Bab ni, kalau anda bertuah, mungkin anda di soal. Kalau tak, tidaklah. Tapi sebelum apa-apa pon, persediaan itu penting. Ini antara soalan & jawapan yang berpotensi ditanya masa hantar boring nikah.
Soalan yang ditanya masa interview untuk hantar borang nikah:
- Ucap dua kalimah syahadah beserta maknanya sekali.
- Baca Surah Al-Fatihah
- Baca doa qunut
- Apa yang awak tahu tentang munakahat? Sebutkan rukun nikah?
- Apa itu thaharah? Hadas ada berapa jenis? Najis ada berapa jenis? Bila kena mandi wajib?
- Tanggungjawab suami/Isteri.
- Taharah?
Bersihkan diri, pakaian, tempat tinggal, dan lain lain daripada kotoran @ najis
- Hadas ada dua.. hadas besar, hadas kecil.
- Sebelum lakukan ibadah wajib:
Hadas besar kena mandi wajib.
Hadas kecil kena wuduk
- Bahagian najis,
– Najis muhaffafah
– Najis Mutawassitah
– Najis Mughallazah
- Tanggungjawab suami:
– Menunaikan perintah/hak Allah
– Bimbing isteri lakukan kebaikan, tinggalkan keburukan
– Beri nafkah pada isteri.
– Menyayangi/ beri layanan baik kepada isteri
– Melindungi isteri
- Munakahat – ilmu tentang perkahwinan.
- Rukun nikah
– pengantin lelaki
– pengantin perempuan
– wali
– saksi
– Sighah – Ijab dan Qabul
Sumber : Ubaidullah Jaafar
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Dengan Hanya Guna Cuka, Lantai Rumah Sekelip Mata Jadi Berkilat
Raya sudah semakin dekat. Tentunya anda terutamanya para isteri sedang sibuk untuk mengemas serta menghias rumah sebagai persiapan menyambut ketibaan Hari Raya.
Inilah masa untuk mengemas dapur, membersihkan rumah, mop lantai dan banyak lagi. Tahukah anda, dengan menggunakan cuka, ia dapat membantu membersihkan kawasan rumah anda.
Hasilnya juga sama seperti anda menggunakan pencuci yang mahal. Dengan cuka, anda boleh membersihkan lima bahagian ini:
1. Cuci mangkuk tandas
Air cuka boleh digunakan untuk membersihkan mangkuk tandas termasuklah kotoran degil yang ada. Sembur air cuka lalu gosok dengan berus tandas.
2. Bersihkan cermin tingkap dan kaca
Campurkan cuka dan air dengan nisbah 50:50. Kemudian, lap pada permukaan cermin dan kaca sebelum dibersihkan dengan kain lembut.
3. Cuci lantai
Ambil setengah baldi air, campurkan dengan setengah penutup pelembut pakaian serta lima titik cuka (jangan lebih, nanti melekit). Kacau hingga sebati dan mop lantai seperti biasa. Hasilnya lantai akan bersih dan berkilat.
4. Lantai bilik mandi
Untuk lantai bilik mandi yang berkerak, campurkan garam dengan air cuka dan masukkan ke dalam botol penyembur. Semburkan pada lantai yang berdaki atau kotor. Gosok dengan berus, kemudian bersihkan dengan air.
5. Hilangkan kotoran pada karpet
Jika karpet anda terkena kotoran, campurkan cuka dan air dengan nisbah yang sama. Kemudian, semburkan air cuka pada bahagian yang kotor. Biarkan selama dua minit, selepas itu gosok kotoran dengan kain kering sehingga hilang.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Selepas Kahwin, Perempuan Boleh Berdikari Tapi Sampai Satu Masa Akan Penat
Kehidupan selepas kahwin tak akan sama dengan zaman bercinta, itu anda kena telan dan terima. Wajib buat persediaan kalau anda jenis perempuan yang berdikari.
Orang kata tak salah buat sendiri tetapi sampai satu tahap, anda juga perlukan pertolongan seseorang untuk rasa bahagia dalam melengkapi kisah rumah tangga.
Nak faham lagi, jemput baca perkongsian Puan Suhaili Baharudin ini. Moga perkahwinan kita cukup bahagia walau sesekali diuji.
Kehidupan Selepas Kahwin
Bukan bodo tapi buat-buat bodo. Mengerti?
Alam rumah tangga langsung tak sama dengan semasa bujang. Kita yang perempuan yang well educated, gaji besar, bonus besar, nak beli apa tak ada halangan ini bila berkahwin ada tendency untuk bawa perangai berdikari kita ini dalam perkahwinan tau.
Kita boleh sediakan barang keperluan rumah, kita boleh bayarkan semua bil, kita boleh sap sap soi laju siapkan kerja rumah, jaga anak, drive ke sana sini setelkan urusan rumah tangga. Semua kita boleh. Ya, sebab memang kita boleh.
Kita cerdik bijaksana, berdikari dan berjaya pendek kata campaklah kemana saja gerenti boleh hidup.
Tapi akan sampai satu masa itu nanti kita penat. Kemudian kita tertanya-tanya apa satu sen tak guna laki aku ini? Semua aku buat baik tak payah kahwin. Mula naik menyampah, perkahwinan jadi hambar dan disconnect perlahan-lahan.
Bila Terlalu Selesa
Yang awalnya atas dasar cinta, kaulah segalanya, aku ingin berada dalam dakapanmu sepanjang hayat bla bla yadaa yadaa tadi itu mana pergi?
Sebab kita pergi buat semua benda. Lelaki ni kebanyakannya fikiran simple. Dia nampak kau boleh buat semua jadi dia biarkan sebab dia fikir kau okey with that. Apa lagi kalau lelaki yang memang ‘tagune’ itu. Lagilah dibodohkan kita ini.
Masa ini, mula benci bila tengok dia terbaring riang depan tv atau sedap keluar melepak dengan member sedangkan kau macam nak terpulang siapkan semua benda dalam rumah tu. Penat nak mampus tahu tak?
Dulu kita tengok dia lawa, kemas bergaya tapi selepas kahwin eh apsal dah rupa kurang sara? Sebab penat luarbiasa tu.
Baby kecil baru lahir tu comel dan membahagiakan. Iya memang, tapi si kecil comel tu akan mengambil seluruh ruang dalam hidup kau sehingga kau lupa nak jadi diri sendiri. Hidup kau akan lintang pukang sampai ada ibu yang depresi. Suami pula tak bantu? Habislahhh.
Kehidupan Masa Bercinta Tak Sama Dengan Kahwin
Kawan-kawan yang single, fahamilah bahawa perkahwinan itu kehidupannya nanti langsung tak sama selepas berkahwin.
Ya, banyak isu lain yang aku juga tak sependapat dengan beliau termasuk penggunaan perkataan ‘buat-buat bodo’ adalah kurang betul yang membawa pada salah faham pula pada kita. Sepatutnya boleh pilih perkataan dan laras bahasa yang lebih molek.
Tapi rasanya pemahaman aku ialah contohnya camni:
Aku ni tergolong dalam golongan tak bodoh pun. Budak pandai cemerlang kerja ofis best haaa bonus 8 bulan gaji. Serba-serbi boleh buat tapi bila kahwin tiba-tiba aku menjadi bodoh.
Tak pandai pasang rak gantung tuala, pili air ketat tak pandai buka, sinki tersumbat rasa nak panggil bomba. Macam-macam hsepanjang berbelas tahun kahwin ini perangai buat-buat bodoh aku akan keluar.
Sebenarnya aku boleh buat, boleh belajar dan boleh usahakan juga semua tu tapi aku memilih untuk jadi mengada dan minta suami yang setelkan. Menurunkan ego aku dan membuatkan dia sungguh merasa diperlukan. Kadang aku tanya aje soalan bangang semata nak dengar dia jawab dengan cemerlang. And it works well.
Nampak lemah, manja dan gedik eh tapi kan tu suami kita. Biarlah. Kita pun akan kurang penat, tenaga kita pun ada lebihan untuk buat perkara-perkara yang kita sukai.
Bila kita tunjuk boleh berdikari sangat suami akan terlepas pandang sakit penat seharian kita hingga dia dah tak peduli pun. Kau merungut pun dia buat biasa sebab dia tahu kau akan tetap bangun dan buat semua benda juga.
Anak berderet? Menangis la kita seorang diri sambil meratap kenapa aku yang kena buat semua benda? I want my life back gitu.
Kahwin nanti baru faham.
Maksudnya cerita aku ni ialah buat-buat bodoh itu bukan sampai menjatuhkan maruah kita sebagai perempuan, ‘mendowngradekan level intellectual’ kita sebagainya. Tidak.
Suami tu tahu dan faham sangat kecerdikan isteri dia. Bercinta bukan main beria mustahil dia tak nampak bijaksana kita kan?
Tapi aku setuju pemilihan ayat beliau sepatutnya perlu lebih tepat, molek dan manis supaya tak ada yang terasa hati.
Kepada geng bujang, jangan buat-buat bodo dengan boyfriend kerana nanti sedap pulak kita dipijak-pijak. Serlahkan kebijaksanaan dan kekalkan kerendahan hati. U go girls!
Jangan marah-marah dikomen, marilah kita berbincang dengan bijak.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Pentingnya Mandi Wap Sebelum Kahwin. Bakal Pengantin Kena Buat Ni
Kebaikan Sauna Atau Mandi Wap
Kata orang, sauna boleh menguruskan badan, betul ke? Setakat menguruskan badan sahaja, banyak cara lagi yang boleh kita lakukan. Sebenarnya, sauna bukan sahaja menguruskan badan, tetapi terdapat banyak kebaikan sauna atau mandi wap yang bakal mengejutkan anda!
1. Proses Detoksifikasi
Tahukah anda, sauna juga dapat mengeluarkan toksin dari tubuh badan anda? Kebaikan sauna yang ramai tak tahu adalah ia merupakan satu proses detoksifikasi tubuh badan. Detoks akan mengeluarkan racun badan melalui peluh yang mengalir di tubuh badan anda.
2. Membakar Kalori Dan Lemak Berlebihan Tubuh Badan
Ramai tak percaya, kebaikan sauna juga adalah dapat membakar lemak tubuh badan anda dan membakar kalori. Anda tak perlu berlari dan bersukan dengan kerap, tetapi buatlah sauna setiap minggu atau bulan. Lemak-lemak akan dibakar justeru berat badan anda juga akan menurun.
3. Melegakan Otot Dan Urat
Otot dan urat tidak selalunya akan berada dalam keadaan yang betul, namun dengan sauna ia mendapat kedudukannya yang betul. Kebaikan sauna juga dapat mengeluarkan angin dari urat-urat tubuh badan anda. Otot yang sakit dan lenguh juga terasa lega setelah bersauna.
4. Merehatkan Minda Dan Emosi
Kebaikan sauna dari segi mental adalah ia dapat merehatkan minda dan emosi anda. Anda akan lebih tenang dan rileks sepanjang hari sewaktu bersauna atau selepas sauna. Apabila tubuh badan terasa segar, minda dan emosi juga terasa amat tenang.
5. Menyihat Dan Menganjalkan Kulit
Kulit sihat dan lebih anjal setelah toksin peluh keluar dari tubuh badan anda. Sekiranya anda sudah lama tidak memanjakan diri mencantikkan kulit, sauna adalah perkara pertama wajib anda cuba. Kemudian, anda akan terasa kulit lebih anjal dan sihat.
6. Mencantikkan Kulit
Percaya atau tidak, kulit bukan sahaja sihat tetapi lebih cantik, licin dan gebu semulajadi. Kulit anda akan lebih cantik dan lembut seperti anda menggunakan scrub. Sedangkan anda baru sahaja bersauna. Kebaikan sauna dari segi cantikkan kulit tidak dapat disangkal lagi.
7. Menyembuhkan Pelbagai Penyakit
Apabila racun dan toksin badan sudah keluar, penyakit dapat dicegah dan disembuhkan sedikit demi sedikit. Sebab itulah, selepas bersauna, demam akan kebah, selsema juga turut hilang. Begitu juga dengan penyakit dalaman yang melibatkan rahim, perut, pencernaan dan lain-lain.
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI