Sila Jawab Jika Terima Panggilan Dari Nombor Ini, Ia Sah Daripada KWSP

Share

Pelbagai kisah ditipu scammer membuatkan kita berhati-hati untuk mengangkat sebarang panggilan telefon terutamanya yang tertera kod 03 kerana kebanyakan scammer menggunakan nombor kod 03 (Kuala Lumpur) untuk menipu mangsa mereka.

Jadi, kadangkala kita akan mengabaikan panggilan telefon yang diragui kerana tidak mahu menjadi mangsa yang seterusnya. Namun begitu, tidak semua nombor perlu diabaikan apatah lagi di musim Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Jika anda menerima panggilan daripada nombor 03-9833400, sila angkat kerana ia adalah nombor tulen dari pihak Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk permohonan i-Akaun yang telah anda lakukan menerusi akaun 2 yang dibenarkan oleh pihak kerajaan.

Dalam kenyataan di laman web rasmi KWSP, pihak KWSP memaklumkan bagi mana-mana permohonan i-Lestari yang sudah dibuat melalui emel sebelum ini, pihak mereka akan menyusul dengan satu panggilan rasmi untuk memberikan no TAC dari talian sehala mereka iaitu 03-89224000.

Anda juga diminta tidak menghubungi nombor 03-89224000 kerana ia adalah panggilan sehala sahaja.

Pihak KWSP juga memaklumkan bahawa nombor ini adalah tulen dan agen KWSP akan memperkenalkan diri terlebih dahulu sebelum memulakan perbualan.

Talian ini beroperasi 7 hari seminggu dari jam 8 pagi hingga 7 malam. Pihak KWSP juga telah membuat satu inisiatif di mana anda boleh memohon menerusi laman web ilestari.kwsp.gov.my. Tidak perlu cetak borang, tidak perlu beratur di cawangan, semuanya hanya dalam talian. Mudah!

Dalam satu kenyataan pula, pihak KWSP memaklumkan bagi permohonan i-Lestari online, pemohon boleh menyemak status permohonan melalui i-Akaun (Ahli) dalam 5 hari bekerja. Manakala permohonan yang dibuat secara manual, ahli akan menerima SMS apabila pembayaran telah dikreditkan.

Bagi para pemohon, sila bersabar kerana memang banyak permohonan yang diterima dan pihak KWSP sedang berusaha untuk membantu kita semua.

Published by
Naqiyatul Uzma