Berkahwin juga membawa anda dan pasangan harus berkongsi tanggungjawab bersama dalam soal kewangan. Dengan rasa cinta di dada, mungkin segalanya anda terima.
Namun, tidak salah jika mengambil langkah berjaga-jaga untuk masa depan bersama yang lebih bahagia dan bebas beban kewangan.
Saranan kami, sebelum anda mengikat tali perkahwinan, tanyakan dahulu pada pasangan 10 soalan yang rasanya mampu mengubah perspektif kewangan anda nanti. Anda juga boleh merancang kewangan yang stabil untuk jangka masa panjang.
Yang penting, anda berdua harus bersikap terbuka ya!
1. Ada membuat pinjaman?
Jika ada, berapa banyak? Berapa lama tempoh pinjaman? Dengan mengenal pasti beban pinjaman yang anda berdua ada, anda boleh merancang pelan kewangan yang lebih efektif. Pinjaman ini termasuklah pinjaman peribadi, kereta, rumah, PTPTN dan sebagainya. Mulakan proses perbincangan dengan mengenal pasti cara terbaik untuk melangsaikan semua pinjaman, sama ada berkongsi bayar atau membayar sendiri.
Ads
2. Adakah sebarang pelaburan?
Jika ada, bagaimana cara anda berdua mengendalikannya apabila sudah berkahwin kelak. Adakah akan dijadikan pelaburan bersama dan apakah prosedur yang harus dilakukan? Bagaimana pula dengan keuntungan pelaburan? Walaupun dalam Islam, ia merupakan harta sepencarian, namun tidak salah jika perkara ini ditentukan terlebih dahulu supaya tidak ada ungkit mengungkit di kemudian hari. Apatah lagi, jika anda dan pasangan mempunyai sebarang masalah nanti.
3. Di mana kita nak tinggal?
Soalan ini nampak ringkas tetapi sangat penting untuk merancang kewangan anda. Jika anda sepakat untuk tinggal sendiri dengan pasangan, mungkin bajet bulanan tidak terlalu tinggi dan boleh dikongsi bersama. Namun, jika anda berdua akan tinggal bersama keluarga, berapakah sumbangan kewangan yang akan dikeluarkan bagi membantu keluarga seperti bayaran bil, belian barangan runcit dan sebagainya. Jika pasangan anda merupakan penyumbang tunggal, ini akan lebih membebankan dan perlu diberi perhatian serius. Secara amnya, jumlah bajet bulanan isi rumah yang perlu anda berdua keluarkan tidak harus melebihi 25 peratus daripada pendapatan bulanan.
4. Bagaimana cara kita kendalikan duit?
Anda dan pasangan perlu faham maksud ‘berkongsi’ dari segi jumlah pendapatan atau pembayaran bil yang ada. Cara yang terbaik adalah mewujudkan akaun bersama (walaupun jarang dipraktikkan di negara kita). Alternatif lain pula ialah mempunyai tiga akaun iaitu satu akaun bersama dan dua akaun individu. Akaun bersama untuk simpanan dan pembayaran bil/hutang yang dikongsi. Akaun individu pula tertakluk kepada hak peribadi masing-masing.
Ads
5. Bagaimana pula dengan insuran?
Semua insuran yang anda dan pasangan punyai seperti insuran nyawa, kereta, rumah dan apa sahaja perlu dikaji semula dan digabungkan untuk memastikan anda berdua mendapat manfaat dan faedah yang diperlukan untuk kehidupan selepas berkahwin.
6. Bagaimana pula dengan harta?
Walaupun Islam menetapkan akan harta sepencarian, tidak salah jika perkara ini ditetapkan sebelum berkahwin untuk kepentingan bersama.
7. Adakah bajet tertentu?
Mempunyai bajet bagi setiap perkara adalah satu perkara yang sangat bagus untuk diamalkan. Perancangan bajet yang baik terutamanya untuk majlis perkahwinan mampu mengelakkan anda dan pasangan daripada beban hutang selepas berkahwin. Selain itu, ia juga membantu anda untuk berjimat dan menyimpan untuk masa depan bersama.
Ads
8. Bagaimana pula selepas bersara?
Walaupun perkara ini masih jauh tetapi tidak salah sekiranya ditimbulkan dalam perancangan kewangan ini. Anda dan pasangan perlu merancang sama ada masih mahu bekerja atau menikmati sahaja persaraan tersebut. Ini membantu untuk anda menetapkan jumlah simpanan yang perlu ada sehingga saat anda bersara untuk menampung kehidupan, bil kesihatan dan sebagainya.
9. Status cukai?
Selalunya selepas berkahwin, akaun cukai anda dan pasangan akan digabungkan. Namun, tetapkan siapa yang perlu membayar cukai supaya anda dan pasangan mempunyai kelebihan dalam hal ini.
