“Bila nak kahwin?”
Soalan yang paling popular di antara soalan yang lainnya.
“Abang dah kahwin, kakak dah kahwin, kamu bila lagi?”
Senyum.
“Kenapa kamu ni macam tak mencari? Tak rasa nak kawin ke? Ke sebab memilih sangat?”
“Jodoh tu kan dah ditentukan. Sampai masa Allah hadirkan la yang terbaik.”
“Ke sebab memang tak nak kahwin?”
“Astaghfirullahalazim. Ke situ pulak. Kahwin tu kan elok. Cuma, perkahwinan ni bukan perkara biasa. Bukan perkara main-main. Bukan sekadar akad je. Kahwin ni besar tanggungjawabnya, sebab tu tak boleh main redah je.”
“So, bila nak kahwin?”
“Bila nak makan nasi minyak?”
“Bila nak jadi raja sehari?”
“InsyaAllah, doakan.”
Jodoh itu rahsia Allah. Sekuat mana kita setia, selama mana kita menunggu, sehebat mana kita merancang, sekeras mana kita bersabar, sejujur mana kita berbagi kasih, ia tetap rahsia Allah.Ini pandangan pendakwah bebas, Datuk Hassan Mahmood al Hafiz mengenai jodoh lewat.
Beliau berkata, soal kegembiraan seseorang bukan ditentukan oleh perkahwinan.
“Ia (perkahwinan) itu satu daripada naluri, kehendak dan kehidupan. Perkahwinan bukan perkara wajib.
“Ada orang diberi kesempatan untuk berkahwin dan ada juga sebaliknya. Contoh terdekat ialah Nabi Isa, Imam Nawawi Al-Azhar dan alim ulama yang lain. Tetapi mereka tetap hidup bahagia,” katanya kepada Femina.
Menurutnya, ukuran bahagia itu bukan terletak pada jodoh itu cepat atau lambat tetapi ia terletak kepada diri sendiri bagaimana untuk mengawal dan mengendalikan nafsu.
Hassan Mahmood mengingatkan mereka yang belum bertemu jodoh agar tidak bersedih dan berasa terpencil daripada pandangan masyarakat.
“Ingat, wanita yang masih bujang sebenarnya ALLAH beri peluang kepada mereka untuk cari ilmu dan buat lebih amalan.
“Ketika bujang ini, carilah ilmu dan buatlah sepenuh amal sebagai bekalan untuk akhirat nanti. Inilah hikmahnya bila ALLAH belum menemukan jodoh buat mereka,” ujarnya.
Jika kedudukan kewangan kukuh, katanya, ambil anak yatim dan bela seperti anak sendiri.
“Dengan cara itu ia dapat menghilangkan rasa sunyi dan dapat berkongsi kasih sayang dengan mereka,” katanya.
Katanya lagi, jika ditakdirkan jodoh tiba tatkala usia sudah bertambah, jangan sekali-kali tolak sebaliknya terima dengan hati yang terbuka.
Kredit : Sinar Harian
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI