Shuhada Dilepaskan Hafidz Roshdi Talak Satu, Syukur Dengan Ujian Allah

Share

Konflik rumah tangga yang melibatkan pelakon Hafidz Roshdi bersama isterinya, Nurul Shuhada Mat Shukri berakhir selepas Hafidz telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam.

Shuhada Dilepaskan Hafidz Roshdi Talak Satu, Syukur Dengan Ujian Allah

“Terima Kasih Untuk Segalanya..”

Shuhada menerusi hantaran di Instagram, menitipkan rasa syukur setelah segala ujian yang dihadapi telah dipermudahkan.

“Ya Allah terima kasih untuk segalanya. Alhamdulillah, thank you Allah untuk nikmat dan ujian Mu.

Shu doakan kepada yang tengah struggle hadapi ujian indah Allah, dipermudahkan segalanya, Sabar! sabar itu indah percayalah.” kapsyen Shuhada di Instagram

Dipetik dari laporan Berita Harian, Hafidz berkongsi rasa lega apabila urusan penceraiannya dapat diselesaikan dengan cara baik serta berpuas hati dengan keputusan yang diberikan oleh pihak hakim Mahkamah Rendah Syariah Shah Alam.

“Alhamdulillah, saya lega perkara ini dapat diselesaikan cara baik dan tiada pergaduhan. Saya juga menghormati keputusan hakim dan berpuas hati dengan keputusan hari ini.” kata Hafidz kepada Berita Harian

Sekadar info, Nurul Shuhada Mat Shukri mendirikan rumah tangga dengan Hafidz Roshdi pada 30 April 2016. Mereka turut dikurniakan dua cahaya mata iaitu Humairah, dan Umar.

Kita doakan yang terbaik sahajalah untuk mereka. Apa komen anda?

Published by
Nadia