10. Perlukah perjanjian sebelum kahwin?
Perjanjian ini tidak diamalkan oleh pasangan Melayu. Perjanjian ini selalunya dilakukan oleh pasangan Barat untuk mengelakkan bebanan hutang kepada mana-mana pihak andai satu pihak mempunyai beban hutang/liabiliti melebihi pihak yang satu lagi terutamanya bagi pasangan yang kaya. Namun, perjanjian ini boleh dijadikan garis panduan untuk masa depan kewangan yang lebih sihat.
Kredit foto: Man Kajang
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ramai yang berpendapat buah nanas tidak boleh dimakan terlalu kerap kerana risau akan mengakibatkan pedih perut kerana ia dikatakan buah yang agak ‘tajam’.
Sehinggakan ada yang tak suka langsung makan buah nanas. Sedangkan jika anda menolak buah nanas ini, bermakna anda tergolong orang yang rugi kerana buah nanas adalah salah satu buah yang mampu merawat 1001 penyakit.
Nanas penuh dengan vitamin dan mineral termasuklah vitamin A, vitamin C, kalsium, fosforus, dan kalium. Kaya dengan serat dan kalori, malah nanas juga rendah lemak dan kolesterol. 14 kelebihan nanas termasuklah seperti yang berikut. Cepat semak!
1. Kandungan vitamin C yang banyak terdapat di dalam buah nanas dikatakan mampu menentang virus yang menyebabkan batuk-batuk dan demam selesema.
2. Nanas mempunyai bromelain, yang berkesan dalam menyaring batuk-batuk dan melonggarkan mukus.
3. Bromelain dalam buah ini juga dikatakan mampu bekerja untuk meneutralkan cecair dalam badan bagi memastikan tidak terlalu berasid. Dikatakan mampu membantu mengatur perembesan dalam pankreas untuk membantu pencernaan.
4. Nanas juga bagus untuk membina dan mengekalkan tulang yang kuat. Ini kerana nanas mengandungi mangan, sejenis mineral surih yang diperlukan tubuh untuk membina tulang dan tisu penyambung.
5. Jika memakan secawan nanas, anda sudah pasti mendapat kira-kira 73 peratus keperluan mangan untuk tubuh secara keseluruhannya.
6. Dikatakan juga memakan nanas mampu menguatkan gusi sekali gus memastikan gigi anda sihat dan kuat.
7. Buah nanas mengandungi beta karotena yang amat baik untuk penglihatan.
8. Dikatakan juga nanas mempunyai sifat-sifat anti keradangan. Nanas mampu mengurangkan sakit artritis dan pada masa yang sama memperbaiki keadaannya dengan cara menguatkan tulang.
9. Mampu memperbaiki masalah kesihatan lain seperti sindrom carpal tunnel dan gout.
10. Nanas boleh dimakan mentah mahupun dijadikan jus.
11. Jus nanas bukan sahaja merupakan minuman yang lazat tetapi juga dapat atasi masalah kekeringan di bahagian bibir dan di bahagian muka.
12. Amalan minum jus nanas juga berkesan untuk atasi masalah kencing tidak lawas.
13. Enzim yang terdapat pada nanas dikatakan mampu meredakan bengkak-bengkak, menguatkan daya tahan badan serta menghapuskan fibrin yang boleh bawa sakit jantung dan strok.
14. Selain itu buah ini juga melancarkan perjalanan haid serta berkesan dalam mengatasi masalah pencernaan, pundi kencing, cacing dan kelesuan tubuh badan.
Kucing berak merata-rata dan kencing sesuka hati sama ada di dalam rumah atau di luar rumah pasti akan meninggalkan bau yang sangat busuk dan hancing sehingga menyebabkan kita tidak selesa untuk melakukan tugas dan aktiviti harian. Inilah tabiat kucing jika dia membuang najis tentu masih di tempat sama walau berpuluh kali anda membersihkannya.
Mulai sekarang, anda semua tidak perlu lagi rungsing memikirkan masalah kucing berak kerana perkongsian daripada Puan Ella Ahmad ini mungkin sedikit sebanyak akan membantu menyelesaikan masalah anda iaitu cara hilangkan bau kencing kucing di rumah. Jom ikuti apakah yang dikongsikan wanita ini.
Petua Urus Kucing Berak Merata-rata
Kencing atau tahi kucing bersepah-sepah dekat garaj kereta. Pernah tak jadi macam ni? Yang letak air merah (air sirap) dalam botol dah tak jalan. Kucing sekarang dah sekolah.
Ok, saya nak kongsi apa yang saya buat supaya kucing-kucing ini tak berak dan tak kencing lagi dekat garaj kereta. Resepi ini saya buat sendiri mengikut logik akal dan resepinya sangat mudah dan simple.
