Shila Amzah Tak Kisah Soal Pendapatan Tinggi Dari Ubai, Terima Seadanya

Share

Terima seadanya, Shila Amzah tak kisah pun pendapatan bakal suaminya, Ubai rendah berbanding yang dia dapat. Nampak keikhlasan pemilik nama penuh Nurshahila Amir Hamzah, 33, dia menerima tunangannya dalam hidupnya seadanya.

Kalau nak ikutkan realiti kehidupan hari ini, ramai yang bermasalah dalam rumahtangga apabila melibatkan perkataan DUIT.

Shila Amzah Tak Kisah Soal Pendapatan Tinggi Dari Ubai, Terima Seadanya

Namun berbeza pandangan Shila Amzah, tidak pernah memberikan tekanan kepada bakal suaminya yang juga pempengaruh media sosial itu untuk mendapatkan pendapatan yang setanding dengannya ketika ini.

Perbuatan mernormalisasikan perkahwinan tanpa perancangan kewangan yang baik adalah satu perkara yang tidak bertanggungjawab.

Ketidakstabilan kewangan bukanlah menjadi satu kesalahan sehingga pasangan tersebut harus dihukum untuk tidak berkahwin namun nikmatilah perkahwinan secara bersederhana mengikut kemampuan sesebuah pasangan. Kata orang, ukur baju di badan sendiri!

Berbahas soal ini, penyanyi, Shila Amzah meluahkan bahawa dia tidak pernah melihat ketidakseimbangan pendapatan bulanan antara dia dan tunang, Ubai MZ sebagai satu masalah besar dalam perhubungan.

“Sejujurnya Ubai memang agak tertekan mengenai hal tersebut tetapi saya cakap supaya dia usaha dan doa. Kasihan dia baru berusia 25 tahun tetapi perlu pecut untuk sama kedudukan.

“Kalau dia mahu capai sama seperti saya seperti sekarang, memang tidak mungkin. Cukup dia dapat selesaikan urusan nafkah dan semua yang patut termasuk insurans.

“Saya ada cakap buat sehabis daya. Buat masa sekarang, saya rasa sudah mencukupi dengan rezeki yang Allah SWT berikan,” ujarnya.

Sementara itu, bercakap soal persediaan bergelar isteri kali kedua penyanyi Memori Tercipta itu, dia mengakui perasaan takut itu tetap terutama selepas kegagalan rumah tangganya dahulu.

“Perasaan takut itu normal dan seperti yang pernah bercerai macam saya, perlukan banyak pertimbangan. Namun paling penting, berhenti mensabotaj diri dan izinkan diri untuk bahagia.

“Kita tidak akan tahu semua yang bakal terjadi di masa depan. Kebimbangan juga tidak akan menjadikan hidup lebih baik. Berdamailah dengan keadaan, tiada apa di dunia ini kekal untuk selamanya,”

Sebagai rekod, Shila pernah bercerai talak satu dengan bekas suaminya, Haris Idraki pada 8 Februari 2022 selepas empat tahun berkahwin.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan seorang cahaya mata lelaki Seth Uwais.

Published by
Nadia