Skin Regimen menjadi semakin popular di dunia kecantikan sejak pelancaran globalnya di Eropah pada bulan Februari 2018. Kuala Lumpur menjadi bandar pertama di Asia dengan pembukaan kecantikan kiosk di pusat membeli-belah 1Utama telah membolehkan Skin Regimen menawarkan peluang kepada penggemar kecantikan khususnya yang tinggal di kota moden, satu pendekatan canggih untuk mendapatkan semula kesihatan kulit.
Skin Regimen merupakan satu sistem penjagaan kulit kontemporari dicipta khas untuk penghuni bandar yang dicipta oleh bahagian penjagaan kulit Davines Group. Persekitaran kota yang sibuk dan rentak kehidupan yang rancak adalah latar belakang yang amat sesuai untuk aplikasi Skin Regimen. Ia telah dibuktikan secara klinikal tentang kemampuannya untuk mengurangkan kesan buruk akibat daripada tekanan, pencemaran dan penuaan disebabkan oleh gaya hidup dari segi kulit dan minda.
Dr. Claudia Aguirre – ahli sains saraf (neuroscientist) di Los-Angeles dan ahli Jawatankuasa Saintifik Davines Group berkata, “Kita tidak boleh mengubah genetik kita, tetapi kita boleh mengubah gaya hidup kita untuk melindungi dan memanjangkan umur kulit, badan dan minda kita”.
Bekerja di peringkat selular, formulasi Modern Plant Chemistry™ Skin Regimen mencipta semula dan mengekalkan peringkat optimum kulit seperti kulit yang sihat, bersinar dan muda. Pada masa yang sama, memberi kuasa kepada minda dan kulit untuk bertindak balas terhadap tekanan.
Ciri khas dalam semua produk Skin Regimen adalah Longevity Complex™ – campuran khusus organic superfood ekstrak dengan sifat anti-radang, antioksidan yang kuat, anti-glikasi, meningkatkan beta-endorphin dan metilasi yang mempengaruhi molekul-molekul berteknologi tinggi.
Rangkaian produk penjagaan kulit ini adalah satu koleksi yang terdiri daripada sepuluh produk uniseks berdasarkan konsep campur dan padan mengikuti keinginan pengguna dalam 4 langkah rejimen suai padan – Prepare, Recharge, Correct dan Reset.
4-langkah Rejimen Suai Padan
Prepare – Recharge – Correct – Reset
Kita semua adalah unik, begitu juga dengan kulit kita. Dicipta berdasarkan fungsi dan keberkesanan, Skin Regimen mempunyai pelbagai fungsi di samping bersifat khas untuk keperluan kulit. Skema suai padan Skin Regimen 4-langkah termasuk:
Langkah 1: Prepare
Pembersihan lembut untuk mengeluarkan kesan solek, kekotoran dan khususnya sisa pencemaran pada kulit dan SPF.
Langkah 2: Recharge
Fasa tenaga untuk mengembalikan penghidratan yang optimum dan memperkuatkan daya hidup sel kulit.
Langkah 3: Correct
Disasarkan kepada ketidaksempurnaan kulit yang biasanya disebabkan oleh tekanan dengan ramuan-ramuan tulen dan pekat.
Langkah 4: Reset
Rejimen detoksifikasi kulit semalaman yang inovatif untuk kulit regenerasi pada waktu pagi.
Rangkaian produk – produk Skin Regimen termasuk:
1) Cleansing Cream, harga runcit sebanyak RM178
2) Microalgae Essence, harga runcit sebanyak RM348
3) 1.85 HA Booster, harga runcit sebanyak RM488
4) 1.5 Retinol Booster, harga runcit sebanyak RM488
5) 15.0 Vit C Booster, harga runcit sebanyak RM488
6) 10.0 Tulsi Booster, harga runcit sebanyak RM488
7) Tripeptide Cream, harga runcit sebanyak RM428
8) Urban Shield SPF 30 harga runcit sebanyak RM 288
9) Lift Eye Cream, harga runcit sebanyak RM288
10) Night Detox, harga runcit sebanyak RM468