Riena Diana

Sedang bahagia, pelakon Riena Diana mengakui dia dan aktor Keith Foo sedang menjalin hubungan istimewa sejak mereka terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu.

Menurut laporan astroawani, Riena berkata dia kini menemui kebahagiaan bersama pelakon drama hits, Ariana Rose itu malah memohon semua mendoakan.

Riena Diana Terima Cinta Keith Foo

Status Duda Bukan Masalah Untuk Riena Diana Terima Cinta Keith Foo

Serasi mungkin, Riena Diana akui sedang berkawan rapat dan mengenali antara satu sama lain.

“Ya. Saya sudah temui kebahagiaan saya sekarang.

“Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain,” katanya.

Kongsi Riena lagi, dia juga sudah bertemu dengan anak dan keluarga Keith Foo sendiri namun masih lagi berkenalan.

“Saya tahu mengenai statusnya (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini.

“Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya. Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang.

“Saya enggan terlalu memikirkan soal perhubungan ini, sebaliknya saya serahkan kepada takdir. Doakan yang terbaik buat kami,” katanya.

Memiliki Ciri-ciri Idaman

Status Duda Bukan Masalah Untuk Riena Diana Terima Cinta Keith Foo

Sementara itu, Keith Foo pula mengakui dia dan Riena sangat serasi bersama dan Riena menepati ciri-ciri wanita idamannya.

“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini.

“Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini.

“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan. Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula.

“Sesuatu yang saya sendiri tak sangka akan berlaku dalam hidup saya lagi, tapi ia berlaku sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.

Untuk rekod, Keith Foo pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 namun bercerai pada hujung 2019.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar yang kini berusia tujuh tahun.

Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya, Nik Afiq berakhir pada penghujung tahun lalu.

Lubuk konten untuk inspirasi bakal – bakal pengantin. Pengantin kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI