
Isi Kandungan
ToggleIni cara buat skrub paling mudah, buat anda yang bakal jadi raja sehari digalakkan cuba untuk dapatkan kulit glowing.
Skrub ini memang berkesan kerana bahan-bahannya semula jadi yang boleh membuatkan kulit cerah, lembut, dan berseri-perfect untuk hari perkahwinan.
Bahan-bahan:
1. Beras -1 cawan (dikisar halus)
2. Kunyit hidup -1 inci (ditumbuk atau diparut)
3. Susu segar – 3 sudu besar
4. Madu -1 sudu besar
Cara-Cara Buat Skrub Glowing:
1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi pes yang mudah disapukan.
2. Sapu pada seluruh badan atau bahagian yang ingin dirawat.
Gosok secara lembut dengan gerakan membulat untuk menanggalkan sel kulit mati.
3. Biarkan selama 10-15 minit supaya bahan dapat menyerap ke dalam kulit.
4. Bilas dengan air suam.
Kelebihan Scrub:
- Beras membantu mencerahkan dan menghaluskan kulit.
- Kunyit hidup bertindak sebagai antiseptik semula jadi untuk mengurangkan keradangan dan menambah seri wajah.
- Susu segar melembapkan kulit supaya tak kering.
- Madu pula memberikan kelembutan dan menambah nutrisi pada kulit.
Cuba buat scrub ini seminggu sekali dalam sebulan sebelum majlis. Anda akan lihat kulit lebih cerah, bersih, dan berseri tanpa perlu produk mahal.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Hampir Lengkap Barang Rumah, Ini Hadiah Patut Beri Pada Bakal Pengantin!

Sudah menjadi adat, kalau nak kahwin mesti ada persediaan kewangan yang kukuh kerana majlis perkahwinan bukan setakat habis seratus dua ratus ringgit tetapi boleh mencecah ribuan ringgit. Namun kini,ramai bakal pengantin mengambil pendekatan untuk lebih berjimat cermat demi menjaga SOP dan kewangan peribadi.
Kebiasaannya, bila ada majlis kahwin kita sebagai tetamu akan memikirkan hadiah paling best untuk dihadiahkan kepada pengantin. Sekalipun tidak ada majlis, tak ada salahnya jika kita sampaikan cenderahati kepada mereka yang baharu hendak membina keluarga. Sedikit sebanyak dapat juga meringankan beban yang ditanggung.
Baru-baru ini viral satu video pasangan pengantin menerima cenderahati berupa perkakasan rumah dari teman-teman. Dapur masak, gayung, penyapu, mop dan macam-macam lagi hadiah yang diterima sehingga video ini mendapat tontonan lebih 300k!
Ok, ini antara barang yang anda boleh beli dengan mudah dan berpatutan di Shopee Malaysia.
PERIUK STIM
Sebelum ini kita asyik fikirkan periuk nasi kan? Apa kata kali ini kita berikan periuk stim sebagai hadiah kepada mereka. tak perlu sampai tiga tingkat, cukup dua tingkat sahaja. Boleh juga periuk stim ini digunakan untuk stim makanan seperti pau segera, dim sum dan ikan. Di samping cara penggunaan yang mudah, masakan stim juga boleh menjamin gaya hidup sihat.
Klik link ini untuk pembelian!
KIPAS BERDIRI
Kipas berdiri sangat membantu sekiranya pengantin kurang bajet unutk pasang penghawa dingin di rumah. Tak sampai RM100, anda sudah boleh memilih kipas berdiri yang berkualiti. Tak perlu meja untuk letakkan kipas ini, pilihan anda terbaik untuk bakal pengantin melengkapkan barangan elektrik di rumah.
ALMARI BAJU
Walaupun almari baju yang satu ini diperbuat daripada plastik, tetapi rekaan dan fungsinya memberi keselesaan pada pengguna. Bajet untuk almari build in mahal juga, lagipun mungkin kebanyakkan pasangan baru berkahwin tinggal di rumah sewa. Jadi solusi kepada isu penyimpanan baju adalah almari plastik yang cantik ini. Tak perlulah bawa hadiah sebesar ini ke majlis resepsi, cukup sekadar bayar dan hantarkan ke alamat rumah pengantin.
Boleh KLIK link ini.
Ada yang berkenan di hati? Klik sahaja link ok!
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Bacalah Surah Yaasin Setiap Pagi, Hayat Anda Akan Dipermudahkan Pada Hari Tersebut

Isi Kandungan
ToggleSesiapa Yang Membaca Surah Ini Dan Mengamalkan Di setiap Pagi/Di Permulaan Hari, Segala Hajatnya Bagi Hari Itu Akan Dipenuhi.
Surah Yaasin (سورة يس) adalah surah ke-36 dalam Al Quran. Surah ini terdiri atas 83 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyyah serta diturunkan selepas surah Aj-jin. Dinamakan Yaasin kerana dimulaikan dengan huruf Ya – sin.
Sebagaimana halnya erti huruf-huruf abjad yang terletak pada permulaan beberapa surah Al Quran yang lain, maka demikian pula ertinya Yaasin yang terdapat pada permulaan ayat surah ini, iaitu Allah mengisyaratkan bahawa sesudah huruf tersebut akan dikemukakan hal-hal yang penting antara lain: Allah bersumpah dengan Al Quran bahawa Muhammad SAW benar-benar seorang rasul yang diutus-Nya kepada kaum yang belum pernah diutus kepada mereka rasul-rasul.
Mengikut sebuah hadis, Surah Yassin dinamakan Mub’mah (pemberi berita baik) di dalam kitab Taurat kerana ia mengandungi manafa’at kepada pembacanya dikehidupan dunia juga akhirat, seperti menghindari penderitaan dunia akhirat dan juga menjauhkan kedahsyatan kehidupan akhirat. Surah ini juga dikenali sebagai ‘Rafi’ah Khafidah’, iaitu yang mengangkat darjat orang-orang yang beriman dan menurunkan darjat orang-orang yang ingkar (tidak beriman). Seelok-eloknya membaca Surah Yaasin selepas solat Dhuha. InsyaAllah akan terbuka seluas-luasnya peluang dan rezeki berlimpah luah.
Keberkatan Membaca Surah Yaasin Setiap Pagi
Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : “Bacalah surah Yasin kerana ia mengandungi keberkatan.” Iaitu:
Apabila orang lapar membaca surah Yassin , ia boleh menjadi kenyang.
Jika orang tiada pakaian boleh mendapat pakaian.Jika orang belum berkahwin akan mendapat jodoh.
Jika dalam ketakutan boleh hilang perasaan takut.Jika terpen jara akan dibebaskan.
Jika musafir membacanya, akan mendapat kesenangan apa yang dilihatnya.Jika terse sat boleh sampai ke tempat yang ditujuinya.
Jika dibacakan kepada orang yang telah mening gal dunia, Allah meringankan sik sanya.Jika orang yang dahaga membacanya, hilang rasa hausnya.
Jika dibacakan kepada orang yang sakit, terhindar daripada penyakitnya.
Fadhilat Surah Yaasin
Antara kelebihan-kelebihan daripada surah Yassin yang disebutkan di dalam banyak hadis. Antaranya:
Rasulullah SAW bersabda;
“Sesiapa yang membaca Surah Yassin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu akan dipenuhi“.
“Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran itu ialah Surah Yassin.”
“Sesiapa membaca Surah Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti pahala membaca Al-Quran sebanyak 10 kali.”
“Sesiapa yang membaca Surah Yassin semata mata kerana Allah, segala dosa-dosanya yang dahulu akan diampunkan. Oleh itu jadikanlah sebagai amalan untuk dibaca ke atas orang yang ma ti.”
“Jika seseorang itu membaca Surah Yassin pada setiap malam dan kemudiannya mening gal dunia, ia akan ma ti sebagai ma ti syahid.”
Maqri rahmatullah ‘alaih berkata, “Jikalau Surah Yassin dibaca oleh seorang yang takut pemerintah atau mu suh, ia akan dihilangkan akan ketakutan itu.”“Jikalau seseorang itu membaca Surah Yassin dan Surah Was-Saffat pada hari Jumaat dan memohon kepada Allah sesuatu, doanya akan diterima.”
“Apabila datang aj al orang yang suka membaca Surah Yassin pada setiap hari, turunlah beberapa malaikat berbaris bersama Malaikat Ma ut. Mereka berdoa dan meminta dosanya diampunkan Allah, menyaksikan ketika ma yatnya dimandikan dan turut menyembahyangkan jena zahnya”.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
90% Ibu Mengandung Yang Bersenam, Mesti Mudah Nak Bersalin

TERDAPAT banyak jenis senaman yang boleh dilakukan ibu yang sedang menghitung hari untuk bersalin. Walaupun dalam keadaan sarat, ibu digalakkan bergerak aktif supaya tubuh sentiasa dalam keadaan cergas, kuat dan bertenaga.
Selain mengerjakan rutin di rumah, senaman ringan yang boleh mengeluarkan sedikit peluh juga boleh dilakukan ketika lapang. Ajak suami atau teman untuk ikut serta jika beriadah di taman.
Penting diingatkan supaya ibu tidak bersenam secara berlebihan dan minum air secukupnya. Berhentilah sekiranya tubuh berasa penat, tidak selesa atau berlaku pendarahan.
Berikut lima jenis senaman yang boleh lakukan di rumah atau di taman. Gerakan yang dikongsikan my.theasianparent.com ini antara yang bagus untuk memudahkan proses bersalin.
1. Angkat punggung ke atas
Senaman untuk mudah bersalin pertama adalah mengangkat punggung ke atas. Ia mampu melatih dan menguatkan otot-otot dasar pinggul yang membuatkan proses kelahiran bayi menjadi mudah. Gerakan ini boleh dilakukan sambil berbaring. Lakukan selama tiga ke 10 minit. Ulang empat kali sehari.
2. Berjalan
Ini senaman paling mudah. Ramai pakar menyarankan supaya ibu lebih kerap berjalan kaki apabila usia kandungan mencecah trimester ketiga. Senaman ini dipercayai membantu merangsang bukaan pintu rahim lebih cepat, sekali gus menjadikan proses bersalin lebih mudah.
Lakukan senaman berjalan kaki ini sekerap mungkin kerana ia mampu membantu bayi masuk ke laluan keluar atau ke pintu servik.
3. Duduk mencangkung
Dalam keadaan tubuh yang relaks, berdiri tegak dan buka kaki dalam posisi yang selesa. Pastikan punggung diluruskan dan turunkan badan secara perlahan-lahan sehingga dalam kedudukan mencangkung.
Kemudian, tahan kira-kira 10 saat dan kembali duduk ke posisi asal. Ulangi senaman dan gerakan ini untuk membantu menguatkan otot paha dan pinggul.
4. Mengiring badan ke kiri dan ke kanan
Langkah seterusnya, ibu boleh mengiringkan badan ke sebelah kiri dan kanan. Latihan ini berupaya membantu meningkatkan kekuatan otot perut dan meredakan sakit pinggang, terutama ketika kandungan sudah mencapai trimester ketiga.
Mulakan dengan posisi merangkak dengan kepala sebaris punggung. Angkat kepala ke atas dan tahan nafas serta hembus perlahan-lahan. Senaman ini boleh dilakukan secara santai dan diulangi beberapa kali.
5. Duduk dalam posisi yoga
Posisi ini dipanggil sebagai kupu-kupu dalam senaman yoga, di mana aktiviti senaman ini dilakukan sambil duduk di lantai dan punggung lurus ke dinding.
Seterusnya kedua telapak kaki menyentuh rapat dan lutut pula menyentuh lantai. Kebaikannya untuk melatih otot paha dari menghilangkan tekanan punggung kala ibu sedang mengandung.
Senaman boleh dilakukan 10 hingga 20 kali sehari.
Pastikan ibu tidak melakukan aktiviti senaman lasak yang lain kerana bimbang terlalu penat sehingga mendatangkan tekanan kepada bayi dalam kandungan.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI