Kecantikan pelakon jelita bertubuh genit, Song Hye-kyo sering memukau perhatian ramai. Tampil dengan drama rantaian terbaharu yang bertajuk ‘The Glory’, Hye-kyo dipuji warga maya kerana sungguh pun tanpa sebarang solekan tebal, kecantikan aslinya tetap terserlah.
Memiliki bentuk tubuh yang langsing, siapa sangka Hye-kyo telah mencecah usia 43. Jika mengikut usia rasmi, Song Hye-kyo berusia 42 tahun tetapi jika di Korea, kiraan umur bertambah satu tahun menjadi 43 tahun.
View this post on Instagram
Kecantikan bintang jelita berusia 43 tahun ini kelihatan langsung tidak dimamah usia. Tentu ada amalan kecantikan yang diamalkan oleh Hye-kyo sehingga dia mampu ‘mempertahankan’ kejelitaannya tanpa luntur.
AMALAN RUTIN KECANTIKAN SONG HYE-KYO:
1. Senaman
Sering melakukan senaman yoga dan kardio untuk memperbaiki keadaan kesihatan. Tetap aktif dengan olahraga memang efektif untuk menjadikan kulit dan tubuh awet muda. Selain itu, bentuk badan pun terjaga.
2. Mengurut wajah dengan ais batu
Menggunakan kiub ais untuk mengurut wajah. Menurutnya kaedah ini boleh menjadikan kulit tegang dan wajah lebih runcing. Mengurut wajah dengan ketulan ais sangat berkesan melegakan kesakitan, keradangan dan lebam pada permukaan kulit. Kaedah ini juga berkesan untuk menangani wajah yang sembab akibat kurang tidur.
View this post on Instagram
3. Menggunakan produk perawatan wajah anti penuaan
Ibu Song Hye-kyo menasihatkannya memulakan penggunaan produk anti penuaan walaupun masih muda. Biasanya Song Hye-kyo menjalani ritual penjagaan kulit wajah pada waktu malam dengan mula memakai penyegar anti penuaan. Perawatan kulit wajah diteruskan dengan serum, krim muka, dan masker wajah.
4. Makan buah-buahan, sayur-sayuran dan air mineral secukupnya
Pelakon cantik ini sangat mengambil berat makanan yang dimakan. Beliau mengelak makan makanan ringan, makanan segera dan juga coklat. Buah-buahan dan sayur-sayuran memang wajib ada dalam diet hariannya terutama labu.
View this post on Instagram
5. Masker wajah daripada campuran putih telur dan madu asli
Merawat wajah dengan masker yang diperbuat daripada bahan dapur. Ramuan kegemarannya ialah masker wajah campuran putih telur dan madu asli.
6. Masker wajah daripada madu asli
Masker wajah daripada madu asli menjadikan kulit wajah lebih cerah dan menyamarkan garis-garis halus.
Song Hye-kyo pertama kali debut watak utama dalam drama ‘Autumn in My Heart.’ Memegang watak Eun-seo bersama aktor Song Seung-heon dan Won Bin, lakonan aktres jelita ini berjaya mencuri perhatian peminat-peminat Kdrama. Song Hye-kyo sebelum itu telah banyak berlakon dalam sitkom dan drama bersiri sejak tahun 1995.
Sumber: Instagram Song Hye-kyo merdeka.com
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI