Hubungan

Sikap Narsisistik Dalam Rumah Tangga, Punca Pasangan Bercerai

Share

Ramai yang tak sedar sikap narsistik wujud dalam rumah tangganya, ini bahaya sebab kadang sampai bercerai jadinya!

Nak tahu apa ciri-ciri orang narsisistik, semak perkongsian Sha Ramson Abdullah ini. Mungkin anda boleh ubah dan elakkan dari awal perkenalan.

Ciri-ciri Sikap Narsisistik

  • Suka membangga diri.
  • Merasa megah dengan diri sendiri. Tak boleh orang lebih dari dia. Kalau ada orang yang lebih dari dia, dia boleh mengata orang tu, dia fitnah orang tu. Dia hasut orang lain benci dekat orang yang dia tak suka tu. Jangan main-main dengan orang macam ini.
  • Dia gilakan perhatian. Sukakan perhatian orang. Dia suka tarik perhatian orang. Dia pandai berlakon. Dia pandai curi perhatian orang.
  • Merasakan diri lebih baik daripada orang lain. Untuk buat dia nampak baik, dia akan burukkan orang lain. Kadang-kadang orang tak perasan sifat dia yang ini. Dia suka kotorkan nama orang untuk nampak dia bersih.
  • Suka orang puji dia. Suka orang ikut cakap dia. Kalau orang tak ikut cakap dia, dia tuduh orang itu sebagai ‘mata-mata’ atau pengkhianat.
  • Suka puji diri sendiri. Suka claim diri sendiri CANTIK, kacak, baik, pandai dari orang lain.
  • Pandai berlakon dan pandai buat orang percayakan dia.
  • Pentingkan diri sendiri.
  • Apabila dia buat salah, dia tak mengaku itu salah dia. Sebaliknya dia akan kata itu salah orang lain. Jika kesalahan itu diketahui oleh orang lain, dia akan cakap dia jadi macam itu sebab orang lain. Dia tetap akan salahkan orang lain.
  • Suka memandang rendah atau memperlekehkan orang lain.
  • Mudah dengki kepada orang dan menganggap orang lain juga dengki padanya.
  • Kurang belas kasihan. Tiada empati terhadap orang lain.
  • Suka ambil kesempatan kat orang lain untuk keuntungan diri dia.
  • Suka menggunakan orang untuk memperoleh perkara yang diinginkan.
  • Tidak boleh menerima pandangan atau kritikan orang lain terhadap diri sendiri.

Kesan Buruk Sifat Narsisistik:

  • Susah nak dapat kawan.
  • Orang pun tak nak kawan dengan orang yang berakhlak buruk seperti ini.
  • Selalu ada masalah dalam hubungan dengan manusia. Tak kisahlah hubungan dalam rumahtangga, tempat kerja, dengan keluarga ibubapa, adik-beradik, saudara mara atau kawan-kawan. Dengan semua orang dia ada masalah.
  • Hidup tak pernah tenang. Selalu resah dan selalu ada masalah.

Sikap Narsisistik Dari Sudut Islam :

Dalam Islam, sikap narsisistik adalah sifat mazmumah yang terjadi daripada akhlak yang buruk iaitu UJUB, RIAK, TAKBUR dan HASAD.

Sikap ujub ini tidak disukai oleh Allah Ta’ala kerana individu sebegini dikatakan mempunyai hati yang buta dalam menilai orang lain serta dirinya.

Ini juga sesuai dengan firman Allah Ta’ala dalam Surah Luqman, ayat 18 yang bermaksud :

“Dan janganlah kamu memalingkan wajah daripada manusia (kerana sombong) dan janganlah berjalan di bumi dengan angkuh.

Sungguh, Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membanggakan diri.”

Biasanya, seseorang akan diberikan diagnosis sebagai penghidap gangguan personaliti narsisistik sekiranya individu tersebut menunjukkan lima atau lebih ciri-ciri yang dinyatakan di atas.

Suami

Jika suami bersifat Narsistik memang bahaya untuk hubungan rumah tangga. Suruh SOLAT tapi suami tak nak solat. Suami tak boleh dinasihati kerana dia rasa dirinya saja yang betul sebab dia itu seorang suami tapi tidak memberi nafkah agama dalam keluarga. Akhirnya habis tunggang langgang keluarga.

Isteri

Kalau isteri bersifat narsistik boleh mengakibatkan jatuh nusyuz kepada suami. Merasa dirinya saja yang betul. Tak hormat suami. Tinggi suami pada suami. Lama-lama derhaka kepada suami.

Anak

Jika ada anak yang bersifat Narsistik boleh menyebabkan derhaka dia kepada ibubapa. Tak nak dengar cakap mak ayah.

Ibu Mentua

Jika ibu mentua yang punya sifat Narsistik, Nauzubillah… ini bahaya. Boleh jadi asbab pergaduhan yang dahsyat dalam keluarga.

Banyak realiti kehidupan yang jadi begini sehingga berlakunya penceraian terhadap suami isteri disebabkan keluarga mentua yang ada masalah Narsistik.

Published by
Nadia