Sewaktu musim PKP, pastinya ada sahaja ‘parcel’ yang sampai di rumah. Setiap hari pastinya kaum isteri akan menunggu kehadiran abang posmen untuk menghantar barang. Berseri-serilah muka bila posmen muncul depan rumah.
Walaupun tidak boleh keluar rumah, kaum isteri tentu ada sahaja cara untuk bershopping. Ini merupakan salah satu cara untuk mereka melepaskan stres mereka. Para suami hanya mampu menggeleng kepala sahaja.
Bak kata Mohd Fadli Salleh menerusi akaun Facebooknya, shopping itu fitrah wanita. Pasti ada sahaja barang yang mahu dia beli dan berkenan. Jom kita baca perkongsian olehnya.
***
Shopping ni fitrah wanita. Ada saja barang dia nak beli dan berkenan.
Puan isteri aku tak ada online banking. Dia nak buat pun aku tak bagi. Kang habis sebulan gaji tanpa sedar. Asyik seronok masukkan barang dalam troli.
Tapi itulah. Dia tiada online banking, tapi dia pandai shopping online. Dia pilih-pilih barang, lepas tu forward je link shopee kat aku.
“Abang tolong belikan ya. Penting ni nak guna itu ini. Nanti saya keluarkan cash saya bayarkan semula kat abang.”
Dia buat kelip-kelip mata menggoda sikit. Terus aku tewas. Tewas sokmo main dengan bini ni. Ayat apa entah dia pakai.
Dah settle beli semua, tiba masa dia nak kena bayar kat aku semula.
“Abang nak belanja ke nak suruh saya bayar balik ni? Nak pergi bank tu ramainya orang. Payah juga kan? Lagi pun belanja isteri ni rezeki makin mencurah-curah bang.”
Dia mula dah ayat keramat gitu. Takkan la aku nak jawab “Bayar balik!”
Tak sampai hati kot. Lagi pun wife sendiri. So angguk-angguk kata belanja je lah. Dia punya ekspresi muka tu, macam budak-budak dapat gula-gula.
Bersinar mata bila kata aku belanja. Ah, tewas lagi. Redho je lah main dengan orang perempuan ni.
Skill memujuk mereka taraf dewa dah. Kalah sokmo.
Tapi tu lah. Kita kerja, kita cari duit, kita usaha selama ini untuk isteri dan anak-anak juga. Untuk melihat mereka tersenyum gembira.
Penat lelah mereka itu terubat dengan shopping online dan membeli belah. Stress mereka hilang bila semua tu suami yang bayarkan.
Cuma tu lah. Stress mereka berpindah pada kita pula.
Setiap orang punya cara tersendiri untuk mencari bahagia mereka.
Ada yang suka bantu isteri didapur ada yang bantu jaga anak, ada yang bantu kemas rumah. Tidak sama antara kita semua.
Yang pasti, kita semua menghargai dengan cara kita tersendiri. Hanya untuk melihat senyuman anak-anak. Hanya untuk melihat senyuman isteri
When the Queen is happy, there is peace in the kingdom.
Gituh!
Sumber: Mohd Fadli Salleh