Berkahwin juga membawa anda dan pasangan harus berkongsi tanggungjawab bersama dalam soal kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segalanya anda terima.
Namun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan bersama yang lebih bahagia dan bebas beban kewangan.
Saranan kami, sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.
Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!
1. Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.
2. Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.
Ads
3. Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.
4. Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.
5. Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.
Ads
6. Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.
7. Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.
8. Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.
Ads
9. Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.
10. Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.
Kredit foto: Man Kajang
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dalam membina rumah tangga yang harmoni dan bahagia, tentunya setiap insan yang bergelar manusia meginginkan pasangan yang baik dan sempurna. Pasangan yang berkedudukan tinggi, berharta, tampan dan cantik sering menjadi keutamaan dalam memilih pasangan untuk dijadikan teman hidup.
Namun, anda harus ingat, bahawa ia bukanlah jaminan untuk membentuk rumah tangga yang bahagia. Sesungguhnya nilai-nilai murni yang ada dalam sikap individu itu harus dipandang terlebih dahulu. Paling penting, akhlak dan akidah haruslah seiring dengan tuntutan syariat agar kehidupan rumah tangga lebih sejahtera.
Tidak semua manusia di atas muka bumi ini dapat seperti apa yang diimpikan. Setiap insan berhak untuk membuat keputusan dalam memilih calon pasangan mereka, namun, janganlah sehingga mengabaikan kriteria-kriteria yang wajib di sisi islam. Sebaiknya ,pilihlah pasangan yang baik dan sempurna agar kehidupan selepas berumahtangga lebih cemerlang. Jom kita lihat kriteria yang perlu diambil kira dalam memilih jodoh yang baik dan sempurna menurut syariat islam!
1. KECANTIKAN DAN KETAMPANAN
Foto: Faris Ahmad Photography
Ini jelas terbukti dimana setiap individu pasti menekankan paras rupa terlebih dahulu dalam mencari pasangan hidup. Wanita mahukan lelaki yang tampan manakala lelaki mahukan wanita yang cantik. Namun Sabda Rasulullah SAW ada menyatakan:
“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana ingin melihat kecantikannya, mungkin kecantikan itu akan membawa kerosakan terhadap diri sendiri dan janganlah mengharapkan harta kekayaannya kerana mungkin dengan harta itu mereka menjadi sombong tetapi kahwinilah mereka itu kerana agama dan sesungguhnya hamba perempuan yang hitam lebih baik asalkan ia beragama”.
(Riwayat Ibnu Majah dab Baihaqi).
2. TAAT KEPADA ALLAH DAN RASULNYA
Ini adalah antara kriteria yang paling penting dalam tuntutan ketika memilih pasangan. Maka dalam memilih pasangan hidup, minimal seharusnya terdapat satu syarat ini. Kerana Allah SWT berfirman,
“Sesungguhnya yang paling mulia di antara kalian adalah yang paling bertaqwa.”
(QS. Al Hujurat: 13)
Taqwa adalah menjaga diri dari azab Allah SWT dengan menjalankan perintah-Nya dan menjauhi kemungkaran. Oleh itu, seorang muslim hendaklah berjuang untuk mendapatkan pasangan yang paling mulia di sisi Allah, iaitu seorang yang taat pada agama.
3. HARTA
Foto: Faris Ahmad Photography
Kekayaan yang tidak berlandaskan agama akan membawa kepada bencana. Jika seseorang itu mencari pasangan hanya kerana melihat dari segi hartanya, nescaya Allah akan menghilangkan hartanya kerana harta akan lenyap pada bila-bila sahaja tanpa kita ketahui. Rasulullah SAW juga menyeru agar memilih pasangan hidup yang setara dalam agama dan statusnya.
Berikut beberapa kriteria yang perlu dipertimbangkan oleh seorang muslim yang hendak mencari pasangan hidup. Nasihat kami, selain melakukan usaha dalam memilih pasangan, jangan lupa sentiasa berdoa kepada Allah SWT agar dianugerahkan pasangan yang baik. Seperti yang ditekankan dalam entri kali ini, mereka yang taat pada agama adalah sebaik-baik pasangan.
4. KETURUNANNYA
Dalam mencari pasangan hidup, tidak salah kalau ingin melihat faktor keturunannya. Perbezaan darjat dalam beberapa perkara akan menimbulkan permasalahan di kemudian hari. Oleh itu, maka carilah keturunan yang boleh menyenangi kamu yang bersesuaian dengan tuntutan agama dan dapat memberikan keturunan yang baik-baik.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sepanjang Ramadan di tempoh Perintah Kawalan Pergerakan ini pasti anda berasa bosan dan tidak tahu ingin masak apa untuk menu berbuka di rumah, bukan? Pening kepala untuk cari resipi yang sedap dan mudah untuk dicuba.
Tidak perlu pening kepala lagi. Kami kongsikan kepada anda beberapa YouTube Channel yang anda boleh ikuti untuk lihat resipi yang mudah dan sedap untuk dicuba. Sudah bersedia? Ayuh kita mulakan!
1. Che Nom
Rasanya ramai yang tahu akan channel Che Nom ini. Buat anda yang gemar masakan Melayu, dan pelbagai lagi menu yang menarik bolehlah lihat perkongsian daripada Che Nom. Memang menghiburkan!
2. Adam Liaw
Bukan hanya anda akan dapat resipi enak tetapi anda juga akan dapat perkongsian tip daripada Adam Liaw. Untuk pengetahuan anda, Adam Liaw merupakan juara Masterchef dan setiap video yang ditampilkan akan diterangkan dengan menyeluruh. Kiranya anda akan faham kenapa bahan-bahan tertentu akan digunakan untuk jadikan makanan anda sedap.
3. Danish Harraz
Anda dapat melihat teletah chef cilik Danish Harraz memasak di dapur. Mungkin jika anak-anak anda melihat Danish beraksi di dapur akan menimbulkan minat untuk anak-anak jadi seorang chef apabila dewasa kelak.
4. Khairul Aming
Rata-rata rakyat Malaysia sering melihat resipi mudah yang dimuat naik oleh Khairul Aming, bukan? Terdapat pelbagai resipi mudah dikongsikan oleh Khairul Aming yang anda boleh cuba sendiri di rumah.
5. Tasty
Ini salah satu channel yang menyajikan anda pelbagai resipi menarik dan menghiburkan. Banyak resipi yang dikongsikan oleh Tasty ini dan anda boleh dapatkan resipi yang bagus di sini.
6. Buat Orang Lapo
7. Azie Kitchen
8. Seminit Resepi
9. Malina Lina Pg
10.The Hasan Video
Kredit top image: Che Nom
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!
Siapa yang pernah menikmati kaki ayam pasti tidak dapat menafikan lagi rasanya yang enak, bahkan ianya juga baik untuk kesihatan. Kaki ayam mengandungi banyak kolagen yang membantu meremajakan kulit namun kadang-kadang baunya hamis dan untuk memasaknya juga agak leceh. Jangan khuatir lagi, guna tips ringkas ini untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan menghilangkan bau yang tidak menyenangkan.
1. Buang kotoran di kuku dan kulitnya , Rendam dalam air panas ; Pastikan anda membuang segala kotoran yang ada pada kaki ayam sebelum mula memasaknya. Rendam dahulu dalam air panas untuk memudahkan proses mengupas kulit kakinya.
2. Lumur dengan air limau nipis atau cuka. ; Rendam kaki ayam dalam air limau nipis atau cuka selama 15 minit sebelum dibilas bersih dengan air. Gunakan air paip atau air yang mengalir supaya kotoran dan sisa lain tidak melekat atau membuatkan rasanya menjadi pahit.
3. Rebus dengan aneka rempah ; Bagi mempercepatkan proses rebusan, sebaiknya gunakan periuk tekanan tinggi kerana ia cuma akan memakan masa selama 10 minit sahaja. Masukkan halia, serai, dan daun limau bagi menghilangkan bau hamis. Aroma dan rasa rempah ini akan memberikan citarasa yang tersendiri pada kaki ayam yang dimasak.
4. Masak dengan rempah pedas ; Selain dari sajian sup kaki ayam, boleh juga cuba sajian yang dimasak pedas. Kelebihannya adalah ia akan menghilangkan bau hamis serta merta.
Nah, senang sahaja bukan? Sekarang anda sudah mengetahui rahsia untuk mendapatkan kaki ayam yang empuk dan tidak hamis. Jadi boleh mula praktikkan di dapur sendiri ya. Selamat mencuba
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download
sekarang!