
Isi Kandungan
ToggleSetiap kali gaduh, isteri salah. Setiap kali marah, isteri salah dan setiap kali ada yang tak kena, isteri salah.
Jahat betul isteri kita. Ini sesuatu yang salah patut kita semak dalam hubungan suami isteri. Nak lebih jelas, jemput baca perkongsian Puan Amy tentang hubungan yang retak dalam perkahwinan.
Setiap Kali Gaduh
Asyik buat salah memanjang, tak pernah buat elok, tak pernah jadi baik. Semua yang berlaku, berpunca dari dia. Kita yang jadi suami, memanjang betul, memanjang baik, memanjang tak buat masalah.
Maksum dan sempurna betul kita.
Punca Dari Kita Sendiri
Ada ketikanya, ada masanya, salah itu kita yang buat, punca itu dari kita. Kita yang tak kena, kita yang buat bagi pergaduhan itu tercetus. Isteri masam muka, moody, emo, sebab perangai dan perbuatan kita.
Tapi, nak ke kita mengaku? nak ke kita minta maaf kat isteri?
“Tak kot… aku suami, kenapa aku nak mintak maaf kat isteri. Aku suami, dia lah kena minta maaf kat aku walaupun itu salah aku, kan dia isteri.” Begitulah egonya kita.
Suami yang bijak, dia tak kan nampak salah isteri saja. Suami yang adil, dia tak akan menyalahkan isteri sahaja.
Kalau selamanya isteri yang salah sentiasa, maka isteri kita tersagatlah jahat dan kita memang gagal sebagai seorang suami sebab kita gagal didik, ajar dan bimbing isteri sendiri untuk buat betul dan jadi baik.
Renung-renungkan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Nafkah Tempat Tinggal Untuk Isteri, Suami Jangan Ambil Mudah Bila ‘Ambil Peluang’ Tinggal Bersama Ibu Bapa!

Nafkah tempat tinggal merupakan salah satu tanggungjawab yang wajib ditunaikan oleh suami kepada isterinya. Hal ini merupakan ijma’ fuqaha atau sepakat para ulama fiqh. Selain itu, kebanyakan ulama fiqh berpandangan bahawa suami wajib menyediakan kediaman khusus untuk isterinya yang mana tiada keluarga yang lain di rumah tersebut.
Oleh kerana itu, sekiranya suami menyediakan tempat tinggal satu rumah dengan ibu bapanya maka isteri dibolehkan untuk tidak menetap bersama suami. Ini kerana, nafkah tempat tinggal merupakan hak peribadi isteri bagi diri dan hartanya. Namun di sana mesti dilihat bahawa nafkah yang diberi perlu diukur mengikut kemampuan suami, dan suami wajib berusaha bagi memenuhi nafkah tempat tinggal ini.
Antara tanggungjawab yang besar bagi suami ialah wajib baginya memberikan nafkah tempat tinggal kepada isteri mengikut kemampuannya. Perkara ini sebagaimana yang dinyatakan di dalam firman Allah SWT:
أَسۡكِنُوهُنَّ مِنۡ حَيۡثُ سَكَنتُم مِّن وُجۡدِكُمۡ وَلَا تُضَآرُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُواْ عَلَيۡهِنَّۚ
Maksudnya: “Tempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu)”.
Surah al-Talaq (6)
Syeikh Abu Bakar Syato menjelaskan bahawa ayat di atas dikhususkan kepada isteri yang ditalak oleh suami. Suami wajib menyediakan tempat tinggal kepada isteri yang telah ditalak. Justeru, apatah lagi isteri yang masih sah sebagai pasangannya adalah lebih utama disediakan tempat tinggal.
(Rujuk: I’anah al-Tolibin, 4/84)[1]
Sehubungan dengan itu, Syeikh Zainuddin juga menyebut bahawa ciri-ciri tempat tinggal yang wajib disediakan oleh suami kepada isteri adalah yang layak bagi isteri dari sudut adat (terjaga dari pandangan untuk berkhalwat dengan suami) dan yang bersifat aman,harmoni serta selamat dari sebarang bahaya terhadap dirinya dan hartanya ketika suami tidak berada di rumah. Tambahan pula, tempat tinggal ini bukan hanya keinginan bahkan merupakan keperluan bagi isteri, walaupun tempat itu hanya didiami dalam keadaan sewa atau pinjaman.
(Rujuk: Fath al-Mu’in, hlm 540)[2]
Gambar sekadar hiasan.
Begitu juga, majoriti ulama berpandangan bahawa suami hendaklah menyediakan tempat tinggal khusus bagi isterinya yang mana tiada ahli keluarga suami yang lain yang tinggal bersama di rumah tersebut sebagai contoh ibu bapa atau kaum kerabat suami. Hal ini disebabkan khuatir perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan hartanya serta menjejaskan perhubungan antara suami dan isteri.
Namun, sekiranya isteri reda untuk dikurangkan haknya dan dia bersetuju untuk tinggal bersama keluarga suami, maka hal tersebut dibolehkan. Sebaliknya jika isteri tidak reda maka suami wajib menyediakan tempat tinggal lain yang khusus bagi isteri.
(Rujuk: al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah[3], 25/109, Hasyiyah Ibn Abidin[4], 3/599)
Justeru secara ringkasnya, suami perlu menyediakan tempat tinggal kepada isterinya yang menepati ciri-ciri berikut, antaranya sebagaimana yang disebutkan oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaily:
1. Suami hendaklah menyediakan tempat tinggal yang sesuai berdasarkan kemampuannya dari segi kewangan.
2. Suami hendaklah menyediakan tempat tinggal yang khusus untuk isteri dan anak-anak mereka. Tidak boleh menghimpunkan bersama ibu bapa atau kaum kerabat suami melainkan jika isteri reda untuk berkongsi kediaman yang sama.
3.Suami hendaklah menyediakan keperluan asas di rumah tersebut seperti alas tidur, alat-alat tempat memasak dan bilik mandi.
(Rujuk: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 10/119)[5].
Sudah menjadi tanggungjawab suami menyediakan tempat tinggal yang aman dan tenteram serta menepati dengan hukum syarak kepada isterinya. Hal ini demi memelihara suasana yang baik dalam rumah tangga dan memastikan kelangsungan hubungan perkahwinan.
Tempat tinggal yang dimaksudkan juga ialah tempat tinggal yang khusus untuk isteri dan anak-anak mereka. Suami tidak boleh menghimpunkan bersama ibu bapa atau kaum kerabatnya kerana khuatir perkara tersebut boleh mendatangkan mudarat kepada isteri dan hartanya serta menjejaskan perhubungan antara suami dan isteri.
Bila menantu dan mentua tinggal sebumbung, perlu ada sifat harmoni..
Namun, sekiranya isteri reda untuk dikurangkan haknya dan dia bersetuju untuk tinggal bersama keluarga suami, maka hal tersebut dibolehkan dengan syarat hendaklah diusahakan agar tidak timbul masalah dan mudarat antara si siteri dan keluarga suami. Sebaliknya jika isteri tidak reda maka suami wajib menyediakan tempat tinggal lain atau tempat tinggal yang selesa untuk isterinya seperti di rumah keluarganya atau sebagainya.
Wallahu A’lam.
Sumber:Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Isteri Wajib Me Time, Buat Benda Kita Suka Tanpa Diganggu!

Isi Kandungan
ToggleMasa untuk ‘me time’ dan ‘family time’ adalah sangat penting dalam kehidupan selepas berumah tangga. Kedua-duanya mempunyai peranan yang unik dalam memastikan kesejahteraan fizikal, mental, dan emosi masing-masing.
Suami Isteri Wajib Me Time
Seperti yang dikongsi oleh saudara Firdaus Shakirin, kalau nak tunggu ada banyak duit baru boleh seronok, maka susahlah.
Ada sikit, kita seronok lah cara sikit. Nak kumpul bagi banyak pun, tapi asyik tertekan, stress, moody, bergaduh, masam muka, hang kata aku, aku kata hang. Begitulah lebih kurang.
Jadi tak seronok juga, si suami pergi balik kerja hari-hari. Si isteri menguruskan hal rumah hari-hari. Si anak pergi belajar hari-hari.
Belanja Ikut Bajet
Mental dan emosi setiap penghuni rumah tu, berlainan ikut apa yang dilalui. Tapi kalau kena tunggu “ada duit” baru boleh ambik suasana baru, baru boleh keluar release tension, me time, family time, maka lambat.
Risau nanti masing-masing burn out, terus tak harmoni isi rumah itu. Duit ini, kita guna atau tak, kita tak guna ke, tetap habis serupa tu juga. Tak lekat juga kat tangan walaupun tak keluar mana-mana, duduk saja dalam rumah.
Duit sikit, kita belanja cara sikit, duit banyak, kita belanja cara banyak. Takat mana yang ada, sesuaikan saja apa aktiviti yang kita boleh buat.
Owh ya, zaman sekarang bukan isteri saja yang sakit otak, suami dan anak-anak pun sakit otak juga kalau tak ke mana-mana untuk reset balik otak.
Sekecil-kecil perbelanjaan, cukup untuk masing-masing hilangkan tekanan, reset dan refresh badan, isi minyak kereta, jalan-jalan. Letak tikar, bawa lauk dari rumah, makan tepi laut. Balik semua happy.
Dan perlu kita tahu, anak-anak yang sering menghabiskan masa bersama keluarga biasanya mempunyai kestabilan emosi yang lebih baik. Lebih rasa disayangi dan dihargai, yang penting untuk perkembangan psikologi mereka.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Suami Kuat Jogging, Nampak Muda Dan Kacak Semacam

Isi Kandungan
ToggleJika lelaki nak nampak muda, kacak dan menawan, mestilah sentiasa menjaga kesihatan. Itu saja kunci untuk lelaki supaya nampak lebih muda dan kacak. Senaman yang baik untuk menjaga kesihatan adalah dengan mengamalkan berjoging setiap hari.
Yang penting berjoging tidak memerlukan peralatan yang khusus untuk anda melakukannya. Hanya memerlukan pakaian dan kasut sukan yang sesuai, anda boleh berjoging di mana-mana sahaja tanpa halangan.
Jika anda seorang lelaki yang rajin berjoging, anda memang beruntung. Bukan sahaja menyihatkan tubuh badan dan mengeluarkan peluh, berjoging juga boleh membuatkan anda kelihatan lebih tampan dan awet muda.
Selain dari membuatkan anda nampak muda dan kacak, ada juga manfaat lain yang dapat diperolehi melalui senaman joging.
Joging bagus untuk menguatkan tulang. Tulang anda akan menjadi semakin kuat kerana ia selalu menerima rintangan. Begitu juga dengan tulang kaki yang akan mendapat manfaat paling besar untuk senaman berjoging.
Menguatkan otot
Otot yang selalu digunakan semakin lama akan menjadi semakin kuat dan besar. Pada awalnya, anda akan berasa sakit namun lama-kelamaan, badan anda akan akan dapat menyesuaikan diri dengan keadaan tersebut. Joging setiap hari mampu menguatkan otot-otot anda dan semestinya anda akan berasa sentiasa cergas setiap hari.
Menyihatkan jantung
Joging juga akan membuatkan jantung anda bekerja lebih kuat kerana permintaan oksigen yang lebih tinggi semasa anda bersenam. Secara tidak langsung ini akan menjadikan jantung lebih sihat. Jantung merupakan organ penting untuk dijaga, maka joging mengurangkan masalah sakit jantung secara amnya.
Membakar kalori
Segala peluh dan rasa penat yang anda alami itu bukanlah satu yang sia-sia. Dengan berjoging, tubuh akan membakar kalori sekali gus membantu menurunkan berat badan anda. Dengan membakar lemak dalam badan, anda sudah pasti dapat bentuk badan yang ideal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI