Ini cara buat skrub paling mudah, buat anda yang bakal jadi raja sehari digalakkan cuba untuk dapatkan kulit glowing.
Skrub ini memang berkesan kerana bahan-bahannya semula jadi yang boleh membuatkan kulit cerah, lembut, dan berseri-perfect untuk hari perkahwinan.
1. Beras -1 cawan (dikisar halus)
2. Kunyit hidup -1 inci (ditumbuk atau diparut)
3. Susu segar – 3 sudu besar
4. Madu -1 sudu besar
1. Campurkan semua bahan sehingga menjadi pes yang mudah disapukan.
2. Sapu pada seluruh badan atau bahagian yang ingin dirawat.
Gosok secara lembut dengan gerakan membulat untuk menanggalkan sel kulit mati.
3. Biarkan selama 10-15 minit supaya bahan dapat menyerap ke dalam kulit.
4. Bilas dengan air suam.
Cuba buat scrub ini seminggu sekali dalam sebulan sebelum majlis. Anda akan lihat kulit lebih cerah, bersih, dan berseri tanpa perlu produk mahal.