Siti Sarah Bidadari Syurga Buat Shuib, Ramai Para Isteri Boleh Ambil Iktibar Kisah Mereka…

Share

Tempat seorang isteri adalah di sisi suami. Dialah penyeri dalam sebuah keluarga dan dia juga bidadari syurga dambaan syurga idaman semua suami. Kisah pemergiaan Siti Sarah bt Raissuddin masih meniti di bibir wargamaya. Perginya seorang isteri dengan keredhaan seorang suami.

 

Benarlah seperti yang digambarkan Shuib, dia kehilangan seorang bidadari syurga. Membelek kisah mereka di dada akhbar, ruang media sosial dan penceritaan dari mereka yang mengenali, pasangan ini bagai melengkapi di antara satu sama lain.

 

Paling istimewa, Siti Sarah mencoret kisah bagaimana dia menerima Shuib di kala Shuib tidak mempunyai apa-apa. Hanya akhlak, sifat rajin dan bertanggungjawab menjadi ‘harta’ yang paling jelas kelihatan di mata Siti Sarah.

 

Okay nak throwback. Sarah teringat time kahwin dgn @shuibsepahtu dulu, hantaran time tu RM15K. Tapi Sarah nak bagi tau satu rahsia, RM15k tu hutang ye 😂 Betholll, x tipu. Sbab x mampu nak baya time tu. Hutang dgn abah sarah tau. 🤣 Sarah tahu Shuib struggle, dia bersusah payah nak bina kerjaye tapi apa yg sarah beli masa tu akhlak die, kerajinan die , tggjwb die.. die tk pernah lupa tggungjwb dgn sarah, dgn famili.

Alhamdulillah pas kahwin tu, rezeki makin banyak. Shuib dpat duit kemenangan maharajalawak n nak bayar balik duit abah. bila dah ada duit utk baya.. abah kata jangan jadi bodoh.. simpan duit tu untuk anak nanti .. kita ni sebagai perempuan kene tengok lelaki tu jenis macam mana , baran ke , kedekut ke berkira ka.. kalau awal2 kenal dah ajak kite kelua kalau mak bapak tak kasi .. die ajar kita utk tipu mak bapak kita, tak mustahil die akan tipu kita.. macam mana die dengan mak die , kalau jenis melawan mak memng die takkan hormat kita sebagai isteri..

Maybe bagi Adik Alea rasa bahagia dgan RM20K tu, tapi bagi orang lain nilai kebahagian bukan dari wang ringgit semata mate je tau. Moge adik2 yg nak kawin tu jangan lah menekan2 sangat nak menunjuk kwin sapa lagi gempak.. sebab kehidupan yg sebenarnya adalah selepas kenduri tu 😂 jangan lak ada yg buat loan beria2 akhirnya tersiksa…

Reposted from @sitisarahraissuddin

Bukan itu sahaja, pasangan ini juga mendapat perhatian daripada Datuk Ustazah Siti Nor Bahyah Mahmood, seorang ikon pendakwah wanita yang amat dikagumi. Perkongsian beliau pastinya membuka minda lebih ramai pasangan untuk menghargai sebuah kasih sayang dalam perkahwinan.

========================================================

Berlinangan air mata ini …
Pemergianmu Duhai Siti Sarah, dijemput Illahi pada pagi Isnin dengan Husnul Khatimah iaitu pengakhiran yang sungguh indah dalam redha Allah SWT dan diimpikan oleh semua.
Hijrahmu ke jalan Allah untuk menjadi hamba Nya yang terbaik, Ibadah Qurbanmu yang engkau rahsiakan untuk seisi keluargamu dan setelah dikau pergi baru kami tahu,
indahnya Infaqmu ke jalan Allah, kesetiaanmu berbakti sebagai Isteri yang Solehah, sabarnya dirimu sebagai Ibu yang hebat kepada anak-anakmu, pengorbanan sucimu dalam berjuang hingga syahid dalam melahirkan anak solehmu,
keikhlasanmu dalam berjuang melawan sakit hingga syahid…Ternyata semuanya ini adalah amal solehmu yang sungguh indah dan mendapat kesudahan yang terindah kurniaan Allah.Sesungguhnya semua ini menyentuh hati kami dan mengajar kami untuk terus memburu redha Allah. Allahu.
Betapa dikau dicintai Allah, dicintai suamimu Shuib Sepahtu anak-anakmu, keluargamu dan kami juga menyayangimu hingga terasa benar kehilanganmu.
Benar kata Shuib : Siti Sarah adalah Bidadari Syurganya…
Julai 2011 Semanis Kurma menjemput Siti Sarah & Shuib dalam Tajuk: Isteri Umpama Bidadari …
Ternyata benar
سْمِ اللَّهِ الرَّحْمَـٰنِ الرَّحِيمِ
اَلحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ العَلَمِيْنَ، وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ
“ Ya Allah..ampunilah segala dosa Siti Sarah hamba Mu yang solehah ini. Terimalah segala amalannya. Rahmatilah dia dengan rahmat Mu yang Maha Luas. Lapangkanlah kuburnya Ya Allah.Jadikanlah kuburnya sebagai taman-taman Syurga.Masukkanlah dia ke dalam Syurga Firdaus Mu tanpa dihisab Ya Allah.
Peliharalah anak kecilnya yang baru lahir dan kesemua cahaya matanya dengan sebaik-baik pemeliharaan dari Mu Ya Allah.Kurniakanlah ketabahan hati dan kekuatan buat Suaminya Shuib Sepahtu di dalam menempuh ujian Mu ini Ya Allah.Berilah pertolongan Mu kepadanya dalam mendidik anak-anak mereka. Lapangkanlah hati Shuib dan anak-anaknya Ya Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang”.
سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ ٱلْعِزَّةِ عَمَّايَصِفُوْنَ وَسَلَامٌ عَلَى ٱلْمُ
وَٱلْحَمْدُلِلّٰرْسَلِيْنَهِ رَبِّ ٱلْعَالَمِيْنَ

 

Tak perlu tunggu esok untuk berubah. Bermulalah sedikit demi sedikit kerana Allah Taala. Pilihlah untuk menjadi bidadari syurga buat suami kerana ganjaran pahala menantimu di pintu syurga.

Published by
Anis Nor