Mana tak stress, anak baru 2 tapi isteri jaga macam anak dah 3 orang. Bukan makan, minum, pakai dan tidur anak je kena fikir, suami punya pun isteri kena fikir juga.
Dia la pembantu rumah, jururawat, guru, pemandu, tukang masak, tukang main dengan anak dan juruwang keluarga. Tak hairan la ramai isteri yang mengadu penat dan stress, terutama jika si isteri masih bekerja.
Bukan anak-anak… Tapi suami!
Malangnya, bagi ramai wanita, setelah menjadi ibu mereka bukan sahaja kena mengasuh anak, malah terpaksa juga mengasuh suami.
📛 Malah, 46% daripada wanita mengatakan suami mereka menyebabkan stress lebih tinggi daripada anak-anak mereka!
📛 3 orang dari 4 ibu yang masih ada pasangan mengatakan bahawa mereka melakukan kebanyakan tugas keibubapaan dan rumahtangga.
📛 1 dalam setiap 5 ibu berkata tidak dapat bantuan daripada pasangan mereka adalah sumber utama stress setiap hari.
Terdapat satu kajian penyelidik dari University of Padova mendapati bahawa terdapat kesan kesihatan yang berbeza apabila seorang pasangan meninggal dunia.
Apabila suami kehilangan isteri, kesihatan mereka merosot, tetapi apabila wanita kehilangan suami mereka, isteri menjadi lebih sihat dan lebih baik mengatasi stress dan depressi.
Sudah terbukti yang suami lebih bergantung pada isteri dan bukan sebaliknya!
Ramai yang salah faham dengan konsep “leader” dalam rumahtangga. Tugas suami sebagai leader keluarga bukan hanya bagi arahan sahaja tapi leader keluarga bertanggungjawab ke atas kesihatan, kebahagiaan dan keselesaan anak dan isteri mereka.
(✔️) Suami Kena “Involve” Dalam Urusan Rumahtangga & Parenting
Tak pandai boleh belajar. Kalau tak buat langsung memang sampai bila pun tak pandai. Berani dan rajinkan diri, tanya isteri kalau ada apa – apa yang boleh di bantu. Jangan malu untuk jadi pandai, tapi malulah bila berlagak pandai!
(✔️) Berbincang Tangga Kejayaan Rumahtangga
Ada tak puas hati isteri terus bincang dengan suami. Pendam tak datangkan faedah. Suami pula jangan ego, dengar baik – baik bila isteri luahkan perasaan tu. Kalau nak tahu, luahan isteri itu la penanda aras prestasi kita sebagai suami, ayah dan lelaki.
(✔️) Isteri Tolong Percaya Pada Suami
Selalunya akan ada dua belah cerita. Suami cerita lain, isteri cerita lain. Berhenti salah menyalah. Mula percaya pada suami, yakinkan suami boleh buat sebab setiap lelaki pasti mahu jadi suami dan ayah yang terbaik buat keluarga.
(✔️) Berhenti Kejar “Perfect”
Kadang – kadang bukan suami tak tahu buat kerja tapi si isteri yang terlalu cerewet. Sentiasa nampak salah suami. Suami yang nak membantu pun jadi tawar hati. Biarkan je macam mana suami nak buat, comot sikit tak apa asalkan dia tolong.
(✔️) Sentiasa Hargai Diri Sendiri
Tolak godaan untuk sentiasa buat kerja. Ingatlah untuk menghargai masa anda sendiri untuk “self healing” dan menjaga kesihatan diri anda sendiri. Buat kerja biar berpada – pada, kesihatan kena jaga selalu.
“Ringan sama di jinjing, berat sama di pikul”
Ingat! Anda bukan hanya ibu bapa, anda berdua adalah rakan kongsi, anda berkongsi hidup sebagai satu keluarga.
Leader ( suami ) yang baik adalah leader yang boleh “lead & protect” ahli keluarga mereka, bukannya “comand & conquer” !
Kredit : Mohd Fhais