Tersebar berita Shakilla Khoriri kembali bergelar isteri selepas rakan artis yang meraikan majlisnya memuat naikkan gambar dia mengenakan busana serba putih.
Dengan gelakan kecil dalam frame gambarnya, jelas tergambar kebahagiaan yang dilalui oleh Shakilla selepas bergelut dengan beberapa kontroversi sebelum ini.
Kemudian pemilik nama lengkap Nurul Shakilla Mohd Khoriri, 35, sendiri memuat naikkan gambar dia bersama pasangannya, Mohd Faiz dengan ‘welcome‘ kehadirannya dalam keluarga kecilnya. Tulisnya:
SELAMAT DATANG UNCLE FARIZ
Alhamdulillah selesai majlis hari ni dengan kehadiran family dan teman-teman rapat. Majlis yang kecil dan tertutup.
Atas permintaan dan persetujuan kami sekeluarga untuk menyambut dan merai ahli baru dalam keluarga kami.
Terima kasih atas ucapan, doa dan kata-kata yang baik buat saya & Ameena. Kami berdua setuju dan bersyukur dengan kehadiran Uncle Fariz dalam family kecil kami.
Tanggungjawab bertambah. Amanah Allah untuk saya jaga dua orang ni. Doakan saya. Doakan perjalanan baru ni lebih baik untuk kami bertiga. Doakan saya menjadi Umi dan Isteri yang baik untuk mereka.
Doakan saya kuat dan sihat untuk jaga mereka dan bahagiakan mereka selagi Allah pinjamkan hayat saya atas dunia ni.
Terima Kasih atas doa-doa kalian pada kami bertiga.
Terima kasih Mak Abah,
Terima kasih Ameena Sofia,
Terima kasih ALLAH.
Rakan artis, Ramona Zamzam juga mendoakan agar Shakilla dikurniakan kebahagiaan yang diimpikan selama ini.
“Semoga kebahagiaan milikmu Shakilla, sayang kau dan Ameena,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen hantaran foto dalam Instagram miliknya.
Difahamkan majlis berlangsung di Shah Alam dan hanya dihadiri keluarga terdekat dan kenalan rapat.
Sebelum ini, Shakilla pernah bernikah dengan penyampai radio Fizi Ali pada 18 Januari 2018 namun mengumumkan penceraian pada Disember 2021.
Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan seorang anak iaitu Ameena Sofia yang kini berusia lima tahun.
Kredit gambar: Shakilla Khoriri