Simpan Duit Bukan Hanya Untuk Majlis Kahwin, Yang Penting Duit Lepas Kahwin Nanti Kena Lebat!

Share
Simpanan masa depan bukan boleh disia-siakan. Sekarang ni kalau tak ada simpanan, susah juga kehidupan kerana semakin hari, desakan hidup semakin tinggi. Siapa sangka kita akan alami pandemik sehingga ramai yang kehilangan pekerjaan dan sumber pendapatan.
Bakal pengantin yang berhajat hendak mendirikan rumahtangga selalu salah buat percaturan. Kenapa? Sebab mereka hanya menyimpan untuk majlis kahwin dan duit hantaran. Untuk acara satu hari tu sahaja mereka sanggup habiskan beribu-ribu ringgit. Yang berhutang pun ramai!
Kenapa tak dimanfaatkan wang simpanan itu untuk kegunaan selepas berkahwin. Banyak lagi komitmen lepas kahwin yang kita perlu fikir. Mana nak bayar duit rumah sewa, duit kereta, duit insurans dan kalau ada rezeki dapat anak, perlu juga difikirkan bab perbelanjaan anak.
Majlis kahwin boleh je dibuat secara kecil-kecilan. Buat jamuan makan secara kecil-kecilan. Pelamin, baju kahwin, upah makeup artist, pelukis henna dan sebagainya boleh dibuat secara sederhana. Banyak yang boleh dijimatkan. Waktu muda inilah sepatutnya kita lebih beringat untuk membuat simpanan, seperti yang dicoretkan Azrul Ikhwan.
Ini nasihat kewangan untuk orang muda:
1. Kalau belum buka akaun tabung haji, pergi buka akaun TH. Takkan kau tak nak pergi haji kan. Buka RM1,300.
2. Buka akaun ASB, simpan duit dalam tu. Nak advance sikit pergi buka ASBF. Sijil 50K baru RM275 sebulan (terpulang kepada komitmen masing-masing)
3. Cari pendapatan sampingan. Sekarang ni banyak part time boleh buat, ada hustle income FARcapital, agen insurans, jual kat shopee.
4. Ambil satu medical plan, tak payah yang juta-juta pun takpe, kalau tak mampu. Perempuan coverage RM150K tiap tahun, baru RM75.
5. Baca buku kewangan. Tambah ilmu pengetahuan. Tapi kalau takde feel baca buku, pergi seminar kewangan. Sekarang ni dah banyak.
6. Buku taknak, seminar taknak, kau baca je dekat facebook dan blog-blog usahawan. Banyak ilmu free. Try https://tinyurl.com/webinarahad.
7. Kalau kau ada kawan yang bijak kewangan. Pergi menuntut ilmu dengan dia. Belanje kopi secawan. Kalau aku, belanja mamak jadilah.
8. Sedekah sekurang-kurang nya hari Jumaat. Jangan rasa takut untuk memberi, sebab Allah Penjamin Rezeki.
9. Bagitau awek/pakwe belanja makan, wayang asing asing. Jangan gelabah nak gentle bagai. Kalau gentle, kahwin terus.
10. Pergi mohon PRS (Private Retirement Scheme). Ada ramai ejen dekat luar sana yang boleh bantu.
11. Buat unit amanah, buat mana yang mampu. Cash pun boleh. Market best untuk sauk sekarang.
12. Kurang kan bakar duit sendiri, yakni MEROKOK. Terjaga kesihatan sama. Duit pun save.
13. Jangan gelabah nak hype sana sini. Hidup di bawah kemampuan. Takyah terpengaruh dengan trend instafamous.
14. Kalau rasa motor elok lagi dan rasa diri lelaki. Pakai je motor dulu, minyak pun jimat.
15. Dapatkan perlindungan gaji atau takaful nyawa sebagai perlindungan. Ada je RM38 sebulan, boleh cover RM50K.
16. Buat jadual menyimpan. Sekarang macam-macam apps dekat telefon pintar untuk pantau simpanan.
17. Rajin rajin memasak dekat rumah. Masak nasi berlauk. Bawak bekal pergi kerja. Jangan kedarah Maggie je, kesian perut.
18. Usahakan bayar PTPTN tu. Nama pon hutang, orang lain nak guna jugak, takkan kau je sedap.
19. Bab niaga, jangan malu. Tak buka mulut, kita tak tau. Takyah nak kutuk member niaga. Support dorang.
20. Bezakan kehendak dan keperluan serta kemahuan yakni nafsu.
Bila disenaraikan macam ni, barulah kita nampak kepentingan simpanan. Nampak macam susah tapi ia susah bila kita beriya-iya sangat nak kehidupan high end, sibuk nak nampak hebat. Anda kena ingat, orang yang hebat tu adalah apabila dia pandai menguruskan kewangan dengan baik.
***JOM SERTAI CHANEL TELEGRAM PESONA PENGANTIN DAN DAPATKAN LEBIH BANYAK INFO BERSAMA KAMI. KLIK SAHAJA DI SINI.
Credit to tuan asal post: @Azrul ikhwan
Published by
Anis Nor