Hubungan

Shila Amzah Kongsi Pandangan, Salah Pilih Suami Dan Keluarga, Musnah Hidup!

Share

Berkongsi soal rumah tangga, penyanyi Shila Amzah berpendapat hidup seseorang individu khususnya wanita bergelar isteri akan musnah kalau salah pilih suami dan keluarga mentua.

Shila atau nama penuhnya Nurshahila Amir Amzah, 34, berkata, lebih teruk sekiranya wanita tersebut bersuami dan bermentuakan mereka memberi layanan buruk selepas berkahwin.

Shila Amzah Kongsi Pandangan

“Sedihnya kalau tersalah pilih suami dan keluarga mentua.

“Memang hancur hidup. Semoga diberikan kekuatan kepada individu ini,” katanya dalam platform X.

Pelantun lagu Memori Tercipta itu memberi reaksi sedemikian selepas membaca dan mengulang siar luahan hati seorang wanita yang sering dihina oleh keluarga mentua selain menyesal kerana mengahwini seorang suami tidak bertanggungjawab.

Antara luahan yang dikongsi individu tersebut ialah dilayan teruk oleh ibu mentua dan sering menyebelahi anak sendiri berbanding menantu.

“Mak mentua memang asyik menangkan anak dia yang dianggap paling baik dan elok dalam dunia. Aku selalu kena hina dan diperli mak mentua.

“Dulu arwah mak aku ada tinggalkan sedikit harta tetapi habis semua suami aku pinjam dan tidak pulangkan. Barangan kemas aku semua dia jual,” luah individu tersebut.

Jadi buat anda di luar sana yang masih mencari pasangan hidup, carilah jodoh yang baik dan keluarga yang boleh terima anda seadanya. Inshaa Allah akan bahagia.

 

Published by
Nadia