Bahan-bahan dan caranya:
1. 7 hingga 10 titis cuka makan (pada firasat saya, bau dia masam dan busuk, so kucing tak suka nak kencing atau berak kat tempat yang telah disembur itu).
2. 1/4 penutup pelembut kain (tak kisahlah brand apa, sebab nak bagi wangi sikit je. Sebab kalau letak cuka saja, nanti bau busuk, kalau letak pelembut kain ni, wangilah sikit baunya).
3. Air paip (agak-agak lah sampai penuh bekas spray seperti dalam gambar).
Haa, semua bahan dah dicampurkan dalam ni, goncang-goncangkan, dah boleh spray kat tempat mana yang kucing suka berak atau kencing. Alhamdulillah setakat ni, garaj kereta saya dah bebas bau kencing kucing. Kalau tak, buka je sliding door rasa nak pengsan.
Spray la dua hari sekali. Kalau rajin, spray hari-hari pun tak pe, selamat mencuba semua.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tak semua pasangan yang berkahwin dapat tinggal sebumbung kerana ada yang tinggal berjauhan atas komitmen kerja atau belajar. Walaupun ramai yang kata perkahwinan jarak jauh sukar, tapi ia bukan alasan untuk anda berdua kekal romantis dan bahagia.
Paling penting kedua-duanya perlulah saling menghargai perasaan dan mempercayai antara satu sama lain. Baru anda berdua akan merasai kenikmatan berumah tangga.
Jika anda tergolong dalam pasangan yang terpaksa berpisah dengan insan tersayang, ayuh terapkan dalam diri enam petua ini agar rumah tangga yang dibina kekal bahagia dan romantis seperti pasangan lain.
1. Tetapkan matlamat dalam hubungan
Sebelum anda dan pasangan tinggal berjauhan, menentukan dahulu arah hubungan, sebab-sebab kenapa tinggal berjauhan dan bilakah tarikh untuk anda berdua akan tinggal bersama. Ia penting agar anda dan pasangan ada matlamat untuk berusaha tinggal bersama seperti pasangan yang lain.
2. Perlu ekstra percaya terhadap pasangan
Hubungan dalam rumah tangga menuntut kita untuk saling mempercayai antara satu sama lain. Tidak dinafikan saat berjauhan kepercayaan akan teruji. Oleh itu belajarlah untuk meningkatkan kepercayaan dalam diri masing-masing. Singkirkan segala perasaan curiga terhadap pasangan kerana sikap tersebut jika dibiarkan boleh menjadi duri selain membuatkan anda memikirkan perkara yang buruk.
3. Sentiasalah berkomunikasi
Walaupun anda berdua terpisah disebabkan oleh komitmen kerja atau pelajaran, jangan sesekali mengabaikan komunikasi. Sentiasalah berhubung antara satu sama lain. Ceritakan kepada pasangan tentang aktiviti harian, masalah yang dihadapi ataupun luahkan rasa rindu anda kepadanya. Apatah lagi zaman yang serba moden ini lebih memudahkan kerana terdapat banyak cara untuk seseorang itu berhubung dengan orang tersayang.
4. Ambil masa untuk mengunjungi pasangan
Jika pasangan masih dalam negara, latihlah diri anda dan pasangan untuk saling mengunjungi antara satu sama lain. Buatlah giliran agar anda berdua boleh berjumpa, mungkin seminggu sekali atau dua minggu sekali. Dengan cara ini hubungan romantis dan bahagia anda berdua bertambah semarak dan tidak akan pudar. Saat bertemu itu lakukan aktiviti bersama sepuas-puasnya seperti menonton wayang, masak makanan kegemaran suami dan sebagainya. Dengan cara ini akan membuatkan hubungan anda dan pasangan bertambah bahagia.
5. Kirim hadiah kejutan
Apabila tiba tarikh-tarikh penting seperti tarikh lahir pasangan, tarikh mula bertemu, ulang tahun dan sebagainya, hantarkan hadiah untuknya. Jangan disebabkan anda berdua tinggal berjauhan, anda mengabaikan tarikh-tarikh penting ini. Sebenarnya kejutan sebegini boleh membuatkan pasangan rasa dihargai dan teruja apatah lagi menerima kiriman istimewa daripada insan tersayang. Cara ini akan menghangatkan lagi kasih sayang anda.
6. Hantarkan mesej romantis
Tentu pasangan rasa teruja apabila menerima pesanan cinta daripada anda. Anda boleh menghantar pesanan ringkas dengan mesej cinta atau kata-kata romantis di telefon bimbitnya. Kata-kata ini akan membuatkan pasangan terbuai dengan cinta anda, lantas timbul rasa tidak sabar untuk bertemu dengan anda nanti.
Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI. Download seeNI sekarang!