Sakan betul orang borong emas sekarang ni. Walaupun harganya dah mula naik tetapi kepentingan emas semakin diketahui ramai. Bakal pengantin pun simpan hajat juga nak beli emas sebagai hantaran kahwin nanti.
Bagus tu tapi anda kena ada ilmu sebelum nak buat pembelian. Dari ilmu emas yang dikongsikan BroOhsem Akhtar Syamir, pembelian dan penilaian kita terhadap emas perlu betul. Jangan hanya melihat pada luaran tanpa tahu dalaman. Dengar macam serius kan? Baca ni untuk tahu lebih lanjut.
*************************************************************
Dahulu saya biasa sarankan orang supaya jauhkan diri dari emas yang ada batu. Alasannya adalah batu itu tidak bernilai. Ianya akan diasingkan dan tidak dikira sebagai berat emas ketika barang kemas itu dijual.
Tetapi saya perasan, ada yang menyukai barang kemas yang ada batu sama ada di charms atau di cincin. Mereka tak peduli pun berkenaan “kerugian”.
Ini kerana, mereka minat rekaan itu dan ianya cantik. Tidak dinafikan, memang ada yang betul-betul cantik. Sampai terdetik dalam minda saya “why not?” Kenapa tidak? Cantik kan?
Kemudian saya beri nasihat kepada peminat barang kemas ala Pandora supaya elakkan dari beli charms yang mempunyai warna enamel dan batu. Ini kerana batu akan dibuang dahulu dan warna enamel akan dikeluarkan sebelum menentukan berat emas sebenar. Selalunya apabila proses menjual atau trade in berlangsung.
Tapi, ramai juga peminat emas ala pandora yang kumpul set pandora berwarna warni. Saya sendiri ada belikan kepada isteri seketul bead BLVGARI yang mempunyai enamel berwarna hitam. Sangat menarik bagi saya. Koleksi pandora yang ada warna pun cantik juga.
Saya juga ada terangkan mengenai kehadiran spring besi di dalam bangle, warna chrome dan rose gold yang tidak memberi kesan kepada berat dan gred emas serta risiko barang kemas high polished yang mudah calar sehinggakan terpaksa dibalut walapun sewaktu di kedai emas.
Beberapa kali juga saya nampak ramai yang beli bangle dari kedai emas ternama yang mempunyai spring yang beratnya lebih dari 1/3 berat gelang itu sendiri. Pada mulanya saya tertanya-tanya, kenapa beli juga kalau dah tahu dalam tu ada banyak besi?
Lama-kelamaan saya sedar yang barang kemas ini bukan fokusnya pada amaun emas itu sahaja tetapi rekaannya banyak mempengaruhi pemilikan atau menjadi faktor utama mengapa orang membeli emas itu.
Biasa juga saya perasan, ada orang yang setiap kali ditunjukkan barang kemas, dia akan tanya padu atau tidak? Umpama, padu itulah yang terbaik dan berbaloi. Sedangkan realitinya tidak begitu.
Ianya bergantung kepada minat terhadap rekaan emas tu dan cara pakai barang kemas tu. Kalau yang jenis lasak, padu sangat sesuai. Kalau yang jenis tidak sukakan rekaan yang unik atau moden, jenis padu pun sesuai kerana kebanyakan rekaan padu tidak begitu menarik bagi saya berbanding rekaan-rekaan moden sekarang seperti ketum, biskut tawar, lipan dan coco contohnya.
Kemudian, sebelum memandang rendah yang tidak padu atau hollow, tengok pula pada beratnya. Jika gelang lipan yang hollow dan bunyinya bising macam banyak ruang kosong dalam barang kemas itu tapi beratnya hampir 100 gram, kenapa kita perlu memperlekehkan gelang tu? 100 gram tu 20 ribu ke atas tau?
Paling kelakar apabila orang itu memuji gelangnya yang padu seberat 30 gram dengan gelang coco 50 gram milik orang lain. “Tapi tak padu tu” katanya. Allah, betapa tak faham konsepnya orang sebegini.
Rekaan stamping pun sama, iaitu kosong di bahagian bawah. Tapi kalau kita tengok rekaan rantai roti bun atau biskut tawar, walaupun stamping, tapi ia tetap kuat dan berat.
Akhirnya saya dapat simpulkan yang pembeli barang kemas ini langsung tidak sama mentalitinya dengan pembeli emas yang semata-mata untuk pelaburan.
Yang pembeli barang kemas di matanya “cantik, cantik, cantik” tetapi orang yang melabur dengan membeli emas hanya nampak berat dan “rugi, rugi, rugi”. Rugi trade in, rugi upah, rugi jual.
Pokok pangkalnya kenapa kita beli barang kemas? Tak salah jika pada mulanya kita fokus pada pandangan untung rugi, tetapi percayalah yang nanti pandangan anda juga akan berubah seperti saya.
Yang penting cantik. Yang penting ianya buat kita gembira. Tak kira lah padu, hollow, stamping, enamel, rose gold, ada batu, polished, hard gold, full gold dan sebagainya.
Minat orang tak sama, sebab beli emas tak sama, cara pemakaian juga tak sama.
Jika baru nak bermula, maksimakan emas yang ada. Bila dah semakin banyak, anda akan mula rasa yang tidak mengapa ada batu, tidak mengapa ada warna, tidak mengapa ada besi. Jangan biarkan orang lain buat anda tak beli apa yang anda suka.
Membeli emas bukan dapat duit percuma, perlu dikumpul dan diusahakan. Jadi, pastikan ianya menggembirakan.
Cuma satu je yang anda kena tahu, belilah di kedai yang tidak mahal. Ambil peduli dan ambil tahu cara kira harga emas. Perlu tahu perbezaan beli emas di kedai termasuk upah dan kedai yang ada upah. Jika anda tahu kira, masuk kedai mana pun anda akan selamat.
Kalau mahal sangat, pergi je kedai lain. Kalau malas nak tunggu atau nak survey, beli sahaja walaupun mahal sedikit.
Tapi jangan sakitkan hati dengan membandingkan harganya selepas dah beli. Bergembiralah dengan keputusan yang telah dibuat.
Perlu faham yang, jika anda rasa rugi, orang lain rasa untung. Jika anda rasa tak cantik, orang lain rasa ianya cantik. Barang kemas ini subjektif fokus dan penerimaannya. Tetapi hasratnya tetap sama, ingin memiliki emas.
Belilah emas apabila ada duit. Utamakan keperluan hidup dahulu. Selepas itu, simpanlah dan belilah emas. Jangan sentiasa menunggu dan menunggu. Tiada siapa yang tahu esok harganya berapa. Orang hanya boleh buat spekulasi tetapi harga emas ini bukan ditentukan oleh orang atau sebab yang sama.
Semoga kita semua dapat menjadikan emas sebagai aset yang menggembirakan. Kongsikan penulisan ini jika anda sudi.
Apakah sebab anda beli emas?
BroOhsem
Kredit foto: Instagram Angsa Emas
Banyak juga ilmu yang boleh ditimba dari artikel ini…
Ads
Ads
Ads
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI