Bosan dengan personaliti diri yang gemuk mendorong Coach Anuar untuk mengubah dirinya tampil dengan personaliti yang lebih menarik, berkeyakinan dan sihat. Akuinya yang pernah mencapai berat 112kg dengan ukur lilit pinggang 42″.
Setelah mengubah gaya hidup kepada yang lebih sihat dan seimbang, dia akhirnya berjaya membuang berat sehingga 35kg dan mengekalkan berat ideal lebih sembilan tahun. Kini dia lebih bertenaga, cergas dan bersemangat setiap hari. Ikuti perkongsian menariknya.
“Saya pernah melaluinya.. tensen beb, jalan lebih sket letih, peha bergesel, selalu moody je, nak pakai tee cantik tak boleh size dah XXL. masa tu berat saya cecah 112kg. Letih rasa dah cuba itu cuba ini, tapi tak ada yg dpt hasil berkekalan. Rupanya sy waktu tu tak faham, tak ada ILMU. Buat ikut dgr cakap orang jer..
.
Selepas ikut Program spt #misikurus21hari ni masa tu di Melawati 10 tahun lalu, tahun 2008 saya belajar ILMU yang betul utk turunkan berat berat berlebihan yg dan KEKALkan berat ideal tu dah lebih 10 tahun! Alhamdulillah.
.
Skang saya nak bantu uolss yg ada cabaran mcm sy dulu. Kali ni kita buat dengan cara & ILMU yg btol!
Siapa kata nak kurus kena tahan berlapar dan menu tak menarik?
Nah tgk macam menu lunch peserta² program #misikurus21hari Coach report dalam group coaching.
Drpd menu yg derang makan, Coach akan bagi rating 1⭐ – 5⭐⭐⭐⭐⭐
Ni cth rating makanan berkhasiat dan seimbang dalam Prog Coaching nanti.
⭐⭐⭐⭐⭐
100% BEBAS MINYAK GORENGAN dan IKUT PORTION plan pemakanan peribadi.
1. Mengandungi sayuran/buah2an warna-warni (satu pertiga-setengah portion pinggan);
2. Lauk Tinggi protein (Banyak Isi) -tiada lemak/kulit ayam
3. Karbohidrat kompleks.
⭐⭐⭐⭐
HAMPIR BEBAS MINYAK GORENGAN, makanan mengandungi sedikit unsur minyak atau makanan tak ikut portion atau menggunakan karbohidrat ringkas
⭐⭐⭐
Makanan tak ikut portion atau salah satu makanan adalah bergoreng/berlemak/tinggi kalori/kuah pekat
⭐⭐
Makanan tak ikut portion atau dua makanan adalah bergoreng/berlemak/tinggi kalori/kuah pekat
⭐
Semua makanan tak ikut portion atau semua makanan adalah bergoreng/berlemak/tinggi kalori/kuah pekat
Antara menu yang disarankan:
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI