Seronok nak jadi suami. Dapat pula mengahwini wanita pilihan hati maka makin terujalah nak berumahtangga. Setiap kali solat, nama bakal isteri disebut-sebut. Tapi ramai yang lupa, untuk mencipta doa untuk bakal keluarga juga.
Dah selesai urusan kahwin, nak fikir pula fasa seterusnya iaitu menjadi ibu bapa. Komitmen makin tinggi dan paling penting sekali, para suami kena persiapkan diri untuk menjadi ketua keluarga yang baik.
Ini perkongsian Abu Hurairah Roslan.
Tak mudah menjadi seorang suami di akhir zaman ini.
Yang paling susah adalah untuk mengajar dan mengajar anak isteri untuk kenal dan cinta serta takutkan Allah.
Kita sendiri berlawan dan berperang dengan syaitan dan nafsu sendiri, kadang kalah kadang jatuh hampir tak berdiri.
Kadang kita seorang ke surau atas masjid untuk subuh, anak isteri masih tertidur kita tidak kejut dan biarkan mereka terus berdosa.
Kita kejut anak isteri bangun solat subuh bukan kerana takut kita masuk neraka, tapi kerana kita tak mahu anak isteri nanti di akhirat sana menarik suami itu ke neraka, walau kita hanya selangkah lagi mahu ke syurga.
Mahu kejut anak isteri subuh?
Tips yang boleh kita sama-sama buat.
1. Dari malam tadi ingatkan anak isteri esok kita subuh berjemaah.
Sebelum anak masuk tidur, cakap dengan anak-anak siapa subuh sama-sama ayah bagi hadiah atau apa-apa ganjaran.
Saya biasanya akan belanja sarapan kalau kita subuh berjemaah.
2. Dengarkan anak-anak nasyid atau selawat masa mereka tidur.
Biar mereka terlena dan di jaga oleh Allah dan malaikat. Salam isteri kita dan kucuplah dahi mereka.
Bacakan doa dan syahadah sama-sama dan tidurlah. Ia dinding dari gangguan syaitan dan membuatkan sekeluarga lena.
3. Kejutlah dengan kasih sayang.
Jangan paksa-paksa. Ingatkan kita bangun sebab nak jumpa Allah. Nak bersyukur. Urut-urut badan anak. Peluk isteri, angkat dia kalau dia penat sangat.
Hikmah berjemaah bersama anak isteri ni, ia akan mengikat hati suami dan isteri walaupun di uji.
Dengan solat bersama, adalah tanda kita mahu syurga Allah itu bersama, bukan sorang-sorang.
Sumber Facebook Abu Hurairah Roslan
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI