Pesan demi menjaga hati, penyanyi Shiha Zikir berharap semua orang boleh menapis sebelum lontarkan soalan sensitif tentang perkahwinan atau zuriat tanpa memikirkan perasaan orang lain.
Pesanan Shiha Zikir
Ujar Shiha atau nama sebenarnya Nurshiha Mohd Zikir, 37, pertanyaan sedemikian seolah-olah mendesak seseorang untuk melakukan sesuatu di luar kawalan sekali gus mempersoalkan takdir Tuhan.
“Saya mahu kalian jangan biasakan soalan-soalan yang macam ‘bila nak kahwin’, bila dah berkahwin ‘bila nak ada anak’. Bila dah ada anak ‘bila nak tambah anak’.
“Faham kadang-kadang pertanyaan itu untuk bermesra, tapi kalau sampai dah mendesak sungguh-sungguh suruh kahwin, boleh tak jangan ‘normalise’ benda ini.
“Mungkin orang yang bertanya belum lalui atau rasa. Mungkin Allah dah aturkan kehidupan mereka berkahwin, ada anak, dah sempurna.
Ads
“Jadi bila nampak orang lain umur sebaya atau tua daripada dia, dia persoalkan,” katanya menerusi video dalam TikTok.
Pernah Kecil Hati Dengan Soalan Kahwin
Enggan berdolak-dalik, Shiha yang masih bujang mengakui pernah berkecil hati apabila bertalu-talu diajukan soalan tentang jodohnya yang belum kunjung tiba.
Ads
“Kadang-kadang kalian tak tahu apa benda yang seseorang itu sedang hadapi. Mungkin dah usaha sehabis baik tapi ada saja benda yang menghalang.
“Macam saya sendiri, saya sangat terasa soal tersebut. Kan jodoh, ajal dan maut itu di tangan Allah bukannya orang tak usaha.
“Kalau sekali dua yang bertanya saya okey lagi tau. Kalau bertanya baik dan mendoakan tidak mengapa. Tapi zaman sekarang ni ramai mendesak sampai dia pulak ‘moody’ kenapa kita kahwin lagi,” jelasnya panjang lebar.
Ads
Paling penting kata pelantun lagu Khalam itu, setiap orang mempunyai tahap mental yang berbeza untuk menerima desakan bersifat peribadi.
“Jangan rasa pelik kalau ada kawan-kawan yang mula menjauh, tak mahu berjumpa. Mungkin dia nak elak soalan-soalan begini.
“Tahap mental seseorang tak sama, jadi jalan terbaik adalah saya doakan yang baik-baik untuk semua orang,” tuturnya bengang.
Haa… begitulah, tak semua orang boleh menerima soalan tentang bila nak kahwin. Jadi selepas ini kalau anda kurang rapat dan bukan saudara-mara, mungkin boleh lebih cakna demi menjaga hati orang.
Ada ramai lelaki yang berniat nak tambah isteri dek kerana alasannya mampu tanpa pernah memikirkan apa kesan yang berlaku pada anak-anak dan emosi isteri.
Katanya, “lebih baik kahwin diam-diam, pandailah nanti kita cover.” Begitulah ayat mudah yang difikirkan orang lelaki yang nak buka ‘cawangan’ baru.
Kalau Berniat Nak Tambah Isteri
Menerusi perkongsian daripada saudara Muhammad Hassan, jemput buka hati dan buat keputusan terbaik sebelum ‘terlanjur’ dalam dunia poligami.
Ayat inilah yang selalu saya dengar dari rakan rakan lelaki apabila berjenaka, bahkan realitinya berlaku.
Isteri sebenarnya bukan menolak poligami. Sebab poligami Allah dan Rasul telah halalkan, jadi mana mungkin isteri solehah menolak poligami. Jadi kaum wanita kena jaga bab ini, jaga kata kata, jangan sampai menolak ketetapan Allah.
Cemburu itu sifatnya manusia. Kita suami pasti cemburu jika orang lain pandang isteri semacam. Hatta isteri isteri Nabi s.a.w juga ada sifat cemburu.
Takut Suami Tak Adil
Yang ramai tidak bersetuju itu bukan tentang hukum tetapi apabila awak dapat isteri baru, awak jadi penipu, awak abaikan nafaqah, perasaan dan emosi anak-anak.
Setiap bulan outstation kata awak cari rezeki, tapi duit selalu tak cukup, sehinggakan ada isteri terpaksa membanting tulang pula untuk mencari rezeki menyara keluarga.
Pernah berlaku apabila si suami meninggal dunia berderet anak ditinggalkan. Isteri pertama tercengang rupanya ada isteri lain datang menuntuk hak.
Bukan 2, tetapi 4. Ini realiti yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini kononnya mahu amal satu sunnah,penghujung jadi punah.
Tunaikan Tanggungjawab Yang Wajib
Jangan samakan poligami kita dengan Nabi Muhammad s.a.w. Jauh jarak langit dengan bumi. Poligami Rasulullah adalah dari perintah Allah. Bahkan perkahwinan dengan Aisyah R.A adalah satu perintah Allah. Dan setiap isteri-isteri Nabi S.a.W adalah wanita yang sangat penting dalam menyebarkan dakwah Baginda.
Jika ditaarifkan,sebenarnya Poligami itu indah. Isteri pertama berpantang, isteri-isteri lain datang berkhidmat. Sorang buat jamu, sorang masak kat dapur, sorang ajar ilmu penyusuan dan kemaskan rumah. Suami pula mencari rezeki untuk keluarga besar.
Suami setiap hari berusaha bagaimana mahu tunaikan tanggungjawab setiap isteri dengan saksama. Tiada masa untuk melepak sehingga larut malam. Sentiasa jadi pendengar yang baik terhadap semua isteri.
Suasana ini pernah saya lihat seorang guru pondok suatu ketika dahulu. Bahkan Sehingga sekarang masih kekal keluarga mereka,bertambah besar pula pondok beliau.
Namun sayang, hari ini tidak ramai mampu berbuat demikian, nak jadi imam solat berjemaah bersama keluarga lagi tak mampu, itu belum berbicara hal solat berjemaah di masjid. Entah bila kali terakhir solat subuh di masjid. Tapi sembang bab poligami, hadith Quran bukan main hafal.
Cari Alasan Yang Tak Patut
Ada juga yang kadang-kadang itu berjenaka ‘mengugut’ isteri mahu kahwin lain disebabkan tidak pandai menguruskan rumahtangga.
“Rumah selalu bersepah,tak pandai masak, saya kahwin lagi sorang baru awak tau!”
Sering berlaku di kalangan rakan-rakan saya yang berpoligami,setiap hari fikir bagaimana mahu mencari helah untuk ke rumah isteri baru. Tapi Kebanyakkannya berakhir dengan kemusnahan,huru hara. Paling sedih kebajikan terhadap anak anak terabai,perniagaan merudum.
Ingat, poligami itu satu tanggungjawab yang diamanahkan oleh Allah s.w.t untuk menyelamatkan orang lain, bukan satu sandiwara untuk melayan kehendak nafsu semata.
Jika mahu jadi suami sejati, jadilah suami yang taat الله dan rasul. Bercakaplah benar kepada isteri,pergilah mahkamah,disana kita akan lihat sejauh mana tahap kemampuan kita. Bukan pergi dihadapan kaabah!.
Ini isteri sorang pun sewa rumah asyik tertunggak, belanja sekolah anak anak isteri yang tanggung, hutang atas bawah depan belakang. Ada hati nak tambah isteri.
Di zaman ini cukuplah menjadi suami yang berusaha untuk bawa isteri dan anak-anak kepada agama yang sempurna. Pikul amanah ini dengan penuh rasa tanggungjawab. Cukup dengan kita bahagiakan keluarga yang ada sekarang.
Kita sibuk berbicara hal poligami,tapi bagaimana anak anak kita dirumah,bagaimana agama mereka,solat mereka,pergaulan mereka.
Pernah orang alim pesan kepada saya. Jangan kerana berpoligami kita diazab di akhirat. Jangan kerana berpoligami jauhkan kita dari rahmat Allah. Jangan kerana berpoligami terabai mendidik anak-anak. Jangan kerana berpoligami sunnah Nabi s.a.w diperlekeh, dihina, dipandang rendah.
Jemput renung-rengungkan seketika.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Manisnya sebuah perkahwinan andainya menurut perkara-perkara yang dibenarkan dan hindari perkara yang dilarang. Barulah barakah dan sempurna sebuah perkahwinan itu. Buat bakal pengantin boleh anda manfaatkan apa yang dikongsi oleh Ustaz Azhar Idrus ini.
PERINGATAN BAKAL PENGANTIN..
Soalan: Tolong terangkan apakah perkara yang DIBENARKAN dan yang DILARANG di dalam adat PERKAHWINAN orang Melayu seperti ;
Bersanding, makan beradab, sirih junjung, tepung tawar, berinai dan sebagainya
Ustaz Azhar Idrus menjawabnya : Di antara adat-adat di dalam perkahwinan orang Melayu adalah:
* Bersanding – Yang salahnya itu apabila pengantin PEREMPUAN
– dedah aurat,
-pakaian ketat,
-tabarruj dalam solekan dan perhiasan, -bermegah-megah, dan
-sanggup tinggal solat kerana
sayang pada makeup takut hilang bila wuduk padahal TINGGAL SOLAT 1 WAKTU waktu akan DISEKSA 6000 TAHUN dalam API NERAKA.
Kalau dah nak bersanding sangat, biarlah serba SEDERHANA dan disaksikan oleh golongan WANITA dan ahli KELUARGA sahaja dan JANGAN sampai MELANGGAR BATAS SYARAK.
* Kalau dulu pengantin perempuan disolek “mak andam” tapi sekarang disolek “maknyah andam”!
Ini HARAM sebab dia adalah LELAKI, cuma lenggang-lenggoknya saja nampak lembut.
* Makan beradab tak ada masalah kerana bukan sebab hendak menunjuk-nunjuk, cuma pasangan pengantin hanya duduk makan bersama keluarga dan tetamu.
* Sirih junjung ini adalah adat agama HINDU, TIDAK DIBENARKAN kecuali pengantin memang JENIS MAKAN SIREH.
* Tabur beras kunyit ini juga asalnya ADAT ORANG HINDU dan ianya adalah MEMBAZIR kecuali pengantin itu adalah PENGANTIN AYAM.
* Pasang api lilin juga adat agama lain termasuk agama HINDU dan MAJUSI. Boleh guna api lilin jika lampu rumah padam.
* Tepung tawar adalah MEMBAZIR, kan lebih baik guna tepung buat CEKODOK bagi makan pada pengantin!
* Renjis air mawar boleh kerana BERTUJUAN untuk WANGIAN tapi jika pengantin JENIS TAK SOLAT jangan guna air mawar tapi renjis guna AIR LONGKANG!
* Bersilat depan pengantin boleh, tapi kalau pengantin JENIS TAK SOLAT jangan.. bersilat tapi KASI dia “flying kick” terus!
* Berinai dijari adalah HARAM bagi lelaki kerana inai jari ini adalah hiasan WANITA SAHAJA. -Ada yang kata boleh sebab bagi alasan kahwin. -Baik, kalau begitu pengantin lelaki bolehlah pakai bra sebab kahwin punya pasal
Bagi perempuan pula, janganlah pakai INAI LEBIH² sampai dah buat ukiran bermacam-macam corak seperti TATU PULAK.
Berlebih-lebihan juga HARAM hukumnya lebih-lebih lagi kalau nak menunjuk-nunjuk.
* Adat batal air sembahyang – Tahun 80an cium tangan,
90an cium pipi, tapi DAH ADA sekarang yang cium MULUT terus depan tok IMAM dah jadi macam orang KRISTIAN.
Jangan jadi melampau-lampau macam ni. Cara mudah nak batal air sembahyang ialah kentut saja depan tok imam. Batal jugak air sembahyang. Kikikiki…
* Pakai baju gaun labuh ada 2 orang budak pegang di belakang, dan ada juga yang lempar bunga untuk orang ramai sambut
– Ini dah ikut adat orang BUkan Islam. Jadi, jangan kita berlebih-lebihan dalam majlis perkahwinan.
*Tinggallah adat-adat yang BID’AH dan kembali kepada SUNNAH.
Itulah lebih kurang untuk panduan kita bersama.
Jika nak ikut silakan, kalau tak nak ikutpun tak kesah cuma kita KENA INGAT kita kena JAWAB soalan-soalan dalam KUBUR nanti..
Ada satu lagi bagi yg bakal berkahwin, jika hari perkahwinan si suami membenarkan isterinya memakai TUDUNG letak di DALAM BAJU. maka SUAMI itu telah menanggung DOSA si isteri, dan suami dikira DAYUS..
Pemakaian tudung sebegini adalah menjadi kebiasaan WANITA pada AKHIR ZAMAN.. Marilah sama-sama meminta bakal isteri memakai tudung yg ikut syariat. ..
Sampaikanlah walapun satu ayat.. UNTUK SEMUA…
Sumber: www.facebook.com/hanafi.maini
***JOM SERTAI CHANNEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Mencintai seseorang adalah satu perkara yang amat berat dan bukannya satu mainan. Cinta juga bukanlah satu episod dalam kehidupan harian.
Membuktikan cinta yang kuat dalam perhubungan ini harusnya datang dari hati sendiri. Bukan mudah jika kita menerima pasangan hidup atas pilihan orang tua.
Jika zaman dahulu mungkin ia sesuai, tetapi dengan zaman serba moden dan berteknologi tinggi ini mustahil pilihan orang tua dapat membahagiakan anak-anak.
Doa dan restu dalam perhubungan cinta diantara anak dan pasangan pilihan sudah memadai.
Jika masih ada yang ingin atau berhajat untuk mencari jodoh untuk anak-anak, berfikir panjanglah jika berlakunya sesuatu perkara yang tidak diingini dalam rumah tangga mereka pasti sedih melihat keadaan tersebut.
Membina sebuah masjid adalah dituntut oleh Allah s.w.t. Maka kita sebagai insan haruslah menjaganya sebaik mungkin.
Lazimnya, anak lelaki yang sering dikenakan jolokkan anak emak ini bakal melepaskan tanggungjawab untuk mencari pasangan hidup mereka.
Ini kerana lelaki yang anak emak ini lebih gemar dan tertarik dengan wanita yang mirip gaya ibu mereka.
Dari segi perwatakan,percakapan, masak dan sebagainya.
Sempena menyambut hari ibu ini, Pesona Pemgantin ingin berkongsi tip kasih sayang dalam berpasangan.
1. Jujur dengan pasangan anda.
2. Terima seadanya.
3. Menghormati hak sesama pasangan.
4. Bertolak ansur.
5. Cepat meminta maaf jika melakukan kesilapan.
6. Jangan sesekali membelakangi psangan.
Enam tip ringkas ini mungkin dapat membantu pasangan yang asyik bercinta.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!