Akhirnya, selepas berteka-teki siapa ‘pemberi’ cincin tunang Sharifah Amani, pasangan ini sah bergelar isteri kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Impact Integrated, Ahmed Faris Amir, 34, pada majlis tertutup di sebuah premis acara jam 10 pagi tadi.

 

SHARIFAH AMANI Kini Bergelar Isteri. Akhirnya Tamat Zaman Solo Bersama AHMED FARIS AMIR.

Pasangan itu dinikahkan Ketua Imam Masjid Saidina Umar Al Khattab, Bukit Damansara merangkap Penolong Pendaftar Nikah, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Ustaz Mohd Rahimi P Ramlee berwalikan bapa pengantin perempuan, Syed Zainal Rashid Syed Zainal Abidin.

Pada majlis berkonsep rona putih dihadiri 200 tetamu itu, pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM300 dan lima dulang hantaran berbalas tujuh dulang. Wang hantaran dirahsiakan.

SHARIFAH AMANI Kini Bergelar Isteri. Akhirnya Tamat Zaman Solo Bersama AHMED FARIS AMIR.
Hadir meraikan pasangan ini adalah Vanidah Imran, Bront Palarae, Iedil Dzuhrie Alaudin, Nadia Aqilah, Nadiya Nisaa, Sherry Alhadad dan Sangeeta Krishnasamy.

Ads

 

Amani yang anggun mengenakan persalinan rona putih rekaan Tangsi Tujuh ditata rias adik bongsunya, Sharifah Aryana.

SHARIFAH AMANI Kini Bergelar Isteri. Akhirnya Tamat Zaman Solo Bersama AHMED FARIS AMIR.
“Alhamdulillah, di sebalik ujian pandemik COVID-19 melanda dunia sejak dua tahun lalu, impian, niat dan hajat yang saya simpan selama ini dipermudahkan.

“Biarpun semuanya berlaku dengan begitu pantas, saya percaya ada hikmah tersendiri hingga menyatukan kami sebagai pasangan suami isteri yang sah.

Ads

“Semoga permulaan fasa baharu ini akan terus mematangkan saya dan suami… Insya-Allah,” kata anak kepada pelakon dan guru lakon, Fatimah Abu Bakar ini.

Berkongsi detik perkenalan, pasangan ini mula bertemu tiga tahun lalu ketika Sharifah Amani memikul tugas sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah organisasi diketuai Ahmed Faris.

“Bagaimanapun, tiga tahun lalu, kami bekerja atas paksi profesional… Belum ada rasa cinta.

“Dipendekkan cerita, selepas COVID-19, masing-masing solo. Cinta bertandang tanpa diduga hingga akhirnya kami diizinkan bertemu jodoh,” katanya.

Ads

Mengenai peribadi suami, Sharifah Amani tertawan dengan kebijaksanaan Ahmed Faris.

“Suami tangkas dalam setiap gerak-geri. Dia pandai dan bijak mengambil hati saya.

“Malah, pada masa sama, suami sering buat saya tergelak dan mudah terhibur. Apa yang buat kami serasi, dia adalah antara kawan lepak yang ‘sempoi’ dan terbaik,” katanya.

Sementara itu, Ahmed Faris cukup menyenangi peribadi dan karakter isterinya.

“Isteri sangat baik hati, pemurah dan penyayang,” katanya.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI