Setiap orang mengimpikan sebuah hubungan cinta yang berakhir dengan perkahwinan. Yelah, orang kata tak elok bercinta lama-lama. Perkara yang baik jangan dilambat-lambatkan. Dan apabila ingin melangsungkan perkahwinan, salah satu masalah yang sering terjadi adalah nilai duit hantaran yang terlalu mahal. Senang kata, pihak lelaki tak mampu menyediakan wang hantaran sebanyak mana yang diminta oleh pihak perempuan.
Kalau anda masih ingat, hujung bulan Mac lalu, satu video telah menjadi sangat viral apabila pergaduhan tercetus antara pihak lelaki dan perempuan sewaktu majlis pernikahan hanya disebabkan wang hantaran yang tidak cukup.
Jadi, 9 perkara yang dikongsi oleh Harith Faisal ini mungkin anda perlu pertimbangkan sekiranya mengalami masalah tersebut:
Take it or leave it. Kadang-kadang pihak perempuan minta duit hantaran melebih-lebih tak beragak. Padahal laki tu bukanlah gaji besar sangat pun. RM3,000 sekadar cukup makan.
Laki simpan RM300 lebih kurang 10% dari gaji konsisten selama 3 tahun, barulah boleh dapat duit hantaran RM10K. RM300 x 36 = RM10,800. Jenuh juga nak tunggu sampai 3 tahun tu. Kalau anda simpan berdua dah boleh dapat RM20,000, jadi buatlah bersama-sama pasangan.
Tabung kecemasan dan rumah kena buat juga ya. Mungkin cadangan bajet bulanan yang saya buat ni boleh bantu bagi idea kat orang yang bergaji RM3,000 untuk susun kewangan.
Kalau gaji RM3,000 boleh lagilah nak ikut cadangan % kat atas tu dengan senang hati. Adjustlah sendiri kalau tak sesuai. Tapi kalau gaji RM2,000 ke bawah memang susah sikit. Jiwa kena cekal bro.
Nasiblah kau kalau dapat makwe yang minta hantaran mahal-mahal. Dahlah tak nak buat tabung kahwin sama-sama. Alasan klise, nak tengok sejauh mana laki sanggup berkorban untuk buktikan cinta.
Padahal makwe tu sendiri tau yang pakwe dia tak bersusah payah pun simpan duit. Simpanan tak penah nak ada. Sebab awal-awal lagi dah rancang nak mohon personal loan untuk kahwin.
Mudah sangat. Isi borang, sediakan dokumen, bagi kat bank proses. Dalam masa beberapa minggu, dapat dah duitnya. Berkorbanlah korang laki bini sama-sama lepas kahwin bayar balik hutang tu.
Bincang elok-elok. Benda boleh bincang, kan. Sesuaikan nilai hantaran yang kau minta dengan kemampuan bakal laki kau. Jangan selfish sebab nak kahwin gah, kau guna alasan klise zaman batu tu.
Laki janganlah longlai sangat. Keluarkan hujah-hujah bernas. Cerita apa plan masa depan. Lepas ni nak jadi ketua uruskan kewangan keluarga pula. Jadi, cakap awal-awal kat makwe,
"Kalau boleh, saya tak nak buat personal loan. Gaji saya pun bukan banyak sangat. Nak beli rumah untuk kita duduk lagi. Saya tak mampu bagi hantaran mahal. Maafkan saya. You take it or leave it. I don't care."