?

Solat istikharah membawa maksud solat sunat yang dikerjakan untuk memohon petunjuk kepada Yang Maha Esa dan mengetahui penentuan untuk memperoleh keputusan yang terbaik. Dan juga memohon agar Allah memberi petunjuk, jalan dan dorongan yang baik dengan izinNya.

Solat istikharah dilakukan bukan untuk pemilihan jodoh dan cinta sahaja, tetapi ia juga dilakukan untuk memohon petunjuk hal-hal berkaitan perkara-perkara yang lain. Ini kerana dalam kehidupan kita, Allah sudah tentukan jalan hidup bagi hamba-hambaNya. Tugas kita sebagai seorang mukmin, sememangnya memerlukan pertolongan dan petunjuk dari pencipta kita, kerana itulah tanggungjawab sebagai seorang muslim yang sejati.

Cara Solat Sunat Istikharah Jodoh
Langkah 1: Mulakan dengan niat. Niat dalam bahasa melayu:


.

1 – Solat Sunat Istikharah Jodoh

Langkah 2: Pada rakaat pertama, bacaan surah Al-Fatihah dengan surah Al-Kafirun

Langkah 3: Pada rakaat kedua, bacaan surah Al-Fatihah dengan surah Al-Ikhlas

Langkah 4: Bacaan dalam sujud akhir, ketika sujud akhir pada rakaat kedua (sebelum tahiyyat akhir), baca sebanyak 40 kali:


.

2 – Solat Sunat Istikharah Ayat

Sebelum bangun dari sujud, hendaklah berdoa memohon kepada Allah SWT agar dipertemukan jalan kebenaran dalam membuat pilihan dan keputusan.

Langkah 5: Selepas salam, baca surah Al-Fatihah dan wirid-wirid. Selain itu juga, bacalah selawat untuk dihadiahkan kepada Rasulullah SAW.

Langkah 6: Banyakkan istighfar dan memohon keampunan dari Allah SWT agar doa yang kita minta diperkenankan olehNya.

Doa Solat Sunat Istikharah
Bertapa pentingnya solat istikharah ini agar kita diberi ketetapan yang paling bagus dari Allah. Disusuli juga berdoa kepada Allah SWT mestilah perlu dan digalakkan kita berdoa kepada Dia agar pilihan jawapan kita akan didorong dengan baik. Rasulullah SAW seringkali mengajar doa ini sebagaimana Baginda mengajar ayat-ayat Al-Quran (Rekod Imam Al-Bukhari)


.

3 – Doa Solat Istikharah

Waktu Afdhal Solat Sunat Istikharah
Setiap orang yang bingung, kerisauan dalam sesuatu untuk membuat keputusan. Bagaimanapun, tiada sesiapa pun yang mampu mengetahui kejadian pada masa akan datang samada benda baik atau buruk yang akan berlaku dalam waktu yang seterusnya. Justeru itu, kepada Allah SWT jua tempat kita mengadu dengan penuh harapan Dia yang Maha Kuasa akan menentukan yang terbaik atau diberi petunjuk.

Bagi yang melakukan solat istikharah, jumlah rakaat solat istikharah minimum sebanyak 2 rakaat dan maksimum adalah 12 rakaat. Ianya mengikut kemampuan individu itu tersendiri bagi melakukan ibadah sunnah ini. Selain itu juga, hukumnya adalah sunnah iaitu tidak wajib.

Jika melakukan ibadah sunnah ini, akan mendapat ganjaran pahala besar, dan jika tidak melakukannya hukumnya tidak berdosa. Solat isitkharah ini biasa dilakukan oleh Baginda Nabi Muhammad SAW di dalam Hadis Sahih dari Jabin bin Abdullah, bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda:


.

Solat sunat istikharah boleh dilakukan pada waktu siang hari atau di malam hari, lebih afdal jika dilakukan apabila selesainya waktu solat isyak sampai sebelum waktu imsak (sebelum masuk waktu subuh) di pagi hari.

Tetapi, disarankan dan lebih afdal melakukan ibadah sunnah ini pada waktu sepertiga malam selepas waktu isyak, ketika pukul 2 pagi atau ketika selepas melakukan solat sunat tahajjud. Ini kerana, pada waktu ini, semua orang sedak berehat dan nyenyak tidur. Maka, eloklah dilakukan pada waktu sebegini ketika bertaqarrub pada Allah SWT.

Untuk melengkapi amalam sunnah kita, lebih elok ditambahi dengan zikir-zikir selepas menunaikan solat istikharah ini. Memnajatkan rasa bersyukur kehadrat Illahi dengan meminta yang baik-baik dalam kehidupan kita. Kerana berzikir itu banyak manfaatnya dalam melakukan perkara sunnah serta hati juga akan berasa tenang dengan mengingati Allah.

Waktu Dilarang Solat Istikharah
Terdapat banyak hadis yang telah menyebut tentang larangan waktu solat dikerjakan. Ada beberapa waktu yang diharamkan untuk solat. Iaitu sepertimana di dalam riwayat hadis,


.

5 Solat Istikharah

Waktu selain daripada selepas solat subuh, dan selepas solat asar maka kita boleh melakukan solat istikharah ini kerana ianya bukan waktu tahrim.

Kelebihan Solat Sunat Istikharah
Dalam Islam sudah meletakkan garis-garis panduan yang perlu kita ikuti bagi seorang hamba Allah yang bertakwa. Jika kita melakukan solat sunat istikharah, kita lebih yakin pada jawapan yang akan Allah berikan kepada kita.

Banyak kelebihan dan kebaikan yang kita akan dapat jika melakukan solat istikharah ini. Antaranya, kita lebih yakin dan percaya kepada Yang Maha Esa bahawa jawapan yang akan diberikan adalah lebih indah dengan izin Dia.

Ini kerana kita sebagai manusia hanya duduk di dunia ini sementara sahaja. Justeru itu, segala keputusan hanya di tangan Dia. Walaupun sebenarnya Allah dah tentukan segalanya sejak azali lagi perjalanan hidup kita.

Adakalanya ramai memikirkan solat istikharah ini adalah hanya untuk pemilihan jodoh sahaja kerana ia begitu sinonim lagi untuk membuat keputusan dalam memilih suri hati atau pasangan hidup untuk selamanya. Sebenarnya skop amalan solat sunat istikharah ini adalah luas. Malah, kita betul-betul digalakkan untuk melakukannya bagi permintaan atau arah tuju sesuatu.

Solat sunat ini dituntut dalam Islam dan banyak lagi kelebihannya yang perlu kita tahu. Antaranya, apabila kita melaksanakannya, hati akan berasa tenteram dan tenang dengan segala keputusan samada ianya keputusan yang kita merasakan sedih dan perlu redha.

Tetapi, jika ianya dari Allah, sudah pasti kita akan terimanya dengan redha dan berlapang dada. Kerana sudah tentu apa yang Allah berikan adalah yang terbaik buat diri kita juga. Selain itu, dengan mendirikan solat ini, lebih mendekatkan diri kepada pencipta kita iaitu Allah Yang Esa.

Rezeki yang kita miliki dan dapati juga adalah dari Allah SWT. Lebih-lebih lagi, kita akan memperolehi rezeki yang luas, ketenangan hidup dan dipermudahkan segala urusan di dunia mahupun akhirat jika mengingati Allah. Oleh itu, digalakkan perbanyakkan doa dan melakukan setiap hari dalam kehidupan kita.

Untuk mengetahui petunjuk istikharah diterima atau tidak ianya tidak sepertinya dapat melalui mimpi, adakalanya hasilnya diperoleh daripada hati. Yakni hati kita lebih cenderung ke pilihan mana satu yang kita rasakan terbaik untuk kita. Imam Nawawi telah menjelaskan, “Setelah istikharah, seseorang harus mengerjakan apa yang terasa baik untuknya”.

Shaikh Wahbah Az-Zuhaili menasihatkan, jika pada solat istikharah pertama belum temui petunjuk, disarankan ulangi sehingga tujuh kali.

Selain itu, tips untuk mendapat jodoh adalah kita mestilah menjadi terbaik dan memperbaiki diri ke arah kebaikan agar pasangan kita juga orang yang baik. Semoga dipermudahkan urusan kita semua di dunia dan akhirat. Semoga yang belum temui jawapan ,maka teruskan lah agar Allah redha.

Published by
Bella