Stylo Habis! Pasangan Guna Brokoli, Butang Baju Lego Untuk Majlis Nikah

Share

Mungkin anda akan pelik apabila melihat sayur yang menjadi makanan harian kita di gunakan untuk menjadi bunga tangan bagi majlis pernikahan. Seperti yang kita tahu, bunga tangan telah menjadi trend untuk majlis pertunangan mahupun pernikahan. Namun, lain pula bagi pasangan ini yang menjadi tular di laman sosial baru-baru ini apabila mereka menggunakan brokoli untuk menggantikan bunga tangan sebagai hari bermakna mereka.

Malah brokoli ini juga di hias dengan manik-manik di atasnya agar kelihatan lebih menarik. Ia menjadi tular di sosial media apabila seorang photographer @rajanazrin_ memuat naik beberapa keping gambar akad nikah salah seorang pelanggannya yang di anggap sangat kreatif dan rare. Gambar itu kemudian mendapat perkongsian yang banyak dan menjadi bualan di media sosial.

Menerusi twitter milik photographer terbabit @rajanazrin_ beliau memberitahu mereka adalah pasangan yang paling sempoi kerana jarang sekali di lihat penggunaan seperti ini dan sangat rare.

“Baru ni aku dapat customer yang paling sempoi. Kome tengok hand flower dia, pakai BROKOLI jeee. Lepastu letak manik. Look how cute it’s. Nampak simple tapi rare! Silap-silap lepas habis kenduri terus buat masak paprik”

Tidak hanya itu, apa yang lebih menarik adalah apabila butang baju melayu pasangan lelaki telah di tukar kepada lego. Ia adalah pilihan pasangan itu sendiri untuk menjadikan majlis mereka menjadi lain daripada yang lain. Pelbagai respon yang di berikan oleh netizen di ruangan komen dan rata-ratanya memuji kreativiti bagi pasangan pengantin ini.

Published by
NanyRahman