Bila baru kahwin, janganlah terlalu sibuk fikirkan untuk mendapat zuriat, cuba relaks dan beri peluang kepada diri anda dan pasangan untuk merasai dunia sebagai suami isteri. Tapi kalau sudah terlalu lama kahwin, tapi masih belum dapat zuriat, anda perlu cepat berjumpa pakar.
Di sini kami senaraikan punca mengapa zuriat sukar lekat lepas kahwin. Secara umumnya, faktor yang dapat mengurangkan peluang seseorang untuk hamil adalah tidak begitu diketahui tetapi lima perkara ini mungkin adalah penyebab utama dan para wanita dinasihatkan untuk sentiasa berwasapada.
1 Terlalu Banyak Makan Asid Lemak Trans
Asid lemak trans adalah lelemak dan ia digunakan untuk bantu memanjangkan jangka hayat pelbagai jenis makanan sekaligus membaiki tekstur dan rasa banyak makanan yang diproses. Biarpun begitu, ia sebenarnya ramuan yang berbahaya buat tubuh badan manusia dan jika memakannya terlalu banyak, tubuh akan lemah seterusnya terdedah pada keradangan atau inflamasi saluran darah, kolesterol tinggi, sakit jantung koronari, strok, diabetes, kanser dan darah tinggi. Bagi wanita, jika terus mengambil makanan seperti donut, kek, biskut, makanan bergula, mentega, popcorn gelombang mikro, makanan segera bergoreng dan pizza beku umpamanya, anda bakal menghidap penyakit ovulasi.
2 Gemuk
Kajian oleh penyelidik dari Jabatan Obstetrik, Gibekologi dan Biologi Reproduktif Universiti Michigan Amerika Syarikat, Barbara Luke mendapati wanita yang mempunyai berat berlebihan berisiko sebanyak 28 peratus berdepan dengan kesukaran mendapatkan zuriat. Dan sekiranya hamil, kandungan mereka tidak akan bertahan sehingga ke peringkat kelahiran.
3 Haid Tak Teratur
Masalah kesuburan selalunya berkait rapat dengan kitaran haid yang tidak teratur. Jika seorang wanita mengalami kitaran haid yang tidak menentu, bermakna beliau akan menghadapi masalah kesuburan, iaitu sukar untuk hamil.
Mempunyai haid yang tidak teratur sebagai contoh tidak datang haid dalam satu tempoh panjang, atau haid keluar hanya sedikit menyebabkan ovulasi (pengeluaran telur wanita) tidak berlaku pada setiap kitaran haid.
Haid yang tidak teratur dan kesuburan sangat berkait rapat ketidakseimbangan hormon.
4 Keputihan Berpenyakit
Menurut Pakar Sakit Puan Hospital Pakar KPJ Tawakal, Dr Jaafar Yaakob, keputihan adalah masalah normal yang berlaku pada semua wanita. Bezanya sama ada masalah ini serius atau sebaliknya.
Keputihan berpenyakit biasanya berwarna kuning pekat atau kehijauan, berbau yang busuk dan gatal. Lebih teruk lagi jika suami mula mengeluh kerana tidak selesa ketika ‘bersama’. Masalah ini disebabkan oleh jangkitan bakteria dan kulat.
Bakteria atau kulat yang menyebabkan keputihan ini akan menyerap masuk ke dalam faraj seterusnya menyerang kawasan penghasilan ovum. Apabila kawasan atau kilang ini terganggu, sudah pasti ovum yang terhasil mempunyai masalah dari segi keabnormalan. Ovum yang tidak normal tidak akan mampu bertahan lama atau boleh dikategorikan sebagai cacat.
5 Kawasan Leher Faraj Tersumbat
Keputihan yang terhasil menyebabkan penyumbatan berlaku pada leher faraj. Sperma akan berhadapan kesukaran untuk menembusi leher faraj sekiranya terdapat keputihan yang banyak.
6 Bersenam Lebih Daripada Kemampuan Tubuh
Bersenam secara sihat memang membantu untuk menggalakkan kesuburan tetapisangat mustahak anda melakukannya dengan betul mengikut kemampuan. Ini kerana, apabila senaman dilakukan secara berlebihan, ia akan memberi impak negatif pada tubuh serta kitaran reproduktif seseorang. Kajian mendapati, senama berat yang dilakukan setiap hari mampu mengurangkan peluang kehamilan. Oleh itu, sila berpada-pada.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI